BISIK

194 18 2
                                    

Entah apa yang berlaku pada Laila sebentar tadi,Akmal buntu. Laila yang di tinggalkan tidak sampai seminit tiba-tiba meracau dan ketawa besar tiba-tiba. Dalam keadaan gelap ianya sedikit menyeramkan bagi Akmal. Tergagau-gagau dia mencari talifonnya di tepi sofa.

Buk!

Tubuhnya jatuh ketepi di tendang Laila. Akmal mengaduh memegang rusuknya. Sakit bukan kepalang. Dia mengerekot seketika sambil tangannya menggagau di bawah sofa.

Ting! Ting!

Bunyi pesanan ringkas dari talifonnya menerbitkan cahaya dari bawah sofa. Akmal dengan pantas mencapainya lalu berlari keluar. Laila yang galak ketawa diam tiba-tiba dalam keadaan duduk menegak.

"Kakak kau menurun balik dah ni Ri. Sudahlah tengah blackout sekarang ni."

"Hah? Tu macam mana tu? Dia buat apa?" Terkejut Azri.

"Ni dah ok pulak dah. Tapi macam ada lagi je tu. Tegak semacam je dok tengok aku ni. Ri,kau bawa Syauqi datang sini boleh?" Pinta Akmal.

"Malam ni tak dapat. Sebab petang tadi dia datang pinjam motor aku untuk kerja. Motor dia rosak."jawapan Azri membuatkan Akmal mengucap seketika. Sesekali dia menjeling ke dalam rumah yang gelap gelita itu. Mahu tak mahu dia terpaksa masuk untuk menghidupkan suis tenaga solar.

Perlahan-lahan dia melangkah masuk. Laila sudah kembali berbaring di sofa. Tenang seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Akmal mengurut dada kelegaan. Langkahnya laju kebawah tangga lalu memetik suis merah. Suasana rumah kembali terang.

"Eh,dah tak blackout?"

"Allah!!" Akmal tersandar ke dinding kerana terlalu terkejut. Laila berwajah hairan entah bila berdiri di belakangnya.

"Awak dah ok ke? Ada rasa apa-apa?" Akmal cuba menyentuh tangan isterinya. Terketar-ketar tangannya.

"Abang dah kenapa ni? Macam nampak han,.."

"Eeee hantu-hantu jangan sebut!" Bibir Laila di tekap pantas.

"Dah-dah. Jom tidur. Esok abang ada kerja." Akmal menonong menaiki anak tangga tanpa pedulikan Laila yang kehairanan.

🕸️🕸️🕸️

Hahahaha....senang sungguh nak takutkan Akmal. Itu baru sikit...lepas ni kita buat teruk lagi..biar dia takut nak balik rumah..takut nak tengok bini dia sendiri...hahahah...

"Ya...kita akan buat yang lebih teruk lagi lepas ni...kau tunggulah,Akmal...hahahaha.." Fauzi ketawa dalam selimut. Bisikan demi bisikan memujuknya untuk terus membenci dan melakukan kejahatan. 

Dari bilik sebelah Nora sedang khusyuk melayan dramanya tidak pedulikan bunyi-bunyi dari bilik Fauzi. Malas untuk ambil tahu. Seboleh-bolehnya dia mahu lelaki itu cepat keluar dari rumah ini. Rimas rasanya berada sebumbung bersama Fauzi. Suami yang hanya pada sehelai kertas.

🕸️🕸️🕸️

"Kau jangan cuba-cuba nak masuk bilik aku ni. Kalau aku balik tengok mangga ni semacam je siap kau!" Suara Fauzi sedikit meninggi.

"Gila apa aku nak masuk bilik kau? Tak ingin aku nak masuk bilik macam tongkang pecah tu." Sahut Nora dari depan pintu. Dia lekas-lekas menyarung kasutnya dan terus mencapai kunci keretanya.

"Aku nak keluar. Nanti kau kunci pagar sekali. Aku tak nak ada orang tuduh aku tak reti jaga rumah pulak. Orang dah tolong bersihkan bangkai tikus pun tak bersyukur lagi. Huh!." Nora berlalu ke keretanya.

"Hoi perempuan,jangan kau berani-berani nak masuk bilik aku lepas ni. Tak kiralah bangkai tikus ke anjing ke..tak payah nak masuk bilik aku. Tak payah nak buat baik. Kau sibuk hal kau,aku sibuk hal aku! Kau faham?!" Fauzi bercekak pinggang di hadapan pintu rumah. Nora mencebik bibir dan terus memandu kereta keluar dari pagar rumah.

Tinggallah Fauzi yang tercungap-cungap menahan marah dan geram.

"BISIK"Where stories live. Discover now