BISIK

509 19 0
                                        

Kunan melihat ke tingkap,sebuah kereta Vios masuk ke perkarangan rumahnya. Adiknya Daud menyambut tetamu dengan mesra.

"Masuklah...saya buatkan air sebentar."kata Daud lalu meninggalkan mereka di ruang tamu.

"Bos.." Kunan melangkah perlahan-lahan. Tubuhnya hanya berbalut kain pelikat sahaja. Malunya pada Najiha usah di kata. Wajahnya di tundukkan dari memandang Najiha.

"Kami pergi hospital tadi.. mereka kata awak dah balik. Itu yang terus ke sini. Awak macam mana Kunan? Terukkah?" Soal Akmal. Dia mengalih tempat duduk ke sisi Kunan.

"Belakang saya yang masak sikit,Bos. Yang lain ok ja..hehehehe..." Jawab Kunan tersengeh-sengeh.

"Mana ada belakang saja...itu betis dia tu. Tidur pun meniarap saja." Daud menyampuk sambil menghidang air.

"Sibuk kau." Kepala Daud di sekeh geram.

"Sikit ja kat betis ni..tertimpa kayu." Jelas Kunan.

"Saya minta maaf,Kunan. Sebab saya awak jadi macam ni. Saya pun tak tahu siapa yang dengkikan saya ni." Akmal menggosok tapak tangannya.

"Ishhh...tak ada apa lah,Bos..benda dah nak jadi...Daud kau ambil talifon aku dalam bilik jap."

Daud datang bersama talifon bimbit Kunan. Laju saja jari Kunan menari di atas skrin.

"Nah,ini yang saya sempat rakam malam kejadian." Video berdurasi tiga minit di tunjukkan pada Akmal. Jelas kelihatan dua orang lelaki sedang menuang minyak pada mesin fotostat mereka dan sengaja menghidupkan api padanya. Lebihan minyak di tuang juga pada meja-meja dan bahagian dinding pejabat. Tongnya di lempar ke tepi dinding. Kunan telah di belasah dan di tolak ke dalam api sebelum keduanya berlari keluar. Mengucap mereka melihatnya.

"Saya minta maaf Kunan." Pohon Akmal lagi. Suaranya bergetar menahan rasa di hati.

"Ni boleh serahkan pada polis untuk di jadikan bahan bukti. Nanti sent pada saya,ya. Saya nak ke balai polis lepas ni." Kata Akmal lagi.

"Siapalah yang busuk hati sangat ni? Allah..." Wajahnya di raup perlahan.

"BISIK"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang