BISIK

156 18 1
                                    

Lama Ramli memerhati kawasan luar rumah anaknya. Dari penjuru di sebelah kanan beralih ke kiri,sudahnya dia melangkah ke laman belakang pula. Segenap ruang diperhati dengan mata yang mengecil.

"Hmmm,nampak lain ni. Ada benda yang tak betul ni." Sebagai bekas seorang Ustaz didalam unit tentera dia menerima pelbagai ilmu dan juga menuntut beberapa ilmu batin. Sebaik sahaja kereta sewa berhenti dihadapan rumah Akmal kelmarin matanya sudah menangkap kelibat sesuatu yang sedang melarikan diri. Ingin dia bertanya pada Laila tapi bimbang menantunya ketakutan pula. Lebih baik menunggu Akmal.

"Li,jom!" Ayob memanggilnya ke depan semula.

"Kau cari apa kat belakang tu?"soal Ayob. Mereka berjalan beriringan.

"Tak ada apalah...saja tengok-tengok. Dah dua tahun aku tak datang sini. Selalu bini aku je.."jawab Ramli.

"Ooh...samalah...aku pun lama tak datang sini. Ni pun sebab ada temu janji doktor. Kalau tidak memang tak sampai aku ke rumah ni."Ayob ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Keduanya lebih selesa di kampung. Ayob dengan kandang ayamnya,Ramli pula sibuk dengan kolam ikan. Masing-masing selesa dengan kerja kampung.

"Jom,ayah. Saya bawa ke tempat biasa saya. Hehehehe..." Akmal masuk ke dalam kereta sambil tersengih-sengih. Laila tidak turut serta kerana sakit perut hanya mengirim pesan sahaja.

"Ayah nak makan roti tisu yang dulu tu. Bukak lagi tak kedainya?" Tanya Ramli.

"Ehh bukak...apa yang tak bukaknya...kita nak ke kedai tu la ni,Yah..." Akmal tersengeh-sengeh.

Selesai saja menghabiskan makanan masing-masing tersandar kekenyangan. Akmal tersenyum bahgia melihat kedua abahnya gembira.

"Ayah nak tanya ni,Mal." Wajah Ramli tiba-tiba bertukar serius.

"Tanyalah.."Akmal menyedut minumannya.

"Rumah kau ada rasa lainlah,Mal. Ada jadi apa-apakah sebelum ni?" Ramli seorang yang tidak suka bermukadimah. Dia lebih suka berterus terang,tepat pada punca.

"Aa...maksud ayah apa? Ada barang hilang ke?" Akmal pura-pura tidak mengerti. Jelingan ayahnya membuatkan air liur terasa lekat di rengkungnya.

"Ada apa-apa yang jadi pada kau dan Laila,kah? " Ayob pula mengulang soalan.

"Tak ada apa pun. Biasa saja." Jawab Akmal. Pandangan matanya lari ke lantai.

"Habis tu yang penuh biji lada tepi rumah tu apa? Kat beranda atas tu siap ada garam ditabur dengan lada." Ramli terus memahat matanya pada wajah Akmal. Anaknya kelihatan berat untuk berbicara.

"Kalau ada masaalah ceritalah..tal elok tanggung sendiri. Mana tahu ayah kau dapat tolong,Mal." Pujuk Ayob.

Akmal masih lagi mengunci mulut. Hatinya berbelah bagi untuk bercerita. Bimbang jika ayahnya menuduh dia membuat fitnah. Ini melibatkan orang kampung mereka sendiri.

"Nantilah saya cerita."jawab Akmal.

"Nak tunggu benda jadi teruk baru nak cerita?"Ramli masih mendesak.

"Kita balik dulu,Ayah. Biar ayah dengar dari Laila juga. Jom kita balik dulu."ajak Akmal. Dia sudah agak ada sesuatu yang di cari ayahnya ketika ayahnya memusing satu rumah selesai subuh tadi.

🏵️🏵️🏵️

"Allahu Akbar...tak sangkanya...tergamak Fauzi buat macam tu. Eh,tak silap ayah dia tengah tak sihat sekarang ni kan?" Ayob mengucap mendengarnya. Ramli hanya menyandar sambil mengurut dagu.

"Aku dengar dari Imam Husin hari tu. Dia ke rumah Fauzi sebab ayah dia minta buat air tawar." Sambung Ayob lagi.

"Dia tak pernah balik kampung lepas kahwin dulu. Tak tahulah apa yang disibukkan sangat di Melaka ni. Kasihan mak ayah dia." Ayob berasa kasihan mengenangkan kedua orang tua Fauzi.

"Kau yakin dia yang buat semua kerja ni,Mal?" Tanya Ramli.

"Ya,Ayah. Dia sendiri yang mengaku depan saya." Jawab Akmal.

"Baiklah..kalau macam tu malam ni kita buat bacaan Yasin. Panggil adik kau sekali. " Kata Ramli. Dia bangun lalu melangkah keluar. Kali ini dia berdiri di hadapan pagar sambil membaca sesuatu. Tangannya tergawang-gawang bagai menarik sesuatu lalu dihempas ke tanah. Selesai saja urusannya dia masuk semula ke dalam rumah.

"Malam ni kita tengok jadi apa." Kata Ramli. Akmal dan Laila saling berpandangan.

"BISIK"Where stories live. Discover now