Fauzi tercungap-cungap mencari nafas. Sakit kepala bercampur sesak dada dan sakit hati yang bukan kepalang. Matanya tajam merenung khadam yang terpacak di tengah rumah.
"Habis tu kenapa kau lari balik? Kenapa tak bunuh saja dia?"
"Tuan tidak mengatakan sebegitu."jawab khadamnya.
BAM!
Meja makan ditumbuk kuat. Marahnya membuak-buak.
"Aku suruh bagi bini dia gila. Kau dah buatkah belum?"tekan Fauzi.
"Aku baru saja ingin mengganggu tapi aku dihalang oleh kawan musuhmu."
"Aaarggh! Tak boleh haraplah kau ni! Kau tengok yang aku tanam tu dah kena korek? Yang tukang jaga pun dah mampus! Lemah sungguh!" Sumpah Fauzi. Sakit hatinya lebih kepada Wadi sebenarnya,kerana mengirim khadam yang lurus bendul dan lemah padanya. Sekarang rumahnya di penuhi asap dan berbau hangit. Di hadapan rumahnya pula penuh tompok-tompok tanah merah.
"Kau tunggu Akmal...aku buat kau menderita sungguh lepas ni! Kau cabar aku ya..kau tunggu..Esok aku nak ke rumah Wadi. Kau duduk sini jaga rumah. Mana tahu ada tetamu tak di undang nak datang nanti." Arah Fauzi lalu segera menapak ke tingkat atas. Dia harus mempersiapkan sesuatu untuk mencari Wadi esok.
Pistol Glock 23 di ambil dari laci tepi katilnya lalu di sorong kebawah bantalnya. Dia perlukan sesuatu yang lebih kuat esok. Dan jika Wadi tiada sesuatu itu tahulah dia nasibnya bagaimana.
"Aaaaarghh!" Fauzi meraung kuat beberapa kali. Matanya meliar ke kiri ke kanan.
Tenang ja..esok kalau tak dapat kau bunuh saja bomoh muda tu. Huh,ada hati nak jadi bomoh dengan umur macam tu...
Fauzi terangguk-angguk seorang diri dan tersenyum sinis. Dia tertidur begitu.
Tidurlah...esok kita ada kerja nak di lakukan..tidurlah..
Bisikan demi bisikam menerjah ke dalam kepalanya memujuk diri supaya bersabar untuk rencana busuknya esok hari.
🕸️🕸️🕸️
Bahu yang terasa berat di pijat perlahan-lahan. Dia memusing kepala melakukan gerakan rengangan seketika.
"Aduhhh...sakitnya bahu aku..." Laila mencari tempat duduk. Berat benar terasa di bahunya.
"Kenapa ni?"Akmal baru selesai mandi hairan melihat Laila yang berkerut dahi memicit bahu.
"Sakit. Rasa berat sangat. Macam kena tekan je rasa ni." Jelas Laila.
"Tadi ada angkat barang ke apa-apa ka?"
"Tak ada pun. Tengok movie je tadi."balas Laila. Akmal mengambil minyak gamat untuk di sapu pada bahu Laila. Baru saja ingin meletakkan tangannya Laila sudah meraung sakit.
"Aik,tak kena lagi pun dah sakit? Ajaib!" Kata Akmal.
"Pedih la bang. Rasa kena air panas." Adu Laila.
"Sini abang tengok." Terkejut besar Akmal melihat di belakang Laila terdapat kesan lebam yang sebesar tapak tangannya.
"Awak ada langgar sesuatu tak tadi? Ni lebam ni dapat mana ni?"
"Lebam? Tak ada pun kena apa-apa..." Keduanya membisu dalam rasa hairan.
"Esok abang nak call kawan Azri lagi. Nak minta dia cuci rumah ni sekali dengar pagarkan rumah. Bahaya macam ni. Entah apa lagi yang nak di buat si Fauzi tu nanti."
"Tak sangka dia masih berdendam kan,bang. Cerita dah lama kot. Kita pun tak pernah kacau hidup dia. Kita tak pernah sebut pun nama dia. Tergamak dia buat kita macam ni." Laila melabuhkan kepala di paha Akmal. Ada air mata yang bergenang lalu menitis ke sisi.
"Entahlah,sayang. Hati manusia ni susah nak di jangka." Akmal juga buntu memikirkannya. Itu semua cerita lama.
"Apa khabar Nora agaknya,bang? Lama Laila tak jumpa dia. Dulu kita kawan baik,sana sini bersama-sama...tak tahu mana silap tiba-tiba diorang menjauh. Kenapa agaknya Nora lari dari kita bang?"
"Entahlah..sudahlah..jangan fikir lagi..Allah ada.. tak hari ini esok lusa Allah tunjukkan kebenarannya. Kita doa yang terbaik untuk mereka berdua." Akmal kematian kata-kata. Sejujurnya dia tidak tahu apa yang terjadi. Semua memulaukan dirinya dan Laila. Majlis kenduri mereka di hadiri bersama cebikan dan jelingan sinis. Tak kurang juga kata-kata tajam yang dia sendiri tidak tahu puncanya. Apakah kerana dia mengahwini janda? Apakah salah dirinya mengahwini bekas isteri kawan baiknya?
"Abang...Laila minta maaf..."
"Ehhhh..apa ni...Allah...ni yang abang tak suka kalau kenang cerita lama. Mesti menangis sudahnya. Sudah-sudah...jom turun bawah. Makan pizza lagi sedap." Cepat-cepat Akmal bangun dan menarik tangan isterinya. Tak mahu berlama-lama di situ melayan sedih Laila.
YOU ARE READING
"BISIK"
ParanormalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.