BISIK

137 16 0
                                    

Malam itu sesiapa saja yang melintasi rumah Ramli akan berasa seram sejuk. Suara raungan Laila,pekik lolong,hilaiannya cukup menyeramkan. Majid dan Imam Hasan berhempas pulas dibantu oleh Azri dan Ramli. Akmal cuba membantu mana yang mampu sahaja memandangkan tangannya sudah cedera akibat dikilas oleh Laila tadi.

"Nak buat macam mana ni,Imam? Kuat betul dia ni." Kata Majid. Berpeluh-peluh tubuhnya menahan Laila yang sesekali mengganas secara tiba-tiba itu. Meja kaca ditengah ruang tamu sudah berderai dihentaknya sebentar tadi. Semuanya berlaku dengan pantas. Laila tiba-tiba melompat ke atas meja kaca dan memecahkannya dengan sekali hentakan kaki sahaja. Tergamam semua tanpa sempat menyambar tangan Laila.

"Aku akan pastikan dia tak bahgia sampai dia mati! Biar dia sengsara! Kau! Kau yang buat aku jadi macam ni! Kau yang cari pasal dengan aku! Kalau dari dulu kau dengar cakap aku kau takkan lalui semua ni!" Dahi Akmal ditujal dengan jari telunjuk. Akmal menepis tangan Laila.

"Lepaslah,bodoh!" Marah Akmal bila rambutnya pula yang digenggam oleh Laila. Majid dan Imam Hasan berusaha meleraikan genggaman tangan Laila.

"Ish! Orang tua tak sedar diri! Dengan kau aku bunuh sekali nanti. Baik kau jangan masuk campur urusan aku. Berambus kau!" Tubuh Imam Hasan ditolak kasar. Terdorong Imam Hasan dan cuba mengimbangi tubuhnya agar tidak terlentang.

"Siapa yang hantar kau? Apa masalah kau kacau aku dengan isteri aku?" Tanya Akmal.

"Aku dihantar untuk pisahkan kau berdua! Kalau tak boleh pisah aku buatkan dia ni gila! Biar kau tak bahagia!" Laila menjegil ke arah Akmal. Sesekali dia melirik sinis ke muka Majid dan Imam Hasan.

"Tapi apa salah kami berdua?"tanya Akmal. Geram juga hatinya dengan gangguan-gangguan ini.

"Salah kau sebab kau kahwin dengan dia ni,dia ni tuan aku punya! Kau tu yang rampas hak tuan aku! Sekarang ni tuan aku dah serah dia ni pada aku. Jadi dia dah jadi hak aku!" Laila menumbuk dada berkali-kali. Akmal menahan tangan Laila. Bimbang kesan terhadap kandungannya.

"Dia isteri aku,hak aku. Aku suami dia. Dan aku tak izinkan kau masuk dalam badan isteri aku ni! Keluar kau! Keluar!" Pipi Laila di tamparnya. Terbeliak mata Laila melihat Akmal. Memang dia tidak menjangkakan Akmal akan bertindak begitu.

"Kau tampar isteri kau?"

"Bukan isteri aku tapi kau!"sekali lagi penamparnya melayang ke pipi Laila.

"Tak guna kau! Aaaa!" Jerit Laila lalu menerkam leher Akmal.

"Aku bunuh kau! Mati kau!! Mati!" Jerit Laila.

Keadaan menjadi tegang. Majid dan Azri cuba menarik tubuh Laila dari atas dada Akmal. Cuba meleraikan pegangan tangan Laila namun begitu kejap sekali pegangannya. Akmal pula sudah tercungap-cungap dan terbatuk dicekik Laila.

"Tepi-tepi!" Mahani menolak Azri lalu menuang air dari dalam botol ke atas kepala Laila. Pegangannya terlepas dan dia segera mengundur langkah.

"Air apa ni,hah? Tak guna kau!" Laila sepertinya kepanasan. Menggosok wajah dan lengannya berkali-kali sambil melompat-lompat.

"Ini air Yasin yang aku bacakan setiap malam. Kau nak lagi? Ada banyak lagi dalam bilik aku tu. Nak rendam kau dalam air ni pun boleh."kata Mahani.

"Tak! Aku taknak! Aku panas! Aku tak nak air ni!" Laila masih lagi seperti tadi. Menepuk-nepuk tempat yang basah dengan air Yasin. Wajahnya bertukar merah terang dengan lidah terjelir-jelir.

"Kalau kau tak nak baik kau keluar dari badan Laila. Kalau tidak aku ambil lagi sebotol air ni." Botol air di angkat tinggi dihadapan Laila.

"Tidak aku tak mahu! Dia milik aku!" Laila menggeleng pantas. Matanya terbeliak ke arah botol air di tangan Mahani 

"Tak nak keluar? Ok..aku ambil lagi sebotol. Kau tunggu jap.." Mahani pura-pura melangkah ke arah biliknya.

"Tidakkk! Jangan...jangan..aku panas..jangan.." kaki Mahani di pautnya. Mahani terus melangkah hingga ke depan muka pintu.

"Jangan! Baiklah,baiklah! Aku keluar..aku keluar!" Laila menyembah berkali-kali di hujung kaki Mahani.

"Keluar! Kalau tidak aku siram lagi air ni." Gertak Mahani lagi.

Laila rebah ke belakang. Diam tidak berkutik lagi.

"BISIK"Where stories live. Discover now