BISIK

168 17 1
                                        

Keadaan yang tidak terkawal tadi memaksa Ramli dan Imam Hasan meminta tolong ketua kampung untuk mencari Laila. Majid juga mengumpulkan anak buah silatnya untuk turut serta mencari. Ada yang berbekalkan lampu suluh,ada juga berbekalkan jamung untuk menyuluh jalan. Akmal turut serta bersama pasukan ketua kampung. Ladang getah ini bukanlah kecil kerana ladang ini masih menjadi tumpuan orang kampung mencari rezeki hingga ke hari ini. Kalau zaman tujuh puluhan dahulu ianya seluas tiga padang bola sepak,kini bilangannya semakin bertambah dan sudah meliputi dua buah bukit hingga ke hujung kampung. Terlalu luas untuk mencari seorang Laila berseorangan.

Mahani hanya mampu menunggu di rumah dan berdoa supaya menantunya dan pasukan pencarian selamat keluar dari ladang getah. Sebentar tadi Azri menalifon memberitahu ada hal kecemasan di hospital berkaitan dengan Fauzi. Tidak sempat dia bertanya banyak kerana Azri sudah di panggil dalam keadaan cemas . Panggilan di matikan tanpa sempat memberitahu apa yang terjadi pada Azri.

Naskah Ma'surat di ambil dan dia mula membaca sehelai demi sehelai. Doanya tidak lain selain keselamatan semua insan-insan yang di sayanginya. Air mata bergenang mengalir ke pipi tanpa sempat di seka dengan jari. Akhirnya Mahani tersedu-sedu sendirian.

🏵️🏵️🏵️

Idris dan Dhani masing-masing berhempas pulas melawan Fauzi yang kerasukan Dalmim. Setiap serangan dari keduanya di tepis dengan mudah oleh Dalmim. Mereka terpaks meminta bantuan anggota polis yang bertugas untuk memegang dan mengikat Fauzi. Tapi ikatan hanya sementara kerana kekuatan luar biasa Dalmim. Idris mula terasa sakit di bahagian rusuk kirinya setelah terhentak di kaki katil sebentar tadi. Dalam hati dia berharap sangat agar Syauqi datang dengan cepat dan pantas. Dhani juga di serang sakit kepala yang terlampau kerana hembusan dari Dalmim ke atasnya sebentar tadi. Dhani tidak sempat untuk mengelak lalu terkena hembusan ayat syirik Dalmim. Berpinar pandangannya dan kepalanya terasa berdenyut kuat. 
Akhirnya dia terperosok ke bawah katil di tolak Dalmim. Misi untuk menyelamatkan Fauzi semakin samar kini. Fauzi semakin berserah diri pada Dalmim. Segala bisikan-bisikan Dalmim diiyakan dan diturut tanpa sedar.

Beberapa anggota polis turut cedera tersandar di tepi dinding termasuk Azri yang terbatuk memegang perut akibat tendangan Dalmim. Sakit bukan kepalang sudahlah di tendang,belakangnya terhentak pada dinding dengan kuat pula.

"Marilah,Mari! Hahahahahahhaha...." Dalmim berdiri di tengah-tengah bilik ketawa puas hati melihat semua yang menghalangnya tumbang ke lantai. Dia ketawa dengan bangga. Akhirnya apa yang dia mahukan dia dapat hari ini. Jasad Fauzi dan juga Laila. Dan apa yang lebih menggembirakan hatinya ialah Laila mengandungkan kembar. Bersemangat dia bila mengetahui apa yang akan dia dapat dengan memilik seorang Fauzi sahaja.

"Selesaikan disini kemudian makan di sana....hahahahhahahha......!!" Dia ketawa lagi.

"BISIK"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang