Fauzi hanya menurut apa yang di katakan oleh Wadi dari mula hingga ke saat ini. Satu demi satu ayat di lafaz lalu di hembus pada sebunjut kain kuning di hadapannya. Sesekali bunyi ketukan dan bunyi tangisan mendayu-dayu menyinggah ke telinga. Fauzi cuba kuatkan diri.
"Mana barang dia?"soal Wadi.
Fauzi segera menyeluk poket mengeluarkan sesuatu. Seluar dalam milik Laila di hulur malu-malu.
"Pandai kau curi eh?" Wadi mencebik bibir melihat Fauzi yang tersengeh-sengeh bagai di puji. Dalam hatinya menyumpah beribu kata pada manusia seperti Fauzi ini. Duit ada,kerja bagus,ada syarikat sendiri tapi masih juga hidup berdengki. Kadang kala dia pun tak faham kenapa perlu dengki sedangkan semuanya sudah lengkap dalam kehidupan mereka. Kebanyakan pelanggannya datang dari orang-orang kaya yang mahu menjatuhkan saingan-saingan mereka. Dato', Datin, Tan Sri...sebut saja pangkat apa semuanya pernah masuk ke kebun getah ini. Bahkan anggota polis yang pangkat paling tinggi pun meminta tangkal kepadanya. Hmmm,hati manusia siapa yang tahu.
"Tuih!" Seluar dalam milik Laila di ludahnya. Dia meneguk sekali lagi bancuhan di dalam tempurung kelapa itu lalu meludahnya sehingga bancuhan itu habis.
Fauzi mempamerkan riak geli di wajahnya. Terasa loya tiba-tiba dengan kelakuan Wadi di tambah pula bau hanyir yang mula menyucuk hidungnya. Cepat-cepat dia menarik leher baju lalu menutup hidungnya.
"Nah,pagi esok aku mahu kau lemparkan seluar dalam ni ke bumbung rumah dia. Carilah kawasan yang susah untuk di capai. Kalau kau boleh lempar tinggi lagi bagus. Tapi ingat...lepas lempar kau mesti ulang ayat yang aku bagi tadi sebanyak empat kali dan tiup di setiap penjuru rumah dia. Dan ini,bunjut ni kau simpan di rumah kau. Kalau bunjut ni tiba-tiba bertukar warna,kau belikan ayam hidup,sembelih kemudian darahnya kau rendamkan bunjut ni. Faham tak?" Soal Wadi.
"Faham-faham.." Fauzi terangguk-angguk. Matanya tak lari dari melihat dua bungkus kain di hadapannya itu. Rasa puas hatinya membuak-buak bersama rasa bencinya. Wajah Akmal yang akan kecundang itu sudah bermain-main di mata. Dia ketawa tiba-tiba. Wadi hanya mencebik bibir.
"Pergilah masuk bilik. Aku ada kerja nak buat. Ingat....pantang larang jangan sesekali kau langgar. Kalau tak kau akan sakit seperti musuh kau!" Wadi menyentap tangan Fauzi dengan kuat. Terbeliak Fauzi dengan tingkah laku Wadi yang tiba-tiba itu. Tergagap-gagap dia mengiakannya.
Bagus...sekarang pergi!"
Fauzi bingkas bangun bersama dua bunjut kain kuning di tangannya. Sebaik saja pintu bilik Wadi di tutup dia segera berlari ke bilik tidur tetamu. Pintu bilik di tutup rapat. Matanya tidak salah melihat. Kulit harimau dan kulit buaya seakan-akan hidup sebentar tadi. Merayap di sekitar dinding dengan mulut ternganga. Fauzi nyaris-nyaris ingin menyebut kalimah Allah namun cepat-cepat dia menutup mulutnya. Pantang larang pertama dia tidak boleh menyebut apa saja ayat-ayat suci baik doa atau pun selawat.
Fauzi kembali melihat bunjut di tangannya. Dia kembali tersenyum sinis.
"Kau tunggulah Akmal...Laila..kau tunggu...hahahahha...senangnya hati aku...hahahaha.."

YOU ARE READING
"BISIK"
МистикаBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.