"aaaaaaaaaa! Aaaaaaaaa! Ahahahahahahahhaahha! Aaaaaaaaa!"
Gempar rumah Ramli malam itu apabila Laila tiba-tiba bangun menjerit dan mengilai di tengah-tengah rumah. Akmal cuba untuk menenangkan Laila tapi tidak berjaya. Malah semakin galak pula dia mengilai.
"Macam mana ni,ayah,mak?" Tanya Akmal.
"Sekejap,ayah cuba call Imam Hasan." Ramli pergi ke bilik tidurnya mencari talifon. Nombor Imam Hasan di dailnya. Nasibnya baik kerana panggilannya segera disambut. Setelah menerangkan apa yang terjadi Imam Hasan bersetuju untuk datang ke rumahnya. Ramli mengucap syukur. Saat dia pergi ke ruang tamu keadaan Laila semakin teruk. Berguling-guling sambil menggaru wajahnya hingga calar dan berdarah. Tidak cukup itu dia menarik lidahnya pula.
"Ya Allah...dah kenapa la orang tu busuk hati sangat dengan kau ni Laila..Laila,mengucap Laila...mengucap..ingat Allah..." Mahani cuba untuk memeluk Laila tapi Laila meronta dengan kuat hingga terduduk ibu mertuanya.
"Allahhhhhh!"dengan satu jeritan Laila pengsan. Akmal segera memeluk isterinya. Air matanya mengalir. Sungguh dia tidak kuat melihat keadaan yang menimpa isterinya. Setiap masa dia berdoa supaya Allah angkat segala sengsara dan beri rasa bahgia pada yang membuat isterinya menderita ini. Sungguh tiada sekelumit pun rasa dendam dalam hatinya pada si pembuat ini,cuma rasa kasihan sahaja. Dia berpegang pada ayat hanya Allah yang berhak menghukum,kita hanya berdoa. Dia yakin bahawa Allah takkan menguji hambanya dengan sia-sia. Dan Allah juga mampu membolak balikkan hati seseorang itu. Itulah harapannya agar Allah membalikkan hati si pembuat ini untuk bertaubat kembali.
"Mal..ayah rasa lebih baik kita balut badan Laila dengan kain. Ayah takut dia kena rasuk nanti bergolek kena meja ke apa ka..bahaya." kata Ramli. Akmal mengangguk setuju. Tubuh Laila di balut dengan selimut dan di ikat kejap lalu di baringkan ke atas tilam semula.
"Assalamualaikum..macam mana dah?"Imam Hasan datang bersama Majid menaiki motorsikal. Di tangannya ada sebungkus plastik putih.
" Dia lega dah. Tapi tak tahulah sampai bila. Tadi tengah tidur tiba-tiba melompat bangun menjerit tengah rumah. Nasib baiklah pintu semua berkunci." Jawab Ramli. Imam Hasan mengangguk dan melangkah masuk.
"Hermmmmm!!" Laila mula menderam dengan mata terbeliak melihat ke arah Imam Hasan dan Majid.
"Ada lagi tu."kata Majid.
"Selagi orang yang hantar tak berhenti selagi tu la dia akan jadi macam ni."kata Imam Hasan. Dia berjalan dan berdiri di hujung kaki Laila.
"Kamu siapa? Kenapa kacau dia?" Tanya Imam Hasan.
"Aku Dalmim! Dia milik aku!" Jawab Laila yang kerasukan Dalmim.
"Kau islam atau kafir?" Tanya Imam Hasan lagi.
"Aku kafir!"
"Kenapa kau ganggu anak cucu adam ni?"
"Dia dihadiahkan padaku! Dia hak aku! Milik aku! Ahhh! Lepaslah! Kenapa ikat aku?!"
"Sebab kau ganggu dia. Kalau kau tak masuk dalam badan dia,kau boleh saja bergerak bebas. Tapi kau bodoh. Nak juga masuk dalam badan manusia." Jawab Majid. Geram juga rasa hatinya dengan jin kafir ini.
Laila menjeling tajam wajah Majid.
"Kau sibuk-sibuk kenapa? Ini tak ada kaitan dengan kau pun! Dia milik aku! Tuan aku dah bagi pada aku. Aku boleh buat suka hati aku lah! Kau sibuk kenapa,hah?!" Tengking Laila pada Imam Hasan dan Majid.
"Kau tahu tak tuan kau dah nak mati? Kalau dia mati kau pun mati tau."kata Imam Hasan. Akmal sedikit terkejut. Dia teringat pada Fauzi. Biarpun sudah lama tak bertegur sapa tapi rasa sayang sebagai kawan itu masih ada lagi.
"Ahh! Aku peduli apa dia nak mati ke apa ka..dia tu kalau aku tak ada dia takkan berjaya punya lah! Manusia lemah!" Sumpah Dalmim.
"Kau tak mahu masuk islam?" Tanya Imam Hasan.
"Heh,tuan aku yang islam pun perangai macam kafir. " Laila mencebik bibir.
"Kalau kau masuk islam aku boleh ajar kau. Aku hantar kau belajar dengan guru aku. "
"Aku taknak!" Jerit Laila lalu memalingkan tubuhnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
"BISIK"
ParanormalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.