"Abang ingat nak buat kenduri sikit balik kampung ni. Nak tak?" Usul Akmal pagi tu.
"Nak balik bila? Sabtu ni ke?" Soal Laila. Akmal mengangguk.
"Awal lagi rasanya,bang...baru enam minggu...kita tunggu baby lima bulan ke..tujuh bulan ke..baru kita buat kenduri.."jawab Laila.
"Kalau macam tu abang oder makanan untuk sedekah ke surau taman dulu boleh? Abang dah niat dah dulu. Kalau sayang mengandung abang nak buat sedekah tiap malam jumaat." Beritahu Akmal.
"Boleh je..abang nak sedekah apa malam jumaat ni?"
"Minggu ni abang nak oder nasi biryani dulu."
"Wow...biryani...sedapnya.."membulat mata Laila mendengarnya. Makanan kegemarannya dari dulu lagi.
"Nanti abang bungkus dekat sayang ya. Sayang nak makan apa sayang bagitahu je. Abang akan cari sampai jumpa."Akmal memeluk Laila dengan sepenuh kasih sayangnya. Saat indah sudah tiba.
🏵️🏵️🏵️
Panggilan talifon dari bank tadi membuatkan darahnya menggelegak tiba-tiba. Segera nombor talifon Nora didailnya.
"Hoi perempuan! Kenapa bank call bagitahu rumah dah tak bayar empat bulan? Kau buat apa sampai tak sempat bayar rumah tu?"marah Fauzi.
"Aku dah tak duduk sana. Buat apa aku nak bayar lagi. Buang duit aku je." Jawab Nora selamba.
"Apa?! Siapa bagi izin kau pindah,hah? Berani kau ye.."marah Fauzi lagi.
"Sebab aku tak berani la aku pindah. Rumah kau tu berhantu kau tahu tak? Tiap malam ada bunyi pelik-pelik dalam bilik kau. Dah tu kalau tengah bulan rumah bau busuk macam ada bangkai dalam rumah. Lebih baik aku blah. Mental aku duduk lama-lama kat rumah kau tu." Jawab Nora lagi.
"Aah! Kau saja reka cerita kan..aku tahu kau bohong!"
"Eh,kalau kau tak percaya silakan duduk rumah kau balik. Kunci aku selitkan dekat bawah pasu tu. Bye!" Talian dimatikan tanpa sempat Fauzi membalas apa-apa.
"Benda apa pulak dah yang ganggu rumah aku tu...jangan-jangan si Akmal ni main bomoh juga." Fikiranya tiada lain selain mengjahatkan Akmal. Fauzi berfikir lagi
"Kalau Nora keluar bererti kosonglah rumah aku. Macam mana kalau pencuri masuk curi dulang tu?? Aduhhhh....tak boleh jadi ni. Esok aku kena balik sana juga. Sial punya Nora. Aku dah sediakan semuanya kau boleh tinggal macam tu je. Entah-entah ada jantan lain kau Nora..tak pa..tunggu...tunggu laa nasib kau.."
Fauzi turun ke tingkat bawah menuju ke bilik di bawah tangga. Bajunya di tanggalkan lalu bersila di hadapan beberapa batang lilin yang dinyalakannya. Dia mula meratib sesuatu hingga peluh seluruh tubuhnya. Lalu dengan sehelai tisu dia mengelap semua peluhnya lalu di perah hingga mendapatkan tiga titis dan di isi ke dalam botol kecil sebesar jari kelingking. Setelah isi dia mencelup jari kelingkingnya ke dalam sebuah bekas berisi cairan merah lalu di titis ke dalam botol kecil tadi juga. Cairan didalam botol berubah menjadi merah. Dia tersenyum-senyum sambil mencium beberapa kali botol kecil di tangannya.
"Siaplah kau esok Nora..." Fauzi bangun keluar dari bilik lalu menguncinya dengan kemas. Botol kecil tadi di letakkan disebelah kunci keretanya. Dia berlalu ke atas untuk membersihkan diri. Langkahnya berlagu riang. Bersiul-siul dan menyanyi kecil.
🏵️🏵️🏵️
Talifon yang bergetar di atas mejanya di jeling dengan rasa menyampah. "Fauzi tak guna!" terus menalifonya entah ke berapa belas kali hari ini. Awal-awal pagi lagi dia sudah di maki oleh Fauzi. Memang taklah dia nak angkat panggilan seterusnya. Dentingan mesej masuk beberapa kali juga tidak dibukanya. Talifon bimbitnya di tolak lagi supaya berada di bucu meja.
"Biar jatuh,rosak terus lagi bagus!" Dia mencebik bibir dan meneruskan kerjanya.
🏵️🏵️🏵️
"Eh,tak guna betullah betina ni...berani dia tak angkat call aku....sial kau Nora...tunggu kau!" Fauzi masuk ke dalam rumah terus menuju ke bilik tidurnya. Bau busuk menyucuk hidung dengan serta merta. Fauzi segera membuka semua tingkap rumah. Termasuklah tingkap-tingkap di setiap bilik tidur. Hari ini kerjanya tak lain hanya mengemas rumahnya sahaja. Kerja di pejabat langsung tak dihiraukan lagi saat ini. Dia berdiri di hadapan bilik tidur Nora dahulu. Lain benar rasanya bil kakinya menginjak masuk. Lantai terasa bersih dan bilik terasa sejuk. Apa kerana Nora selalu mengaji dan taat pada perintah Allah? Fauzi melangkah ke arah katil lalu merebah tubuh. Bau haruman bunga menusuk hidungnya. Matanya dipejamkan dan tanpa sedar dia terlena di situ.
💮💮💮
Bunyi azan mengejutkan Fauzi dari lenanya. Terpisat-pisat menenyeh mata dalam cahaya yang samar. Dia mengerling jam tangan. Sudah margrib rupanya. Lama juga dia tertidur. Dari zohor hingga margrib. Cepat-cepat dia bangun membuka lampu rumah dan menutup semua tingkap. Semua tirai di tarik rapat. Dia kembali melangkah ke ruang tamu. Matanya meliar ke segenap ruang dan akhirnya jatuh ke gambar keluarga di dinding. Wajah ibu dan ayah tersenyum berdiri di sisinya. Fauzi cepat-cepat mengalih pandangan ke arah lain. Enggan hanyut dalam perasaan lemah itu. Dia ada misi yang perlu dilaksanakan.
"Aku takkan berhenti selagi kau tak tersiksa macam aku!"

ANDA SEDANG MEMBACA
"BISIK"
ParanormalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.