Malam itu selesai solat isya Laila duduk termenung di sofa seorang diri. Fikirannya melayang entah ke mana. Tidak tahu apa yang difikirkannya,bercelaru semuanya. Satu demi satu menerjah fikiran dan tenggelam dalam lamuanannya. Dan akhirnya fikirannya kosong begitu saja.
"Laila!"bahunya ditepuk dari belakang. Mahani beriak bimbang.
"eh,mak?" Laila terkejut.
" Mak panggil kau tak dengar. Jom makan. Mak dah hidangkan makanan tu jom. Mak masak lauk kesukaan kau tau. Rendang itik." Bahu menantunya dipeluk sambil berjalan ke dapur.
"wow,mak...sedapnya.."Laila tersenyum lebar. Cepat-cepat langkahnya ke meja makan. Tak sabar rasanya untuk menjamah lauk kesukaannya.
"wow.....sedapnya lauk...sayur pucuk paku pun ada? Mak beli bila? Laila tak nampak pun masa balik market tadi?" Laila mencapai pinggan lalu mencedok paha itik rendang.
"abah yang kutip dekat kebun tadi. Pagi tadi abah dengan ayah kau cari rumput untuk kambing..nampak banyak pucuk paku kat situ..ayah kau pun petik sama tadi. Dapat dalam dua cekak juga ayah kau tadi. Ni kalau Mudin tahu memang licin pucuk paku kawasan tu. Habis dia petik buat meniaga kat kedai dia. Hahahhahah...". Ramli ketawa geli hati.
"ha aa kan,bang. Apa lah Mudin tu..biji getah pun dia nak jual hari tu. Budak-budak sorang pun tak beli. Lebih baik cari sendiri kat kebun. Lagi best." Sambung Mahani.
"Mudin memang macam tu..kedekut satu hal..amboi..tak boleh kurang sepuluh sen langsung beli barang kedai dia. Berkira sungguh." Sambung Azri. Laila hanya ketawa mendengar cerita-cerita mereka. Dia asyik menjamah rendang itik tanpa sempat untuk bekata-kata.
~~~!!!~~~~!!!!~~~@!~~~
"Assalamualaikum ayah..Ji dah balik ni..". sebak hatinya saat kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Mimi dan ibunya segera membuka lampu dan memeriksa keadaan rumah.
"Alhamdulillah..selamat semuanya.." kata Masnah. Bimbang rumahnya diceroboh kerana dia tiada di rumah seminggu ini. Kebetulan Mimi pula ada kursus di Melaka selama sebulan ini. Jadi dia memutuskan untuk duduk di hospital saja menjaga Fauzi.
"Abang Dhani duduklah dulu..nanti saya siapkan bilik tidur."kata Mimi. Dhani dan Awira tersenyum mengangguk.
"Seronoknya ada kampung..saya taka da kampung.." kata Dhani ketika Masnah menghidangkan air untuk mereka berdua.
"Kamu tak ada kampung?" Masnah hairan. Dhani tersengeh menggaru kepala yang tak gatal.
" Mak saya orang Melaka..ayah pun Melaka..memang orang perumahan taman tu dari dulu lagi..kata mak,tu kawasan kuaters kastam dulunya..tapi lepas kastam dah pindah semua rumah-rumah kat situ di jual setengah harga dengan penyewa-penyewa yang ada. Atok pun beli..jadi kami memang tak ad kampung..atok pun memang bukan orang Malaysia..hehehe.."
"atok awak orang mana?" Mimi menyampuk dari muka pintu bilik.
"Atok saya orang Thailand..tapi dah lama dah tak balik..kampung tu pun dah tak ada dah atok kata.."
"Oooh,jadi kamu ni keturunan Thailand la...emm,patut la jambu semacam. Ni Awira orang mana?" tanya Mimi pula.
"Saya orang kedah..hehehe..orang jitra.."jawab Awira dengan bangga.
"Oooh,kedah.."Mimi terus berlalu ke dalam bilik tidur menyelesaikan apa yang patut.
"Terima kasihlah dah tolong hantar abang balik kampung ni. Dah susah payah tolong dari mula lagi..terima kasih banyak-banyak,ya." Kata Fauzi. Dhani dan Awira mengangguk serentak sambil tersenyum.
"Eh,no hal la,bang..kami memang suka tolong orang." Jawab Awira. Dhani tersengeh-sengeh Cuma.
"Esok saya bawa kamu meronda kampung ni. Malam ni tidur dulu rehatkan diri..nak makan apa bagitahu je."kata Mimi setelah selesai mengemas bilik tidur untuk tetamunya. Awira dan Dhani malu-malu bangun dan berjalan ke bilik tidur.
![](https://img.wattpad.com/cover/270560081-288-k526951.jpg)
YOU ARE READING
"BISIK"
ParanormalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.