BISIK

188 16 2
                                    

Wadi tersenyum sungging mendengar bunyi derapan tapak kaki di belakangnya. Dapat di agak siapa yang datang,membawa perasaan yang bagaimana juga. Wadi segera berpusing. Fauzi datang tanpa senyum.

"Apa ni Wadi? Apa yang kau bagi kat aku ni? Lemah betul!" Tanpa sapaan terus saja pada tujuan asal.

"Memang itu yang kau minta dulu,kan? Aku bagilah." Jawab Wadi. Dedak ayam di ikat dan di gantung pada tiang rumah.

"Tapi bagilah yang kuat,ini tidak. Lurus bendul! Satu kerja pun tak selesai lagi. Aku nak yang paling kuat!" Fauzi bercekak pinggang.

"Boleh..tapi ada syaratnya..." Wadi tersenyum nipis.

"Apa syaratnya?" Soal Fauzi angkuh.

"Kau mesti bermalam di rumah aku semalam untuk aku lepaskan yang terkuat pada kau." Matanya mencari riak di wajah lelaki itu. Nampaknya Fauzi sudah bertekad. Dia tidak pernah memaksa sesiapa yang datang kepadanya untuk menerima. Itu semua adalah atas permintaan mereka sendiri. Bukan salah dirinya.

"Baiklah,aku setuju. Aku nak cepat. Bila kau nak mula?"

"Malam ni pun boleh..tapi kau mesti sediakan barang-barangnya dulu. "

"Barang-barang apa pulak? Banyak macamlah kau ni. Barang apa tu?" Marah Fauzi. Geram pula melihat wajah Wadi yang dari tadi tersenyum-senyum ke arahnya. Terasa diri di pandang remeh pula.

"Ayam kaki hitam,lidah kambing,perut lembu,dan miang buluh. Dapatkan semua ni baru datang jumpa aku. Sekarang pergi balik dulu." Wadi menapak ke tangga tanpa menoleh ke arahnya.

"Hermmh!" Fauzi mendengus marah. Matanya mencerlung tajam melihat batang tubuh Wadi yang membelakanginya. Wadi memang sengaja memancing amarahnya. Fauzi segera berlalu. Pistol yang terselit di pegang kemas.

🕸️🕸️🕸️

Pejabatnya sudah beroperasi semula. Akmal menerima beberapa hadiah dari rakan kerja dan pelanggannya. Ada yang menghantar bunga,ada juga yang menghadiahkan penghawa dingin untuk kegunaan pejabatnya. Syukur tak terkata rasanya mempunyai rakan niaga dan pelanggan seperti mereka. Jumaat esok dia akan mengadakan sedikit majlis kesyukuran di pejabatnya. Dia menoleh sekali lagi sebelum melangkah keluar. Kunci di serahkan pada Kunan.

Lama matanya memerhati seseorang yang sedang menyandar tubuh di keretanya.

"Hem? Kau nak apa?" Soalnya tanpa bhasa basi lagi. Fauzi menjentik puntung rokok ke sisi.

"Aku nak tengok hidup kau musnah!" Jawab Fauzi selamba. Rokok di jari disedut penuh nikmat.

"Silakan,Allah ada untuk bantu aku. Cubalah dengan apa cara sekali pun,jika Allah kata tak boleh maka benda takkan jadi." Jawab Akmal tenang. Dia berjalan ke pintu belakang keretanya. Beg dan beberapa fail di letak kemas lalu di tutup semula pintunya. Dia membuka pintu pemandu pula.

"Oh,ya..kau tak takutkah dengan azab Allah main benda-benda kotor macam ni? Mati nanti seksa oo.."

"Kau jangan nak ceramahkan aku! Kau pun bukan baik sangat! Kau rampas janda kawan kau!" Menyirap darah Fauzi disindir Akmal.

"Bila masa janda tu jadi kepunyaan orang? Dah nama janda ertinya tak ada yang punya lah. Kau tu dah kenapa? Ada bini tak reti jaga! Janda orang juga yang di gila." Sinis ucapan Akmal tepat menusuk ke hati panas Fauzi.

"Tak guna kau! Sini kau! Kau ingat aku takut dengan kau! Hah!" Fauzi segera menerkam Akmal dan melepaskan penumbuknya namun pantas di elak oleh Akmal. Tangannya dikunci ke belakang.

"Lepaskan aku! Kalau berani kau lawan aku sekarang!" Marahnya.

"Kau dengar baik-baik,ya...kau sentuh bini aku atau keluarga aku,aku takkan teragak-agak ambil tindakan undang-undang ke atas kau. Sama ada polis cari kau atau bayar saman dari aku! Aku tahu kerja kau pun bukan seberapa sangat gajinya. Selebihnya duit Nora kan! Huh,memang muka tak malu kan kau ni. Sudahlah tak berduit,gilakan bini orang pulak. Berubahlah,Ji!" Tubuh Fauzi di dorong ke depan lalu dia segera masuk ke dalam keretanya. Enjin di hidupkan dan terus meninggalkan Fauzi yang terduduk di atas jalan.

"BISIK"Where stories live. Discover now