BISIK

165 17 2
                                    

Akmal memang sukar difahami. Ramli dan Mahani juga hairan dengan sikapnya. Sudah dipukul begitu sekali tetap tidak mahu mengambil tindakan pada si pelaku.

"Saya yakin dia takkan ganggu saya lagi lepas ni,Mak,Ayah.." Akmal menjawab tenang di atas pangkin. Sengaja dia berbaring di luar petang itu. Duduk di bawah pokok rambutan sambil melayan angin. Rasa damai yang hilang bila pulang ke Melaka nanti.

"Habis tu takkan kau tak nak beritahu pada Nora? Kasihan dia tau. Minggu depan dah majlis dah." Azri sedikit tidak berpuas hati. Baginya Akmal terlalu berlembut. Tak kena tempat pula itu.

"Aku nak bagitahu pun buat apa? Mak ayah Nora tu takkan percaya punya. Laila bagitahu aku,dia dah berapa kali pujuk Nora untuk batalkan majlis perkahwinan tu. Tapi mak ayah Nora tak nak..mak ayah dia tak percaya semua tu. Kalau aku yang bagitahu lagilah orang tua tu tak percaya. Macam kau tak tahu mak Nora tu macam mana.."

Azri melepas nafas berat. Semua orang dalam kampung tahu perangai emak Nora. Cerita yang kecil boleh jadi besar jika sampai padanya. Kerana itu banyak kaum wanita di kampung mengelak jika terserempak dengannya. Termasuk ibunya sendiri. Serik. Dahulu emak Nora pernah di amuk oleh Akmal gara-gara menyebar cerita dia "makan dadah" di Melaka. Sedangkan ketika itu dia baru sahaja sembuh dari demam denggi. Tubuhnya kurus kering dengan muka yang cengkung membuatkannya kelihatan seperti penagih dadah. Geram mendengar cerita yang tersebar,Akmal segera mencarinya. Kebetulan emak Nora baru pulang dari pasar sedang melenggang di tepi jalan. Terus diterpanya dan disembur semahu-mahunya. Terangguk-angguk ketakutan emak Si Nora sambil memohon ampun.

"Sekali lagi aku dengar kau cerita hal aku,muntah darah kau aku kerjakan! Kau faham?! Tua tak tua! Kalau macam ni punya mulut aku takkan hormat. Perangai macam puaka!! Tuih!" Ludah Akmal tepat di hujung kaki emak Nora. Terketar-ketar bibirnya diamuk Akmal.

Sejak dari hari itu emak Nora mengelak langsung dari terserempak dengan Akmal mahupun Azri.

🕸️🕸️🕸️

Laila memerhati lama talifon yang tersangkut di dinding. Sudahnya dia mengeluh lemah.

"Kalau nak tanya khabar apa salahnya..Ayah takut meletup pula talifon tu di tenung kau." Tegur Ayahnya tiba-tiba.

Laila tertunduk malu. Tak sangka ada yang memerhati gerak-gerinya.

"Seganlah.Ayah..." jawab Laila antara dengar atau tidak.

"Nak ayah tolong tanyakan?"

"Eh...tak apa,tak apa...ayah duduk je,Yah...tak pa,tak pa.." Laila pantas bangun menuju ke biliknya. Teras tebal kulit mukanya ketika ini.

"Semoga baik-baik sajalah hendaknya. Malas nak fikir." Laila merebah tubuh ke tilam. Terus memejam mata menarik kantuk agar segera membawa mimpi padanya. Tapi sayang,wajah Akmal yang sedang mengaduh pula yang muncul.

"Ishhh,semaklah!" Kepala tak gatal digaru kuat.

"Laila!" Munah melaung dari luar bilik.

"Ya mak?"sahutnya.

"Dah tidurkah?"tanya Munah lagi.

"Nak tidurlah ni mak.."sahut Laila.

"Tak apalah,bang. Beritahu pada Akmal esok sajalah bersembang. Laila dah nak tidur."sengaja Munah menguatkan suaranya.

"Eh,makkk...belum tidur lagilah!" Pintu bilik terbuka pantas dengan Laila yang mengerbang rambutnya.Ayob dan Munah berpandangan sesama sendiri,keduanya saling membuat mimik muka. Ganggang talifon beralih tangan. Munah dan Ayob masih terpacak di tepi Laila.

"Mak dan ayah nak cakap apa-apa lagikah?"soal Laila. Penuh sopan santun bercampur malu.

"Baik cepat sikit nikahnya,Laila... Lain betul dah ayah tengok ni." Kata Ayob sambil merebahkan tubuh ke katil rotan buatan tangannya sendiri itu. Katil ala-ala dalam cerita tamil yang diminatinya.

"Rambut dah macam hantu ghopenye. Baik betullah jika menikah. Ada yang urus sikit." Tambah ibunya pula.

"Eee,mak..shhh! Nanti Abang Akmal dengarlah..." Laila menjegil mata. Geram.

"BISIK"Where stories live. Discover now