Setahun berlalu selepas pemergian arwah Farid, Akmal mengejutkan keluarganya dengan hasrat hatinya untuk menyunting Laila. Dan ketika dia menyuarakan keinginan itu pada Fauzi,lelaki itu kelihatan tergamam sebelum berpamitan.
"Apa pun yang kau fikir sekarang ni baik kau lupakan. Macam tak ada orang lain kau nak buat bini." Kata Fauzi sebelum pulang dari kedai makan Mak Man.
Akmal tidak pedulikan kata-kata itu. Dia dan keluarganya menuju ke rumah Laila pada petangnya.
"Laila tak menolak,Mak Ani.. cuma Laila minta bagi masa sikit pada Laila. Arwah baru pergi setahun. Masih terlalu awal untuk Laila cari penggantinya." Jawab Laila bila di tanya ibunya Akmal. Akmal sedikit lega. Biar pun menunggu dia sanggup. Tekadnya sudah dibulatkan.
"Abang akan tunggu sampai Laila bersedia. Terima kasih Laila."
Berita Akmal merisik Laila tersebar ke seluruh kampung. Fauzi yang ketika itu sudah bertunang dengan Nora kawan baik Laila berasa tidak senang hati. Esoknya dia segera menemui Laila di kilang tempat kerja Laila.
"Ooo...diam-diam main cinta dengan kawan arwah ya..dengan aku tak nak..huh." sindirnya.
"Eh,kau dah kenapa? Ada masaalahkah kalau aku nak mulakan hidup baru?"Laila pelik.
"Aku kau tak nak. Akmal nak pulak." Balas Fauzi. Matanya menjeling batang tubuh Laila.
"Kau gilakah?"
"Kau yang gila. Gila harta. Mentang-mentang Akmal tu berduit. Kau terima dia!" Suara Fauzi sedikit meninggi.
"Oi,tak sedar diri agaknya kau Ji. Kau tu tunang Nora. Yang kau nak sibuk-sibuk hal aku kenapa? Aku nak buat apa pun suka hati akulah. Tak perlu minta izin kau!" Marah Laila. Dia terus pergi meninggalkan Fauzi. Dari jauh Nora memerhati tanpa perasaan. Dia tahu Fauzi sukakan Laila. Dia bertunang pun sebab ibu dan ayahnya yang mahukan Si Fauzi tu. Kalau ikutkan hati memang tidak ingin dia menerima. Banyak cerita tentang Fauzi yang didengarinya setelah kematian Arwah Farid. Hanya ibu dan ayahnya saja yang tak percaya. Laila juga sudah beberapa kali mengadu tentang Fauzi padanya. Baginya tak ada guna dia melarang Fauzi kerna di penghujungnya tetap dia yang dipersalahkan. Lebih baik diamkan diri dan buat hal masing-masing.
🕸️🕸️🕸️
Selesai memadam semua lampu surau,Akmal dan Imam Hasan melangkah bersama sambil bercerita. Sesekali keduanya ketawa geli hati.
"Mal!" Entah dari mana tiba-tiba saja muncul Fauzi dengan wajah menyinga.
"Kenapa,Ji? Motor kau mana?" Soal Akmal. Dia memerhati tubuh Fauzi yang berselut itu.
"Motor aku masuk sawah ayah kau. Tolong aku jap." Wajahnya masih kelihatan serius.
"Eh la....macam manalah boleh masuk sawah ayah aku..kau laju sangatkah apa?" Hairan Akmal. Dari pandangan matanya dia merasakan Fauzi punya niat lain. Segera dia menghulur tangan bersalam dengan Imam Hasan dan terus mengikuti Fauzi.
"Hati-hati dengan Fauzi tu."Imam Hasan sempat berbisik pada Akmal.
🕸️🕸️
"Mana motor kau?" Akmal tercari-cari namun Fauzi terus melangkah menuju ke hujung petak sawah. Akmal mula curiga. Apa yang di lakukan Fauzi dekat hujung gelap gelita ini?
"Ji! Aku nak balik ambil lampu dulu. Gelaplah,Ji." Akmal berhenti melangkah. Fauzi yang tadinya laju di hadapan berhenti juga dan menoleh pantas.
"Kau takutkah? Selalu tak takut gelap."
"Sejak Id tak ada aku jadi lain sikit bila kat tempat gelap ni. Rasa macam ada benda tak elok nak jadi."jawab Akmal selamba.
Fauzi yang tadinya berwajah serius mula ketawa sedikit demi sedikit dan berdekah-dekah.
"Hah!" Sebiji penumbuknya melayang ke muka Akmal. Akmal yang belum bersedia tersungkur ke belakang.
"Kau sengaja kan,Mal? Apa yang aku nak yang tu juga yang kau mahu! Kau memang sengaja,kan?" Leher baju Akmal di cekak kuat. Beberapa biji penumbuknya melayang lagi ke wajah Akmal.
"Kau dah gilakah,Ji?! Lepaskan aku!" Akmal berusaha menolak tubuh Fauzi yang duduk di atas dadanya. Terasa pendek nafasnya di tambah dengan sakit di bahagian rahangnya.
"Baik kau batalkan pertunangan kau dengan Laila tu! Kalau kau tak nak kena lebih terok lagi dari ni baik kau batalkan! Laila tu aku punya! Hah!" Penumbuk terakhirnya di berikan terus membuat Akmal pengsan. Fauzi bingkas bangun dan berlari pergi.
🕸️🕸️🕸️
"Eh,mana Akmal?" Imam Hasan yang baru tiba di selekoh terserempak dengan Fauzi yang sedang berlari tanpa menoleh kiri kanan. Terkejut Imam Hasan pantas menekan brek. Hatinya mengatakan ada perkara buruk terjadi pada Akmal. Dia berpatah balik menuju ke sawah Ramli. Dalam samar-samar cahaya lampu motorsikalnya dia melihat pemuda itu terlentang di tanah.
"Astargfirullah hal azim! Akmal! Akmal! Allahu Akhbar!" Imam Hasan terus menerpa terkejut melihat wajah Akmal yang lebam teruk.
"Aku dah agak dah ada benda yang tak kena dengan Fauzi ni! Allahu Akhbar....Akmal...Akmal...bangun Akmal...Akmal..." Pipi pemuda itu di tepuk-tepuk.
Setelah beberapa minit barulah Akmal sedar. Terbatuk-batuk pemuda itu mencari nafas. Sakit kepala dan rahangnya membuatkannya mengaduh kuat.
"Mari aku hantarkan ke rumah. Hati-hati." Kedua tangan Akmal di sangkutnya ke bahu. Dengan penuh berhati-hati dia membawa Akmal ke rumahnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
"BISIK"
ParanormalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.