Di hadapan pintu Akmal dan Azri tersenyum bangga. Semuanya sudah di susun ke tempat asal dan kelihatan segar di mata. Kalau dahulu pejabatnya hanya berwarna putih,konon-konon untuk nampak luas tapi kini dia memilih hijau. Itu adalah warna kesukaan Nabi. Kalau dulu dinding pejabat hanya berhias sebuah jam dinding tapi kali ini dia membeli jam azan dan beberapa bingkai tulisan khat. Di pintu pejabat juga di tulis kalimah "Assalamualaikum". Seboleh-bolehnya dia mahu hiasan kali ini mengandungi banyak unsur-unsur islam.
Masuk saja ke dalam biliknya sendiri,Akmal tersenyum lebar. Tulisan khat Ayat Kursi menghiasi dindingnya berserta selawat Nabi. Tak sia-sia punyai pelanggan yang mengusahakan kaligrafi. Semuanya di lakukan dengan kemas dan teliti. Nampaknya hubungan bisnes mereka akan kekal lama jika begini hasilnya.
"Lawa,kan? Ni kalau buat kat dinding rumah kau lagi lawa. Rumah kau tu dah la kosong. Gambar kahwin pun tak ada. Yang ada gambar air terjun. Apa pekdah gantung gambar air terjun sebesar alam tu? Baik kau gantung ayat-ayat macam ni...tak pun gambar Kaabah. Lagi sejuk rumah kau." Cadang Azri. Akmal membuat muka padanya. Hanya dia yang tahu apa yang tersirat di sebalik gambar itu.
"Nanti aku buatlah...ada lagi tiga dinding kosong kat rumah tu..kat belakang tivi tu aku nak pasang frame Al Kahfi besar-besar. Yang ada cermin tu. Haa...sambil-sambil sikat rambut boleh baca." Jarinya menggosok dagu sambil membayangkan keadaan rumahnya nanti. Cantik juga kalau di buat.
"Jom turun makan,aku nak kena masuk kerja pukul tiga nanti. Sampai pagi esok tak berhenti ni." Azri mengemas begnya. Semua barang-barang miliknya di masukkan pantas.
"Kau ganti orangkah?"
"Tak lah...ada budak aku ayah dia masuk hospital. Kawan-kawan banyak cuti deepavali. So tak ada yang nak back up kan..aku je la yang tolong..bukan selalu dapat masuk site. Nak jugak rasa macam mana kerja budak tu." Balas Azri.
"Ooh...baguslah kau fikir macam tu. Eh,kunci mana? Aku nak ke tandas jap. Kau turun dulu start kereta. Sekejap lagi aku turun." Akmal berlari-lari anak ke tandas.
🕸️🕸️🕸️
Fauzi gelisah seorang diri. Belaan Wadi dari tadi terpacak di ruang tamu rumahnya. Bau busuk menerawang ke setiap pelosok. Walaupun pintu biliknya sudah di tutup tetap juga bau itu berjaya masuk. Fauzi termuntah-muntah sebentar tadi. Entah apa yang di mahukannya pun tidak tahu.
Akhirnya dia menarik selimut dan cuba untuk tidur. Tapi bau busuk semakin menyengat lubang hidungnya. Dia mencapai kain tuala lalu ditekap pada hidung.
"Ish,busuk gila!"marahnya. Dia bingkas bangun menuju ke bawah. Belaan Wadi masih lagi di situ.
"Kau nak apa terpacak kat tengah rumah aku ni?"soal Fauzi. Kain tuala di tekap kuat pada hidungnya.
"Aku menunggu arahan." Jawab belaan Wadi. Fauzi berfikir seketika.
"Aku nak kau pergi rumah Akmal kacau isteri dia sampai separuh gila." Arah Fauzi. Belaan itu mengangguk dan menghilang sekelip mata bersama bau busuknya.
"Fuhhh...lega...cakaplah nak kena suruh..ni tak..berdiri tegak macam tu sapa nak tahu? Bodoh!" Sumpahnya sambil merebahkan diri di sofa. Dia terlelap di situ hingga ke pagi.
YOU ARE READING
"BISIK"
ParanormalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.