Panas terik tetap tidak membatalkan niat yang jahat di hati seorang pemuda ini. Di gagahkan juga untuk meneroka kawasan yang di katakan keras bagi orang kampung. Pokok-pokok getah berdiri selari di sekeliling membuatkan pemandangan kelihatan sama sahaja semuanya. Dia tercungap-cungap. Sudahlah keretanya di tinggalkan di hadapan kebun,kini berjalan kaki pula untuk tujuan nafsu serakahnya.
"Ishhh! Mana ni....penat dah aku jalan ni! Jauh dah ni!" Dia mengibas nyamuk yang semakin galak mencuit dirinya. Berdengung di telinga.
"Jangan-jangan si Mamat ni tipu aku. Siaplah kau Mamat. Aku balik nanti jaga kau!" Dia berpaling semula dari jalannya. Baru dua langkah dia kembali berhenti dan berpusing semula memgikut laluan pejalan kaki.
"Tak boleh...tak boleh....aku mesti cari sampai dapat. Kau tunggulah,Mal!" Dia kembali menetapkan semula hatinya yang hitam itu. Langkahnya semakin laju hingga ke hujung kebun getah.
Matanya meliar memerhati hutan tebal di hadapannya. Nafasnya tercungap-cungap. Peluh yang menitik di lap menggunakan lengan bajunya.
"Mana ni? Dah habis satu kebun dah ni. Ke aku salah kebun?" Air yang berbaki di tunggang hingga habis. Botolnya di kerenyuk lalu di baling ke dalam hutan.
"Kutip balik!" Ada suara menyergahnya dari belakang. Dia tersentak lalu segera berpusing. Matanya terbeliak melihat seorang lelaki sebayanya dengan sedang merenungnya dengan pandangan tajam. Laju-laju dia mengutip semula botol airnya.
"Ma-maafkan aku."
"Ha,kau nak apa cari aku?"
"Aku perlukan khidmat kau. Bolehkah?"
"Apa nama kau?"soalnya.
"Nama aku Fauzi."
"Mana kau tahu tempat ni?" Soalnya lagi.
"Kawan aku bagitahu. Dia ke sini minggu lepas."
"Yang mana satu?"
"Mamat. Nama dia Mamat." Beritahu Fauzi.
"Ooh...yang mintak minyak pengasih tu? Hahahahaha...muka tak segak begitulah caranya. Duit banyak tapi tak reti nak kemaskan diri macam mana perempuan nak dekat dia. Bodoh! Yang kau ni nak mintak apa pulak?" Matanya menjeling Fauzi dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Fauzi dengan Mamat jauh bezanya. Tapi busuk hati tetap sama. Dia mencebik bibir.
"Aku nak minta tolong kau buatkan bini musuh aku ni." Kata Fauzi.
"Hmmh...jom naik rumah aku dulu."
"Kau nama apa? Rasa macam sama umur saja." Fauzi cuba beramah mesra.
"Aku Wadi."
"Muda lagi kau eh. Tapi dah boleh buat kerja-kerja macam ni. Hebat la kau." Puji Fauzi. Lorong sempit di lalui penuh berhati-hati.
"Nak hidup mesti kena pandai cari duit." Sahut Wadi. Kakinya di basuh dengan tadahan air hujan. Selipar jepunnya di susun kemas. Fauzi turut mengikut tingkah lakunya.
"Wahhh...cantiknya rumah kau...ni mahal ni." Tenganga Fauzi melihat hiasan dalam rumah Wadi. Seperti memasuki chalet mewah pula rasanya. Sofa kulit yang mahal,hiasan kulit harimau dan buaya di dinding,juga ada beberapa patung harimau yang di awet terletak di penjuru rumah. Seram pula melihat mata yang bersinar itu.
"Ish,mahal ni....kau dapat mana ni?" Fauzi cuba menyentuh kulit buaya yang bersangkut di dinding.
"Ada Dato bagi. Tanda terima kasih katanya. Dekat Malaysia ni ada dua orang ja yang ada kulit buaya ni. Rumah aku,dengan rumah Dato tu. Yang aku punya ni lain sikit. Albino. Dalam puluhan ribu jugak kalau nak beli pun. Tapi aku dapat free ja..hahahahaha..." Wadi turut membelai kulit buaya di dinding. Sejuk terasa menjalar di hujung jari jemarinya.
Fauzi menelan air liur. Seram menyucuk diri.
"Hari dah gelap luar tu. Kau balik esok sajalah."kata Wadi sambil menjenguk keluar tingkap.
"Kereta aku tu .."
"Nanti aku suruh budak aku jagakan."potong Wadi. Fauzi hanya mengangguk mendengarnya.
"Aku nak mandi sekejap. Kau duduklah dulu. Jangan usik barang-barang aku. Tengok boleh,alih jangan!"
Fauzi mengangguk laju mendengar kata-kata berbaur ugutan dari Wadi. Semakin lama semakin tak tenteram pula rasa hatinya. Tapi demi niat jahatnya dia memujuk diri dengan kata-kata dari Mamat.
"Budak ni buat komfom menjadi,kau tengok aku!" Kata-kata Mamat di semat dalam mindanya sekuat mungkin.
"Aku akan hancurkan hidup kau Akmal! Kau tunggulah!"

ANDA SEDANG MEMBACA
"BISIK"
خارق للطبيعةBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.