BISIK

144 19 1
                                    

Tuh kali tuh depan belakang ku tutup pintu biar kau terkurung hingga ku tamu,

Tuh kali tuh jiwamu meronta hanya untuk mencariku biar aku yang pandu,

Tuh kali tuh kau hanya untukku dan aku hanya untukmu,dirimu,nyawamu,jasadmu..

Tuh kali tuh angin halimunan melindung dirimu supaya hanya ada aku,

Tuh kali tuh,jasad di sini sudah ku sentuh..

Tuh kali tuh,jasad ini tidak ku sentuh lagi ku buang tinggal yang ku ingini nanti..

Tuh kali tuh ku taruh nyawamu Fauzi...hehehehehehehhe....

Tuh kali tuh kau,aku sebati dalam janji yang sudah kau mungkiri,

Tuh kali tuh hampir ku pada di sana nanti,

Di sini MATI!!!

Fauzi tercungap-cungap tiba-tiba selepas mengikut kata ayat syirik Dalmim. Rengkungnya terasa sakit dan sendat. Nafasnya tercungap-cungap dengan mata yang sesekali terpejam rapat,wajah berkerut hebat.

"To..long...!! Tolong!" Tangannya tergapai-gapai ke arah Dhani. Kaki Dhani dipautnya. Dhani yang masih menahan sakit berusaha untuk bangun dan memeluk Fauzi.

"Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!" Dhani mengalunkan azan sekuat hatinya di tepi telinga Fauzi. Sakit kepala yang amat dahsyat menyerang tanpa henti di lawan sekuat hati. Dia perlu selamatkan Fauzi!!

Azan di alunkan bersama tangisan menahan sakit kepala. Pelukan Fauzi terasa kejap di dadanya semakin melonggar tiba-tiba. Fauzi melonglai ke riba dan serentak itu sakit kepalanya hilang serta merta. Dhani mengucap syukur melihat Syauqi melangkah masuk menghampirinya.

Bantuan Allah tidak terduga masanya,kadang kala kita sudah merasa di hujung tanduk,tapi Allah mengatakan sebaliknya. Jangan berputus asa berdoa-Ayah Idris.

Dhani tersenyum dan membaringkan Fauzi dengan cermat. Tangan Fauzi diletakkan di perut seperti kedudukan solat.

"Qiblat arah mana?"tanya Syauqi pada Misi Jue.

"Betul dah tu." Jawab Misi Jue.

"Minta tolong kunci pintu ya,mana - mana pasakit yang lemah semangat minta di alihkan sebentar. Saya mula dalam lima belas minit lagi."beritahu Syauqi. Misi Jue bergegas ke kaunter hadapan bersama beberapa anggota polis untuk memindahkan pesakit ke lobby sementara waktu. Syauqi bangun menghampar kain serban putihnya ke badan Fauzi. Ada darah yang  keluar dari telinga Fauzi saat kain terletak di atas badannya. Sebungkus garam dan lada yang sudah di ruqyah di tabur mengelilingi tubuh Fauzi dan di dinding wad juga.

"Hermmmmh...!" Fauzi mulai menderam. Syauqi sedikit pun tidak peduli sambil meneruskan kerjanya. Setiap penjuru bilik H3 di bacakan ayat penghadang dan pengunci. Selesai semuanya di kembali bersila di sisi Fauzi.

"Assalamualaikum,saudara...."sapa Syauqi. Tiada sambutan dari Fauzi.

"Assalamualaikum,saudara Fauzi..."sapanya lagi.

"Hermmmhh!"Fauzi memalingkan wajahnya ke kiri. Enggan melihat Syauqi di sebelah kanannya.

"Assalamualaikum,saudara Fauzi..."sapa Syauqi buat kali ke tiganya.

"Fauzi tak ada! Kau nak apa asyik ganggu aku ni?! Sana sini muka kau saja! Tuih!" Marah Dalmim. Walaupun begitu dia tidak menoleh ke kanannya.

"Aku tak menyapa kau...aku menyapa Fauzi..kau makhluk menumpang tak sedar diri sibuk-sibuk masuk dalam ni dah kenapa? Tak tahu malu ke?" Balas Syauqi.

"Dia ni dah berjanji dengan tuan aku..dia bela aku..dia langgar sumpah. Bila dah langgar sumpah dia jadi milik aku lah! Kau tak ada hak pun nak masuk campur dalam hal ni!" Jawab Dalmim. Syauqi tersenyum sumbing.

"Apa pula tak ada hak...dia ni saudara seislam aku,sama cucu cicit Nabi Adam. Kau apa tahu? Kau kafir."

"Hermmm! Kau jangan nak sibuklah! Pergi berambus!! Yihhhhh,ni kain ke batu kau letak atas aku nih! Lepaskan aku!!"marah Dalmim. Dia cuba meronta namun hanya kepalanya sahaja yang boleh digerakkan. Deramannya semakin kuat bersama tempikan-tempikan nyaringnya. Syauqi masih tetap di sisi merenung wajah Fauzi.

"Kau kata kau kuat...mata aku pun kau tak berani tengok sekarang ni. Heh,ada hati nak kacau saudara aku ni. Baik kau pergi balik dekat tuan kau tu...kalau tidak mati kat sini kau nanti...aku tak main-main.. aku cari kau dari sana lagi tau. Kali ni memang aku buat sungguh..baik kau keluar." Syauqi menepuk lututnya beberapa kali. Setiap tepukan,tubuh Fauzi akan terkejut seperti terkena renjatan eletrik. Syauqi tersenyum lagi.

"Aku takkan keluar! Ni hak aku!" Dalmim masih lagi berkeras.

"Baiklah...kalau macam tu bersedialah untuk merasa sakit. Bismillahirrahmaanirrahim...!!"

"BISIK"Where stories live. Discover now