BISIK

150 15 2
                                    

Malamnya Akmal turut serta dalam majlis tahlil dan bacaan Yasin di rumah Fauzi. Pilu hatinya melihat keadaan Fauzi yang terbaring di atas katil bujang ditepi dinding. Hanya mampu menggerakkan kepalanya sahaja selepas dari kejadian pagi tadi. Asar tadi dia ke pekan sebentar bersama Mimi dan Laila. Masuk saja dalam kedai runcit Lan terus dia di tanya mengenai Fauzi.

"Macam dah jadi anak derhaka rupanya,Mal. Takut aku tengok pagi tadi." Kata Lan sambil menggeleng kepala. Akmal mengucap didalam hati.

"Ke dia ada menuntut ilmu apa-apa,Mal? Anak aku Hajar tu kata dia nampak dalam kereta Fauzi ada benda hitam. Cepat-cepat bini aku bawa balik rumah tadi. Takut jadi apa-apa." Lan masih tak berpuas hati. Kebanyakan orang kampung masih belum tahu apa yang jadi antara Akmal dan Fauzi. Kejadian dia di tumbuk malam hari dulu pun hanya Imam Hasan yang tahu. Memang mereka mahu merahsiakannya.

"Ish,tak tahulah saya Bang Lan..saya pun jarang jumpa dia kat Melaka tu. Sibuk saya sampai nak teman isteri pergi beli barang pun tak sempat kadang-kadang tu." Jawab Akmal. Wajahnya dikawal sebaik mungkin.

"Itu lah..mana lah tahu kau tahu apa-apa ke..kau kan rapat dengan dia."

"Yelah tu..saya nak ke belakang sekejap."cepat-cepat Akmal melarikan diri mencari Laila. Selesai membeli barang mereka terus pulang untuk menyediakan apa yang patut di rumah Fauzi.

Mimi,Nora dan Laila sibuk di dapur bersama mak Akmal. Mak Fauzi duduk bersama jemaah surau membaca Yasin dan tahlil. Sesekali dia menyeka pipinya yang di turuni air mata. Sedikit pun matanya tidak menoleh ke arah Fauzi di tepi dinding. Akmal sedar akan hal itu. Kerana selesai dari menguburkan arwah dialah yang mengangkat tubuh Fauzi ke atas rumah bersama Azri dan ayahnya. Itu pun Fauzi masih sempat menyumpah dan menghambur maki padanya.

Dan semasa di dalam kereta tadi Mimi memberitahu yang ibunya sikit pun tidak pedulikan Fauzi. Ada juga Fauzi memanggil-manggil ibunya tapi ibunya buat tidak tahu. Bagaikan tak wujud Fauzi di rumah itu. Kasihan memang kasihan melihat keadaan Fauzi.

Selesai bacaan Yasin tiba-tiba bumbung rumah berbunyi kuat. Fauzi mulai ketawa berdekah-dekah. Semua yang ada diserbu rasa terkejut dan seram.

Kau kata kau kuat..takutkan mereka.Ji..mereka tu cuma kasihankan kau..halau mereka Ji!Jangan biar mereka ketawakan kau. Kau kuat Ji! Mak kau tak pedulikan kau tak apa..aku ada sini...aku sentiasa temankan kau..kau dan aku satu Ji...kau dan aku satu...hihihihi...

Fauzi mengekek-ngekek diatas katil. Nora segera menghampiri.

"Ji...kau kenapa ni?" Tanya Nora. Berkerut keningnya. Fauzi masih lagi ketawa sambil menjelir lidahnya.

"Tepilah kau betina! Jangan dekat dengan aku! Jijik aku tengok muka kau tu!" Marah Fauzi.

"Ji! Kau dah kenapa ni?"marah Ibunya.

"Ahhh,mak pun sama. Saya ni anak mak tau! Tapi mak lebihkan si Akmal tu! Mak memang tak anggap Ji anak mak kan?" Jari telunjuknya tepat ke arah ibunya. Fauzi tergelak lagi. Dia cuba untuk duduk.

"Akhirnya kekuatan aku dah datang balik! Hahahahahahha....." Fauzi menepuk-nepuk lututnya sambil tergelak puas. Dia cuba bangun pula. Dan akhirnya dia sudah berdiri tegak di hadapan Nora.

"Nora binti Jamal,aku ceraikan kau talak tiga! Sekarang kau berambus!!" Tunjuknya pada Nora.

"Ya Allah Ji...!! Kau dah kenapa ni?? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?" Ibunya meluru memeluk Nora.

"Alah,dia takkan sedihlah kena cerai dengan saya mak. Dia boleh cari jantan lain. Saya tak kisah,tak peduli! Silakan berambus!" Tubuh Nora yang berada didalam pelukan ibunya ditarik dan ditolak ke pintu. 

PAP!

Sebuah penampar melayang ke pipinya. Fauzi melihat ibunya tercungap-cungap menahan marah dihadapannya.

"Mak tampar saya?"

Ni mesti Akmal yang suruh ni..cari dia Ji!

Suara itu berbisik lagi. Meliar mata Fauzi memerhati jemaah yang ada dan akhirnya orang yang dicari ditemui. Fauzi meluru pantas ke arah Akmal. Cuba mencekik pemuda itu.Mujur saja ada ramai jemaah yang menghalangnya. Imam Hasan mengarahkan Akmal pulang bersama Laila.

"Kau jangan ingat kau boleh lepas dari aku,Mal! Aku akan cari kau sampai lubang cacing! Aku bunuh kau nanti! Kau ingat tu!"jerit Fauzi sambil meronta di pegang oleh para jemaah. Hilang saja Akmal dan Laila dari perkarangan rumahnya Fauzi kembali pengsan. Dia dibaringkan semula ke katil bujang tadi. Ibunya dan Mimi kembali berendam air mata.

"BISIK"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang