Suasana dingin sesekali disinari pancaran kilat halus dan angin yang sesekali menyerbu kuat. Idris melangut memerhati langit yang masih terhias bintang.Mudahan hujan tidak turun malam ini,jika tidak habis terpadam lingkaran garam yang sudah dibuat oleh Awira tadi. Bibirnya terus berzikir dan mengulang-ulang bacaan surah-surah tertentu. Tapak tangannya yang masih terendam didalam besen garam sesekali memutar melawan arah jam. Dia melirik ke arah Syauqi yang tidur berbantalkan lengan di sisinya,bibirnya menampilkan senyum. Mungkin Syauqi kelihatan tidak bersungguh-sungguh pada mata orang tapi dia tahu Syauqi bagaimana orangnya. Diam-diam ubi berisi,diam Syauqi lagi berbisa.
TAP!.
Tubuhnya menegak dengan serta merta.Kilat yang memancar sebentar tadi menampakkan musuhnya yang sudah tiba. Bahu Syauqi ditepuk pantas,terpisat-pisat pemuda itu bangun menenyeh mata yang mengantuk.
"Ada apa,Yah?" tanya Syauqi dengan mata yang masih dikecilkan. Idris menjuih bibir ke arah pintu pagar. Disana sedang berdiri seorang lelaki yang memakai kerudung hidam. Kepalanya kelihatan sedikit besar dari badannya.Syauqi menarik nafas panjang dan menegakkan tubuhnya. Pandangannya jatuh pada kaki lawan yang kelihatan seperti kaki kambing.
"Dalmim?" Terpacul nama itu dari bibirnya. Matanya sedikit terbeliak. Tak diduga lawannya malam ini adalah seterunya yang dahulu.
"Kau tahu aku sapa?" Dalmim tersentak.Belum pernah dia melihat orang yang mudah mengecam dirinya didalam keadaan asalnya. Matanya melirik ke dalam semak yang tidak jauh dari rumah Fauzi,Wadi juga dilanda rasa terkejut.
"Apa yang tak kenal..kita pernah jumpa dulu..masa kau dalam badan Laila,kau makan janin dia,kau buat dia sakit dan kau kena penerajang aku. Hahahahahha.." Syauqi ketawa sambil menutup mulut.Sengaja memprovok untuk melihat reaksi Dalmim bagaimana.
Dalmim terdiam beberapa detik,mencerna ayat sinis dari Syauqi sebentar tadi. Matanya tajam memerhati batang tubuh Syauqi,ingin saja tubuh pemuda itu disiat-siat hingga tinggal tulang putihnya saja dan segala isi dicampak di hadapan Tuannya.
"Yihhhh!" Dalmim menempik marah. Matanya yang merah menyala bersinar disimbah cahaya kilat yang memancar. Kerubung hitam dikepala dilepaskan dengan kasar serta lalu menampakkan tanduk besar di kiri kanan kepalanya. Syauqi hanya memerhati tanpa menayangkan sedikit pun reaksi mukanya. Dia tahu Dalmim sedang menunjukkan dirinya dengan rasa angkuh. Dia tahu Dalmim mahu dia merasa takut melihatnya,tapi itu takkan terjadi. Dia bahkan pernah melihat yang lebih mengerikan dari ini. Setakat muka seperti Dalmim ini sedikit pun tidak tergugat rasa tenang dirinya. Enteng!.
"Kalau begitu tunggu apa lagi,mari kita selesaikan apa yang tertunggak dahulu!." Dalmim menerpa laju ke arah Syauqi,begitu juga pemuda itu yang mara menghadap lawannya. Keduanya tangkas bertarung walaupun dalam dalam simbahan cahaya lampu yang sedikit malap. Serangan demi serangan dilancarkan dari kedua-dua pihak hingga salah satu lawan tersungkur ke tanah. Dalmim terbatuk memegang dada. Syauqi berdiri dengan kekuda yang kemas dan berwajah tenang.
"YIHHH!" . Tempik Dalmim lalu menepuk tanah. Dia melonjak pantas menujah dada Syauqi dan menyerangnya kembali namun serangannya dipatahkan dengan mudah. Syauqi bagaikan sudah dapat membaca setiap pergerakan yang akan dilancarkan olehnya. Dalmim merengus kasar penuh marah. Sesekali kepala bertanduknya digoyang kuat dan meludah ke tanah sambil menempik kuat.
"Apa yang kau buat tu? tak membantu langsung!" jerkahnya pada Wadi yang berada di dalam semak. Wadi muncul sambil membawa bekas berisi bara. Asap yang menerawang ditiup ke arah Dalmim.
"Tuh kali tuh,
nyawa ku taruh,
tuh kali tuh,
jasad kau milikku,muncullah! keluarlah! yihhhhh!!" tempik Wadi di hujung tangga. Matanya sedikit pun tidak memandang ke arah Idris yang sedang duduk dipangkin. Idris bersila sambil berzikir dengan mata berwaspada pada setiap yang berlaku. Setiap pergerakan Syauqi dan Dalmim diperhatikan dengan teliti. Bimbang ada yang terlepas pandang nanti. Kedatangan Wadi dari semak tidak dihiraukan sedikit pun. Baginya Wadi hadir cuma untuk menggemparkan keadaan saja,hasilnya tidak ada. Semuanya Dalmim yang lakukan. Idris bukanlah menunggu Wadi, ada yang lain yang lebih ditunggu olehnya,ianya akan dengan sendirinya nanti. Apa yang terjadi Fauzi tetap takkan jadi milik mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
"BISIK"
ParanormalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.