BISIK

150 17 3
                                    

Pulang sahaja dari Johor dia menerima khabar yang sungguh mengejutkan. Ayahnya telah kembali kepada Sang Penciptanya. Fauzi terdiam di tengah rumah. Antara percaya atau tidak dia ketika ini. Talifon yang masih tergenggam di tangan bergetar lagi. Tertera nama adiknya "Mimi".

"Ya?"

"Abang balik tak? Mayat belum keluar hospital lagi. Esok kata doktor. Abang baliklah. Dapat tolong kuburkan ayah esok." Suara Mimi kedengaran halus di hujung telinga.

"Emm,baiklah. Nanti aku balik." Panggilan terus ditamatkan. Fauzi merebahkan tubuh di sofa. Ada air mata yang bergenang di kelopak matanya. Dia menangis sendirian. Beberapa mimpi lama mula menjengah kembali ingatannya. Ayahnya selalu menegurnya didalam mimpi jika dia melakukan perkara terkutuk itu tapi hanya dia yang tidak mengendahkan. Mimpi terakhir dia melihat ayahnya berwajah sedih dan sedang mengelap air mata di tangga rumah. Sesekali bibir ayahnya menyebut kalimah Allah berkali-kali. Bagai ada yang berat cuba untuk dilepaskan namun terlekat di dada. Ayahnya kembali mengelap air mata yang mengalir. Ingin sekali Fauzi memanggil ayahnya tapi bibirnya bagai tiada. Dan akhirnya dia hanya mampu melihat ayahnya terus menangis.
Mimpi terakhir itu memberi kesan dalam dirinya hingga dia takut untuk tidur beberapa malam. Tapi sayang, angkuhnya dia kerana tidak juga bertanya khabar tentang ayahnya. Semuanya dibiarkan sepi.

🏵️🏵️🏵️

"Abang pergi dulu. Nak apa-apa bagitahu kat mak tau." Akmal segera membonceng motorsikal dibelakang Azri. Walaupun antara mereka ada permusuhan tapi baginya ini bukan masa untuk memikirkannya. Dia sayang pada ayah Fauzi. Orang tua itu menjadi saksi hidupnya dari sebesar tapak tangan hinggalah ke hari ini. Biarlah Fauzi tak suka dengan apa yang dilakukannya,yang penting rasa tanggungjawab itu sudah terlaksana.

Kelihatan beberapa jemaah surau sudah mula memenuhi ruang halaman rumah Fauzi. Nora juga kelihatan ada sama di sisi adik iparnya,Mimi. Azri dan Akmal melangkah ke arah ibu Fauzi. Ayahnya tidak lama kemudian bersama Haji Kadir.

"Assalamualaikum..mak mana?" Tegur Akmal pada Nora.

"Ada dekat dalam. Tengah tunggu jenazah dimandikan. Masuklah,Mal." Kata Nora. Akmal mengangguk dan melangkah masuk.

"Assalamualaikum." Sapanya pada Imam Hasan di muka pintu tandas.

"Waalaikumussalam..baguslah kau datang. Mari tolong angkat jenazah ke depan." Imam Hasan terus menarik tangan Akmal. Azri turut mengikut sama.

Sedih hatinya ditahan agar air mata tidak gugur ketika ini. Semuanya ditolong seikhlas hati. Ini adalah bakti terakhirnya untuk ayah Fauzi. Elok sahaja jenazah dikafankan Akmal turun ke bawah untuk menyambut keranda.

"Fauzi tak balik ke,Mal?" Soalan dari Ibu Fauzi bagai sengat yang menyucuk dirinya. Entah jawapan yang bagaimana harus diberikan.

"Saya tak tahu,mak..lama dah tak jumpa Ji." Jawab Akmal.

"Ji kata nak balik kelmarin..tapi tak juga sampai-sampai.."sedih suara ibu Fauzi. Akmal hanya terdiam dihadapan ibu tua itu. Ketika keranda sudah diletakkan dibahunya sebuah kereta membelok pantas masuk ke perkarangan rumah. Akmal menoleh pada Azri.

"Ayah...! Ayah...ayah maafkan Ji,Ayah..Ji minta ampun ayah...ayah...!" Fauzi menerpa tanpa menutup pintu dan mematikan enjin keretanya. Terus meratap pada keranda yang terletak jasad ayahnya.

"Imam tolong buka Imam..saya nak tengok ayah saya..tolong buka Imam.." Fauzi memaut kaki Imam Hasan. Mengucap sebentar Imam Hasan lalu mengisyratkan keranda diturunkan ke bawah. Bahagian atas keranda dibuka dan Imam Hasan membuka sedikit bahagian wajah arwah.

"Allahu Akhbar....ayah....ayah Ji minta ampun ayah...Ji rindu ayah..maafkan Ji ayah.." tanpa sedar Fauzi melanggar pantang larang terbesarnya.

"Ji...mengucap Ji...lap air mata tu.." pujuk Imam Hasan. Akmal hanya memerhati tidak mahu mendekat. Bimbang berlaku hal lain pula nanti.

Fauzi mengelap air matanya dan tunduk mengucup dahi dingin arwah. Terhinggut-hinggut tubuhnya menangis hiba saat ikatan diikat kembali.

"Bangun. Mari kita sama-sama usung jenazah ke kubur. Mari.." bahu Fauzi dipaut agar berdiri. Fauzi berusaha bangun. Berkerut-kerut keningnya.

"Kenapa kaki saya ni Imam? Saya tak rasa kaki saya langsung. Saya tak boleh gerakkan kaki saya. Kenapa ni Imam?" Fauzi cemas.

"Allahu Akhbar.." Imam Hasan menyentuh kaki Fauzi lalu dibacakan beberapa potong ayat dan selawat. Fauzi mendesis sakit. Ianya mula menjalar dari ibu jari kakinya naik hingga ke betis,menjalar ke pahanya. Saat tangan Imam Hasan berhenti di pahanya,Fauzi terlentang dengan sendirinya. Menangis Fauzi mengenang nasibnya.

"Mengucap Ji...mengucap.." kata Imam Hasan lagi.

"Saya tak boleh mengucap Imam..saya tak boleh.." Fauzi menangis. Tubuhnya terasa berat dan lemah. Hanya kepala saja yang boleh digerakkan ketika ini.

"Macam mana ni Imam? Tak lama lagi nak hujan. Baik disegerakan ni."salah seorang jawatankuasa bersuara memecah sepi.

"Maaf Fauzi.. Biar kami yang uruskan jenazah ayah kamu,ya. Ni..Din,Mamat..tolong papah Ji ke dalam." Arah Imam Hasan pada dua pemuda yang ralit memerhati.

"Tidak Imam..tidak..saya nak ikut...tolonglah Imam..saya nak ikut ke kubur..bawa saya sekali Imam. Tolonglah.."rayu Fauzi. Tidak dipedulikan lagi pandangan-pandangan mata yang memerhati.

"Macam ni lah..kamu gendong Ji ni boleh,Din?"

Din mengangguk tanpa banyak kata. Sebaik saja tubuh Fauzi diletakkan dibelakang Din terus keduanya tersembam ke tanah.

"Saya rasa tak bolehlah,Imam. Lain macam ni." Kata Din. Imam Hasan terdiam sambil memerhati dalam-dalam wajah Fauzi.

Fauzi hanya menangis tersedu-sedu dan memandang hiba keranda ayahnya semakin jauh dari pandangan. Semua yang memerhati terdiam tanpa kata. Ada yang sedih,ada yang kasihan.

"BISIK"Where stories live. Discover now