BISIK

140 18 0
                                    

Azri berlari-lari anak menuju ke tingkat empat dimana pesakit wanita ditempatkan. Dari jauh dia melihat ibu dan ayahnya sedang duduk menyapu air mata. Akmal pula duduk menyandar di dinding.

"Kenapa ni,ayah? Apa yang dah jadi??" Tanya Azri.

"Kak Laila kau...kandungan dia hilang." Jawab Mahani. Azri segera berpaling pada Akmal. Abangnya yang sedang menangis memeluk lutut di dinding segera di peluk.

"Mal sabar Mal...ujian Allah untuk orang yang layak Mal...sabar banyak-banyak..." Suaranya turut bertukar serak menahan hiba. Belakang badan abangnya di gosok lembut.

"Macam mana boleh jadi macam tu,Mak? Bukan semua elok je ke kelmarin?" Azri sedikit hairan. Semasa dia pulang ke rumah sewanya kelmarin Laila hanya demam biasa saja. Dan kerasukannya juga sudah dipulihkan oleh Imam Hasan. Bagaimana dalam satu malam boleh hilang begitu saja? Tak faham dirinya.

"Kakak kau lari masuk ladang getah malam tadi. Majid jumpa dia terapung dekat sungai. Bila bawa pergi hospital doktor kata dia tak mengandung. Cek scan pun memang kosong dah. Tak ada apa. Macam tak mengandung. Itu yang mak hairan tu.."Mahani menghela nafas. Lemah terasa dirinya saat ini. Memikirkan bagaimana dia mahu menjawab kepada kedua ibu bapa Laila sebentar lagi nanti terasa sesak dadanya. Entah apalah yang difikirkan oleh mereka berdua nanti. Susah hati dibuatnya.

"Mak nak ke surau dulu. Mal,kau pergi masuk dalam temankan Laila. Tak elok kalau dia sedar nanti kau tak ada kat sebelah dia. Pergi masuk dalam dulu." Bahu Akmal ditepuk lembut. Akmal bangun mengesat wajahnya. Dengan satu tarikan nafas dia melangkah bertopengkan wajah tenang. Cuba untuk kelihatan kuat dan tenang di hadapan Laila. Jika dirinya kelihatan seperti tiang konkrit ketika ini memang sudah retak keseluruhan badannya,menunggu untuk rebah dan berkecai sahaja. Tapi hatinya masih menguatkan diri,memujuk diri supaya memahatkan setiap rasa pada Allah yang Maha Perkasa. Biarlah dia rebah sekalipun tapi rebah dengan rasa kehambaan pada Allah. Dia tak mahu menampakkan rasa putus asa itu dihadapan Laila,baginya sakit lagi Laila yang akan mengetahui segalanya nanti. Tiada lain yang didoakan,semoga isterinya kuat semangat dalam ujian yang dahsyat ini.

Wajah Laila yang terbaring dengan wayar berselirat di badan dan ada yang menusuk ke dalam rongga hidungnya juga. Kuku isterinya berwarna biru gelap dan kelihatan pucat kulitnya. Akmal menghela nafas menarik kerusi.

"Laila..sayang abang datang ni..sayang kuat,ya..Allah ada dengan kita. Sayang kena kuatkan diri tau. Untuk kita dan keluarga kita nanti Insya Allah." Dahi Laila dikucup lembut bersama lelehan air matanya menitik ke bantal. Dia kembali teresak-esak disisi Laila. Bibirnya diketap serapat mungkin menahan bunyi esakan yang semakin menujah keluar.

"Allah...Allahu Akhbar..kuatkanlah diriku Ya Allah..kuatkanlah aku dan isterinku Ya Allah..sakitnya Ya Allah...." Akmal teresak-esak menyembam wajah ke lengan. Longlai terasa tubuh badannya.Entah bagaimana perasaan isterinya ketika sedar nanti. Semoga Laila kuat menghadapi ujian ini.

"Assalamualaikum,Bang Akmal." Syauqi tersenyum di tepi katil. 

"Waalaikumsalam.." jawab Akmal.

"Boleh kita cakap di luar sebentar? ada benda nak disampaikan."

Akmal mengangguk dan bangun dari duduknya. Dia mengikut Syauqi dari belakang tanpa banyak bicara.

"Begini..Abang Fauzi minta maaf dengan apa yang terjadi..dia tenat sekarang ni. dia harap sangat Abang Akmal dapat maafkan dia atas segala perbuatan dia selama ni. Dia takut dia mati tak sempat nak minta maaf dekat Abang Akmal dan isteri. Kalau Abang Akmal nak melawat dia,dia di bilik H3 wad sakit kronik tingkat enam. Saya sekadar menyampaikan saja..saya tengok dia betul-betul menyesal sangat dengan semua yang dia buat kat abang."Syauqi sedikit kekok dengan kebisuan Akmal ketika ini. Sukar untuk membaca kembar Azri ini baginya. Azri senang dijangka perilakunya. Akmal sedikit misteri baginya. Dari sekolah rendah dulu memang dia tak begitu rapat dengan Akmal kerana kedua kembar itu tidak ditempatkan di dalam satu kelas bersama. Dan Akmal juga lebih rapat dengan Farid dan Fauzi. Azri pula jenis yang bukan membontoti abangnya. Itu yang membuatkan mereka kurang rapat dalam bersahabat.

"emm,nantilah abang cuba fikir dahulu. Abang kena tunggu Laila sedar dulu. Kamu tahu tak kenapa kandungan Laila boleh hilang?"

"Itu satu lagi perkara yang saya nak bagitahu abang ni. Sebenarnya Fauzi tu dah salah berjanji. Dia terpaksa cari makan buat belaan tuan jin yang dia berjanji tu. Saya pun tak faham juga macam mana boleh hilang kandungan isteri abang  tu. Tapi bila dengar cerita Fauzi baru saya faham,dia dalam tak sedar dah jadi anjing kepada tuan jin dia tu juga."

"Maksudnya kandungan Laila hilang tu bukan atas arahan Fauzi? tapi tuan kepada jin tu? bomoh yang Fauzi pergi jumpa tu ke?"Akmal sedikit keliru.

"Ya,macam tu lah sebenarnya. Dan sekarang ni bomoh tu tengah racunkan si Fauzi sebab nakkan organ dalaman Fauzi tu. Pagi tadi Fauzi dan muntah darah. Racun dah masuk dalam badan dia. Sekarang ni kami tengah tunggu mak dengan adik dia datang melawat. Tak tahu nak kata lah Bang Akmal..sedih tengok dia sekarang ni. mak dia mulanya taknak langsung datang melawat,puas dia merayu dalam talifon sampai pengsan dia merayu malam tadi. Barulah mak dia tergerak hati nak datang. Subuh tadi masa solat dia rebah pengsan lagi. Mata pun dah kuning dah,racun dah masuk dalam badan. Tak tahu berapa lama boleh bertahan lagi."

"Saya tunggu Laila sedar dulu baru saya dapat melawat dia. Tak apa..nanti saya khabarkan pada ayah ibu saya untuk melawat dulu."balas Akmal. Sungguh dia tak mampu untuk membalas apa ketika ini. Kalau diikutkan hati jahatnya sudah di cekik hingga mati atau ketawa sepuas hati ketika ini atas penderitaan Fauzi. Tapi hatinya tidak tega,tak sampai hati untuk melakukan semua itu kerana rasa percaya dan berserahnya pada Tuhan. Biarlah Allah yang menghukum Fauzi,bukan dirinya. Hingga Syauqi hilang dari pandangan dia masih lagi terpacak di tepi balkoni itu memandang kereta-kereta yang tidak putus-putus melintas. Fikirannya betul-betul serabut ketika ini. Mujur sahaja kerjanya di pejabat dapat diharapkan pada Najiha. Sungguh terhutang budi dia pada Najiha sepanjang masa ini. Kalau diikutkan syarikat yang mereka tubuhkan itu kebanyakannya menggunakan bantuan Najiha. Sahabatnya itu sungguh tidak berputus asa langsung untuk syarikat mereka. Pernah mereka tidak menerima sebarang projek dalam masa lima bulan,hinggakan hutang-hutang semakin tertunggak dan beberapa rakan kerja mula menarik diri. Tapi Najiha tetap disisinya,memberi semangat dan sama-sama berusaha ke sana sini mencari projek. Dan kini mereka boleh bernafas dengan lega kerana sudah punya pelanggan tetap dan mendapat kepercayaan walaupun semasa pejabat mereka terbakar dahulu. Semuanya Najiha uruskan tanpa banyak bicara. 

"Encik Akmal,isteri encik sudah sedar." seorang jururawat menegurnya. Akmal bergegas masuk. Sayu hatinya melihat mata layu Laila yang tersenyum ke arahnya.

"Laila dah sedar..macam mana?ada sakit kat mana-mana tak?"

Laila menggeleng dengan lemah namun senyumannya tak luntur. Tapak tangannya melekap kemas ke wajah suaminya.Dipegang kejap wajah suaminya.

"Laila ingat Laila dah tak jumpa abang dah.Laila takut sangat kalau tak boleh jumpa abang lagi dah."suaranya bertukar serak dan air mata mula membanjiri mata jatuh ke sisi.

"Haishh,jangan cakap macam tu..jodoh kita panjang lagi..ni buktinya. Laila ada lagi depan mata abang. Boleh pegang tangan abang..cakap dengan abang...lepas keluar dari hospital ni abang nak bawa Laila ke Turki. Nak tak?".Rambut Laila diusap lembut. Laila hanya tersenyum.

"Jauhnya.."jawab Laila. Tapak tangan suaminya di genggam dan dibawa ke perutnya. Akmal menarik nafas dalam-dalam. 

"Maafkan Laila,Bang. Maafkan Laila.." Laila teresak-esak kembali. Esakannya semakin menjadi-jadi.Beberapa orang jururawat menjenguk ke arah mereka seketika.

"Laila terpaksa serahkan anak-anak kita untuk selamatkan abang. Benda tu nak bunuh abang. Dia kata dia nak bunuh abang lepas bunuh Fauzi. Kalau tak nak semua tu dia minta tukarkan dengan anak-anak kita. Laila terpaksa,abang..Laila taknak kehilangan abang. Laila dah cuba macam-macam cara nak lepaskan diri tetap tak boleh. Dia tunjuk muka abang kena sembelih depan Laila,bang. Laila tak sanggup..Laila taknak hilang abang.."Laila mengongoi di dada Akmal. Terdiam Akmal seketika.Matanya dipejamkan sebelum menarik nafas.

"Takpa..bukan rezeki kita kali ni. Abang tak salahkan Laila pun..sikit pun abang tak salahkan Laila..kalau abang kat tempat Laila pun abang akan buat benda yang sama juga.Sudahlah menangis..benda dah berlaku..ni ujian untuk kita dan Fauzi juga..sabar banyak-banyak..Abang tak kisah pun janji Laila sentiasa ada dekat dengan abang.Laila dah selamat ni pun abang bersyukur sangat tau." tubuh isterinya diraih kedalam pelukan dan dipeluk rapat.

"BISIK"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang