Sebuah kereta Hilux putih berhenti di hadapan kereta Awira.
"Macam mana keadaan dia? Dah cuba tilik?" Tanya Idris.
"Tak boleh,ayah. Depan belakang dia letak anjing. Nak masuk celah lorong belakang pun penuh anjing." Jawab Dhani.
"Betul ke apa yang kamu nampak tu?" Tanya Idris.
"Betul...saya yakin masih boleh diselamatkan. Saya nampak dia terseksa sangat tu." Jawab Dhani dengan yakin. Itulah kelebihan Dhani,dia boleh mengetahui apa orang itu menerima dengan rela atau terpaksa. Ada juga yang tanpa sengaja menjadi rumah bagi makhluk halus ini.
"Baiklah..kalau macam tu mari kita ke rumah dia." Idris kembali menghidupkan keretanya dan mula mengekori kereta Awira dihadapan.
Dia terkejut melihat betapa banyaknya anjing yang berkawal di lorong rumah Fauzi. Lebih dari dua puluh ekor sedang menyalak garang dan mengekori kereta mereka sehingga ke depan pagar rumah Fauzi. Beberapa buah rumah dilihat menyalakan lampu hadapan masing-masing dan ada yang keluar duduk di beranda untuk melihat apa yang terjadi.
"Macam mana ni,Ayah?" Panggilan talifon dari Awira di sahut.
"Banyak betul hulu balang dia ni. Bahaya juga ni. Kang tak pasal-pasal mati kena gigit anjing."jawab Idris.
"Itulah saya cakap tadi..seriau saya. "Balas Awira.
"Takpa..ayah cuba dulu sebentar." Idris mencapai tongkat kayunya yang diperbuat dari pokok bidara arab. Cermin kereta dibuka sedikit dan tongkat kayu disuakan perlahan-lahan sambil membaca ayat Yasin Tujuh Mubin. Anjing-anjing melengking dan menjauhkan diri sebaik saja terpandang tongkat yang dihulur keluar. Mana yang galak mencakar tayar lari lintang pukang dan tidak datang lagi. Seekor demi seekor meninggalkan perkarangan rumah Fauzi dan akhirnya keadaan sunyi sepi. Idris keluar dari kereta dan menabur serbuk bidara di hadapan pagar.
"Haaarhhhhh!!" Ada raungan bersuara garau disebalik pagar. Awira dan Dhani terkejut hingga terundur beberapa langkah mendengarnya.
"Dah bersediakah?"tanya Idris. Dhani dan Awira mengangguk serentak. Pintu pagar ditolak dengan lafaz A'uzubillahi bikalimaatillaahi taammaatan min syarrimaa qhalaq!
🏵️🏵️🏵️
Fauzi yang sedang leka mengasap tubuhnya menjeling ke arah tepi rumah dimana munculnya Idris,Dhani dan Awira. Bara api yang masih menyala dilempar ke arah mereka bertiga. Dia menempik nyaring dan merangkak pantas menyerang.
"Jaga-jaga! Allah!" Idris menahan serangan Fauzi dengan kedua belah tangannya. Pergelangan tangan Fauzi cuba dikunci tetapi gagal kerana Fauzi terlampau pantas mengelak. Tambahan pula tubuh Fauzi yang licin itu sedikit sukar untuk dia menggenggam kemas. Tongkat bidaranya pula terlempar ke tepi di tendang Fauzi.
"Dhani!" Terlambat untuk Dhani. Lutut Fauzi menghentak belakangnya membuatkannya tersembam dihadapan unggun api. Dhani pantas membalikkan tubuh dan menujah dengan kaki tubuh Fauzi yang cuba menerkamnya. Tubuh Fauzi melayang menghempas unggun api. Anehnya dia tidak meraung malah bara api tadi di ambil dan di sapu ke dadanya.
"Teruk dah dia ni,Dhani. Dah hujung sangat dah ni." Kata Idris. Dhani diserbu rasa kasihan. Terasa bersalah keran lambat membantu Fauzi.
"Jaga-jaga!" Fauzi menerkam lagi dengan pisau di tangan. Idris menepis sebaik mungkin dan mencapai tongkat bidaranya lalu memukul belakang lutut Fauzi. Lelaki itu tersungkur tapi membalik tubuh dengan pantas. Tubuhnya kelihatan ringan dan sangat cekap. Tapi benar kata orang. Sebaik apa pun kamu,sepandai apa pun kamu,kamu pasti akan melakukan kesalahan.
Saat pisau hendak di hunus ke arah Awira,pemuda itu tersungkur lalu jatuh ke atas tempat dulang sembahan Fauzi.
"Tidakkkk!!" Fauzi meraung lalu melemparkan pisau ke tepi dan meluru ke arah dulang sembahanya. Dulang itu di ambil dan disapu dengan tapak tangannya. Fauzi mengatur semula kedudukan dulang itu.
"Dah jumpa."kata Idris sambil memandang Dhani dan Awira. Keduanya mengangguk faham.
"Ini,tabur di tempat tu." Dua bungkus serbuk daun bidara yang sudah digaul bersama garam dan lada disuakan pada Awira dan Dhani.
"Jangan harap korang boleh ganggu kerja aku. Aku bunuh korang semua!" Jerit Fauzi. Dia menderam marah dan mula membongkok lagak seekor harimau ingin menyerang mangsanya.
"Kami datang nak membantu. Kembalilah ke jalan Allah,saudara."kata Idris. Fauzi ketawa berdekah. Air liurnya meleleh ke tanah.
"Allah?? Allah la yang buat aku macam ni! Dia tak adil!! Aku tak gembira! Aku tak bahgia! Apa yang aku nak semua si jahanam tu dapat! Semua yang aku nak dia dapat! Allah tak pandang pun aku ni! Semua Akmal! Akmal! Akmal!" Jerit Fauzi.
"Astargfirullahalazim... Tak baik kata macam tu bang. Abang ada masa lagi untuk bertaubat bang. Kembalilah ke jalan yang benar bang. Saya boleh tolong abang." Pujuk Dhani. Fauzi tunduk tidak membalas. Suasana sepi beberapa ketika.
"Dia sudah jadi milik aku!" Saat kepalanya di angkat mata Fauzi bertukar putih.
"Yihhhhhhhhhhh!" Fauzi bertempik dan menghentak tanah. Dia melompat dan menerkam Dhani. Pemuda itu yang sentiasa bersiap siaga mengelak pantas. Tangan Fauzi dikilas kebelakang badan dan belakang lutut Fauzi di tendang kuat. Fauzi tersungkur ke tanah.
"Tolong aku!" Jerit Dhani bila melihat Fauzi semakin ingin lolos. Awira segera meletak lutut di belakang Fauzi. Idris pula menabur serbuk bidara yang bercampur garam dan lada ke tempat pemujaan Fauzi. Semua yang ada di situ semuanya di isi dengan serbuk tadi. Fauzi menjerit marah. Meronta-ronta dengan kuat.
"Hahahahahahahha....yihhhhhh!!" Tubuh Fauzi terangkat sedikit demi sedikit dan akhirnya dia bergolek pantas lalu menjatuhkan Awira dan Dhani ke tanah. Tangan kiri Awira di tarik lalu dikilas hingga mengeluarkan bunyi "Prak!". Tak cukup itu tubuh Awira dihumban ke tepi. Awira meraung sakit.Dia berjalan merapati Dhani. Serangan demi serangan akhirnya dia berjaya mengunci pergerakan Dhani.
"Bang mengucap bang! Ingat Allah!" Kata Dhani dalam keadaan lutut Fauzi di pipinya dan dia tertiarap di tanah.
"Aku bukan Fauzi! Fauzi dah tak ada! Hahahahahaha..." Baru saja dia mahu menghentak kepala Dhani dengan lututnya tubuhnya melayang dan terseret ke tepi pagar. Idris dengan pantas menabur serbuk membuat bulatan diantara mereka bertiga. Dulang sembahan Fauzi dilempar ke tanah dan di pijak.
"Tak guna kau! Kembalikan barang aku tu!"Fauzi menerpa namun terundur kembali saat kakinya terpijak serbuk taburan Idris. Terdiam dia di situ mengamati apa di hujung kakinya. Fauzi merangkak mengelilingi bulatan. Sesekali dia menempik nyaring dan menepuk tanah. Matanya tak beralih dari melihat dulang sembahannya di kaki Idris. Dia mengundur beberapa langkah dan mula merangkak dengan laju ke arah mereka bertiga.
"Tetap dalam bulatan! Falam taqtuluhum walakinnallaha qataltum! Wama romaita iz romaita walakinnallah ha roma!! Waliyublial mu'miniina minhu balaaan hasanan!! Innallaha samiiu'n a'lim!! Allahu Akhbar!! Matilah kau jin yang dilaknat! Putuslah hubungan kau dan manusia ini! Putuslah segala janji kau dengan manusia ini! Allahu Akhbar!!" Lebihan serbuk tadi dilempar ke arah tubuh Fauzi sebaik saja pemuda itu menghampiri mereka untuk menyerang.
"Aarhhhhhh! Aaaa! Tidakkkk! Tidak! Aku takkan keluar! Ini badan aku!! Tidak!" Fauzi menggelupur di tanah.
"Mana serbuk bidara kamu tadi bak sini."minta Idris pada Dhani.
Serbuk tadi di tabur lagi pada tubuh Fauzi hingga habis sebungkus. Fauzi menggelupur bagai ayam disembelih. Kulit badannya memerah seperti kulit udang di rebus. Matanya terbeliak besar dengan dada melengkung ke atas dan nafas tercungap-cungap.
"To..long..a..ku!" Tangannya tergawang-gawang ke arah Idris.
"Apa ini benar saudara Fauzi?" Tanya Idris. Fauzi mengangguk. Dada yang melengkung tinggi mulai turun dan akhirnya terserlah wajah sebenar Fauzi yang sudah berubah akibat bersekutu dengan jin.
"Mari bawa dia ke hospital dulu. Awira kamu okey tak ni?" Tanya Idris.
"Saya rasa tangan saya patah la,ayah."jawab Awira.
"Tak pa. Jom kita pergi hospital."
"Dhani tolong padam api tu dulu. Siram semua yang ada di situ. Biar basah lencun semua. Esok kita datang balik. Ada saki baki lagi yang tertinggal ni."kata Idris sambil menjeling bumbung rumah Fauzi.

ANDA SEDANG MEMBACA
"BISIK"
ParanormalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.