"Tuh kali tuh ku timpa kau rasa sakit di dada,
Tuh kali tuh ku cabut rasa nyaman di dada.
Tuh kali tuh ku benam rasa takut menggala,
Tuh kali tuh ku umpan kau supaya merana,tuh,tuh,tuh!
Tuh kau lari dari mereka ku ikat kaki kau dengan benang halimunan!
Tuh tuh tuh tuh!" Fauzi menghembus ke kiri,kanan,atas dan bawah. Belakangnya disandar pada dinding. Tidak peduli pada Idris yang berdiri di hadapannya. Setiap ayat yang di jampi dibayangkan Laila sedang terseksa. Dibayangkan Laila yang sedang meraung menjerit sakit. Dibayangkan Akmal yang menangis kesedihan. Dia tersenyum menutup mata."Apa yang kau jampi takkan sampai tanpa izin Allah,Fauzi. Kau sedar tak tu?"Idris menarik sebuah kerusi lalu duduk betul-betul berhadapan depan Fauzi.
"Aku tak peduli siapa Allah tu. Hidup aku hal akulah,tak ada kena mengena dengan kau pun. Kau sibuk kenapa? Tak payah nak berlagak alim datang sini ajak-ajak aku. Aku meluat!" Suara Fauzi meninggi.
Dhani mengucap mendengar kata-kata Fauzi. Matanya tidak melihat begitu,matanya melihat Fauzi sedang mengerekot menangis memanggil ayah dan ibunya. Dan keadaan Fauzi sangat teruk sekarang ini. Perjanjian ini melibatkan nyawa,bukan hanya memberi hidangan semata-mata.
"Abang Fauzi...Abang masih ada masa nak patah balik,Bang..abang mengucaplah..jangan dengar bisik-bisik tu. Abang cuba lawan dengan mengucap." Pujuk Dhani.
Fauzi dia memalingkan wajah ke tingkap. Ada air mata yang turun ke pipi.
"Aku dah jauh,aku tak boleh nak patah balik dah. Ni pilihan aku!"kata Fauzi tanpa menoleh ke arah Dhani.
"Dia takkan dengar apa yang korang cakap dah...hihihihi..." Fauzi bersuara lagi tapi kali ini suaranya kedengaran garau. Tahulah Dhani dan Idris bahawa Fauzi sudah kerasukan sekarang ini.
"Mari Dhani." Idris bangun merapati Fauzi dan mula menyentuh ubun-ubun lelaki itu.
"Jangan sentuh akulah! Tuh kali tuh kau yang di sana ku galau jiwamu! Hah!" Fauzi menepis tangan Idris lalu merangkak ke penjuru bilik. Wajahnya dipusingkan menghadap dinding sambil memeluk lutut. Tubuhnya bergoyang ke depan dan ke belakang dengan mulut berzikit ayat syirik.
"Ku lumat rasa bahgianya,ku hancur rasa percayanya.datanglah padaku dengan jiwa kosongmu." Sebutnya.
🏵️🏵️🏵️
Laila meraung-raung cuba melepaskan diri dari balutan kain diselimut ditubuhnya. Hendak berguling ke kanan ke kiri tidak boleh kerana di hadang Majid dan Imam Hasan. Dia cuba untuk duduk tapi bahunya di tekan Ramli dan kakinya di tahan Akmal.
"Lepaskan aku!" Dia menjerit kuat.
"Kau yang patut keluar dari tubuh anak cucu Adam ni. Kau tak ada hak langsung nak masuk dalam badan dia. Keluar kau!" Jerkah Majid semula.
"Aku tak perlu izin siapa-siapa pun lah nak masuk dalam badan dia ni!"jawab Dalmim. Imam Hasan masih mencuba mencari di mana sarangnya Dalmim di tubuh Laila. Berpeluh-peluh Imam Hasan meruqyah hingga pandangannya kelihatan samar seketika.
"Kau takkan berjaya...aku yang terkuat." Laila mencebik bibirnya. Imam Hasan berhenti seketika untuk minum air. Lelah benar-benar lelah. Sudah tiga jam dia meruqyah,mencari namun tiada yang di temukannya.
"Aku tahu apa yang ada dalam badan perempuan ni ....heheheheh...." Laila tersenyum sinis ke arah Akmal. Akmal tersentak.
"Kau jangan cuba nak apa-apakan anak aku..."kata Akmal. Laila tersenyum-senyum.
"Emmm....anak kembar rupanya ..sedap. hihihihi....." Suara hilaiannya membingitkan telinga. Semua yang ada menutup telinga masing-masing. Dengan sekelip mata Laila bergolek melanggar Imam Hasan hingga terlentang lalu kain selimut yang membalut tubuhnya di koyak pantas. Laila melompat dan berlari ke arah pintu sambil mengilai.
"Tahan dia!" Jerit Imam Hasan. Namun semuanya sudah terlambat. Laila hilang dalam kegelapan malam di ladang getah di belakang rumah. Akmal menangis hiba,lembut lutut-lututnya lalu terjelepuk ke tanah.
"Ya Allah Laila.....Ya Allah .....kembalikan isteri dan anak-anak aku Ya Allah ...." Rayu Akmal. Mahani hanya mampu memeluk anaknya tidak mampu untuk mengucap kata lagi. Dia turut menangis.
🏵️🏵️🏵️
"Tuh kali tuh jiwa kau ku rayu ku pegang,
Tuh kali tuh kau milik aku seorang,
Tuh kali tuh kau dan aku tiada penghalang. Hahahahahhahahaha!" Fauzi ketawa berdekah-dekah sambil menepuk dinding bilik.Idris dan Dhani berpandangan sesama sendiri. Idris tahu ada yang belum beres lagi. Mungkin Syauqi tahu apa yang terjadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/270560081-288-k526951.jpg)
YOU ARE READING
"BISIK"
ParanormalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.