Seisi rumah terkejut dengan kepulangan berdarah Azri yang dipapah oleh Syauqi dan Dhani dipapah oleh Idris. Baru sahaja dia ingin menyentuh anaknya tubuhnya terhenti dengan larangan dari Syauqi.
"Kami kena serang babi hutan. Kena samak dulu ni."kata Syauqi. Tubuh lemah sahabatnya didudukkan ke tanah dahulu sementara Ramli dan Mahani menyediakan air untuk mereka bersamak nanti.
Idris hanya diam memerhati luka dibadan Azri. Sesekali tangannya dilalukan didada pemuda itu sambil membaca beberapa potong surah. Azri terbatuk-batuk menahan sakit di rusuknya kanan.
"Mana Akmal?Tak nampak pun dari tadi?" tanya Ramli pada Mahani.
"Dia bawa Laila ke rumahnya sekejap. Mungkin sebentar lagi sampai. Ada urusan dipejabat katanya tadi." balas Mahani. Ramli mengangguk faham dan terus mengangkut besen yang sudah penuh diisi air. Seketul tanah dimasukkan ke dalam besen itu lalu digaul hingga airnya bertukar warna ke warna tanah. Setelah itu ianya dibawa ke hadapan.
"Tunggu lagi satu besen ya."katanya pada Idris. Matanya sempat menjeling tubuh anaknya yang sudah terbaring di tanah. Sedikit rasa risau mula menapak kedalam hatinya.
"Nah,bolehlah mandi dulu. Saya sediakan baju untuk tukar. Lepas ni terus ke hospital."kata Ramli. Yang lain mengangguk dan mula mencebok,Syauqi menuang dengan berhati-hati ke atas tubuh Azri. Air tanah bercampur darah mengalir turun dari baju. Azri mendesis sakit.
"Lepas ni kamu dengan Azri ke hospital. Sini biar ayah dengan Syauqi saja yang uruskan. Awira dah balik dari masjid rasanya tu." kata Idris. Dhani menurut tanpa kata. Pinggangnya juga terasa ingin patah saat ini. Bahagian bahu kanannya terdapat luka yang masih berdarah,mungkin terkena ranting tajam semasa terjatuh tadi.
Baru saja kereta Ramli bergerak keluar dari pagar rumah kereta milik Akmal pun tiba.
"Nanti abah wasap!"laung Ramli dan terus bergerak pergi. Akmal dan Laila terpinga-pinga.
"Apahal tadi tu?"soalan dihulurkan bersama tangan kepada Syauqi.
"Kami kena serang babi hutan tadi balik dari masjid tadi." beritahu Syauqi.
"Ha? babi hutan? bila masa dalam kampung ni ada babi hutan pulak ni? tak pernah dengar pun masuk kampung?" Akmal bertambah hairan dan terkejut.
"Ish kamu ni..sudahlah,mari masuk bawa Laila sekali. Ustaz Idris dengan Syauqi nak cepat tu." Marah Mahani.
"Kami minta diri dulu. Assalamualaikum." Idris terus pergi tanpa menoleh lagi begitu juga Syauqi. Akmal ditinggal dengan penuh tanda tanya.
~~~~~~~~~~!!!!!!!!~~~~~~~~~~~~~~~~~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!~~~~~~~~~~~~~~~
"Dah tabur semuanya?"tanya Idris sebaik saja terpandang muka Awira yang tersengeh-sengeh ditangga.
"Dah,ayah. Saya dah tabur ikut yang ayah suruh buat tu. Ni yang lebih tadi."Awira menunjuk pada besen terisi bancuhan garam dan biji lada tadi.
"Baguslah,terima kasih. Kamu masuk dalam duduk sebelah Fauzi. Tahan dia jangan bagi dia keluar walau apa pun terjadi. Baca surah kursi banyak-banyak masa kat dalam nanti. Pesan dekat keluarganya juga,ya."bahu Awira ditepuk lembut. Awira menurut tanpa bantahan. Dia tahu apa yang akan berlaku. Di masjid tadi sudah diberitahu segala kemungkinannya,sebab itu hanya dia yang terakhir sekali keluar dari masjid tadi. Nampaknya lawan Ayah Idrisnya kali ini bukan calang-calang orangnya. Seagalanya sudah tersusun rapi nampaknya,serangan pertama sudahpun dilancarkan sebentar tadi. Semoga Ayah Idrisnya dan Syauqi beroleh kejayaan melawan yang si syirik malam ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malam kian menuju ke puncaknya,angin sejuk mula mengalun ke segenap pelusuk dan menerjah apa yang ada dihadapan. Sesekali angin deras merempuh pokok lalu menggugurkan beberapa helai daun tua ke tanah. Idris masih lagi seperti tadi,duduk di pangkin dibawah pokok sambil mengira biji tasbih dan menggaul campuran garam dan kada hitam. Syauqi mengahampiri sambil menutup mulut yang menguap.
"Haiihh,mengantuk dah mata-mata ni. Ni kalau disua bantal hanyut terus ni,Yah." kata Syauqi. Idris tertawa kecil. Ada-ada sahaja Si Syauqi ini.
"Ayah, mana pergi babi hutan tadi,ah? bukan ke saya terajang tadi babi tu terpelanting ke tepi jalan?"Syauqi bertanya sekadar menghilang kantuk,dia tahu apa yang berlaku pada binatang itu. Bahkan dia tahu kalau itu bukanlah binatang sebenar,ianya hanya jelmaan yang dihadirkan pihak lawan untuk mencederakan mereka semua.
"Tuan dia dah panggil balik kot. Tuan dia pun ada ja dekat situ tadi."balas Idris.
"Ha? lahhh,kenapa tak keluar sekali.Cepat sikit habis." kata Syauqi. Idris tersenyum kecil.
"Orang macam tu dia akan berpegang pada tujuan,kalau niatnya untuk membunuh dia akan bunuh.Kalau niat untuk mencederakan dia hanya akan mencederakan."balas Idris.
"Ohh,jadi sekarang ni kita tunggu serangan ke macam mana?" tanya Syauqi.
"Andai dia mahu rundingan dan pertukaran kita tak keberatan."
ANDA SEDANG MEMBACA
"BISIK"
ParanormalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.
