Wadi mengangguk pada sesuatu di hujung kakinya. Tahulah dia bahawa apa yang di suruhnya pada Fauzi sudah terlaksana. Kini terserah pada Fauzi sahaja lagi untuk menjaga pantang larangnya selamanya. Wadi tersenyum sumbing. Baru siang tadi Mamat kawan Fauzi datang lagi meminta minyak pengasih semula. Yang di berinya tempoh hari meletup gara-gara Mamat melanggar pantang larangnya. Kali ini minyak pengasih di beri dengan amaran keras. Namun amaran itu tetap di pandang enteng oleh Mamat. Nafsu di dahulukan,penyesalan di fikir kemudian. Wadi hanya menunaikan. Selepas ini bukan lagi urusannya.
"Bodoh!" Terpacul kata itu bersama senyumnya. Dia teringat pada seseorang yang pernah datang kepadanya dahulu. Merayu-rayu agar di beri "Yang paling kuat" tapi pantang larang tidak di jaga kuat. Dan akhirnya masuk berita kemalangan hingga putus kepala. Untuk berurusan dengannya mudah saja. Jaga pantang larang kalian akan selamat!.
"Tak pernah serik-serik! Kali ni kompom tak datang dah. Hahahaha..." Dia menabur sesuatu ke tanah. Bunyi cakaran jelas kedengaran berebutkan sesuatu yang di tabur. Wadi mendongak langit.
"Makan puas-puas! Lepas ni masuk kandang. Nak hujan tu." Laungnya pada ayam peliharaannya yang berbulu hitam kesemuanya. Ayam hitam dalam perubatan ilmu hitam banyak gunanya.
🕸️🕸️🕸️🕸️
Petang itu Akmal tidak bercadang untuk ke mana-mana. Tubuhnya terasa lenguh benar setelah bangun dari tidur siangnya. Belum pernah lagi dia tidur di siang hari selama ini. Dari pukul dua dia terlentok di sofa hingga pukul lima. Itu pun di kejutkan Laila untuk solat Asar. Jika tidak mungkin hingga ke maghrib lajaknya. Dia beristirgfar sambil mengusap wajahnya.
"Yang...mana cangkul pokok abang yang dalam pasu tu?"soalnya pada Laila sebaik saja isterinya datang bersama sebotol air mineral.
"Entah. Saya tak pernah guna pun." Jawab Laila. Hairan pula dengan suaminya. Setahunya Akmal jenis yang tersusun orangnya. Tidak suka meletakkan barang bukan pada tempatnya.
"Ish,mana pulak cangkul kecil aku ni. Yang sedap pakai tu juga nak hilang pun." Leternya sambil berpusing-pusing di tengah laman. Habis semua pasu bunga diperiksanya. Akhirnya dia mengalah lalu melangkah ke pondok rehat bersama Laila.
"Jumpa?"
"Emmh!" Bibirnya dicebik malas. Hilang semangat berkebunnya gara-gara cangkulnya itu.
"Lahh...takkan hilang kot...mana ada orang lain dalam rumah ni...takkan ada toyol curi kot." Laila turut hairan sama.
"Takut anjing datang curi je...tak ingat kasut abang dulu tu? Nuuun hujung corner sana di bawaknya. Dah la kasut baru beli. Hmmh..." Akmal menjeling pagar rumah. Geram pula bila terkenang si anjing berbulu hitam putih itu. Sudahlah tak gebu,perangai macam hantu pula.
"Ha,abang pergilah cari di hujung corner tu. Mana tahu ada.."cadang Laila.
"Eh,tak naklah. Baik beli baru je. Nak kena samak lagi nanti. Itu kalau bentuk masih sama tak apa. Kalau dah patah,bengkok sana sini? Buang masa ja nak pergi ambil."
Laila hanya menggeleng kepala mendengar leteran suaminya. Botol mineral di buka dan di hukurkan lada suaminya.
🕸️🕸️🕸️
Najiha tertunduk-tunduk mengutip serpihan arang yang masih berbaki di lantai. Selesai sudah mengemas barang-barang yang terbakar,selepas ini dia ingin pulang untuk mandi dan rehat sebentar sebelum turun semula untuk Akmal dan Faiz di pejabat.
"Ya Allah permudahkanlah urusan kami selepas ini,Ya Allah.."

ANDA SEDANG MEMBACA
"BISIK"
خارق للطبيعةBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.