BISIK

169 17 2
                                        

Senja berlabuh di kaki bukit di saksikan makhluk-makhluk ciptaan Tuhan dari segenap penjuru. Mana yang mengerti dengan pantas menutup pintu dan tingkap masing-masing. Senja bukanlah masa untuk kita menghayati. Seperti biasa Mahani akan menutup tingkap setiap petang tapi tidak hari itu. Laila mula menutup satu persatu tingkap yang ada sambil berselawat. Tiba di tingkap di tepi bilik tidurnya tiba-tiba ada angin menyerbu ke wajahnya. Aneh kerana hanya wajah saja yang di serbu oleh angin tersebut,tidak keseluruhan badannya. Terdiam sejenak dia dihadapan tingkap.

"Eh,tak ada dah?" Laila menggaru kepala. Matanya memerhati pokok-pokok yang ditanam ibu mertuanya di sekeliling rumah. Pokok balung ayam merah menyala warnanya terasa menyeramkan tiba-tiba. Entah kenapa fikiran boleh membayangkan Fauzi sedang menghiris tangan sendiri ketika ini. Cepat-cepat dia menutup tingkap dan berselawat.

Malamnya rumah mereka di datangi Imam Hasan dan Din. Katanya ada benda yang hendak dibincangkan.

"Tengok ni." Din menyelak baju menunjukkan bekas tapak kaki di belakangnya.

"Hari tu jatuh bukan sebab berat,tapi macam kena tendang dari belakang. Saya tak berani nak cakap masa tu. Tapi bekas kena tendang ni rasa panas je dua tiga hari ni. Jadi saya suruh bini saya tengokkan. Terkejut dia tengok ada kesan tapak kaki ni. Besar pulak tu. Lebih dari sejengkal." Kata Din.

"Sebenarnya kami datang ni cuma nak tanya kau,Mal..mana tahu kau tahu apa-apa pasal Fauzi ni..nampak lain benar dah ni."kata Imam Hasan pula. Akmal terdiam dengan rasa bercampur baur. Nak diceritakan takut orang tak percaya. Takut dikatakan mereka-reka cerita. Takut juga jatuh fitnah tanpa sedar nanti.

"Saya tak berani nak cakap Imam. Takut jatuh fitnah tanpa sedar nanti. Macam ni lah Imam..selagi tak ada apa-apa yang jadi biarlah dia macam tu." Kata Akmal.

"Ish tak boleh,Mal...kita kena selamatkan dia..arwah ayah dia pesan dekat saya sebelum meninggal. Saya dah rasa bertanggungjawab dengan apa yang terjadi ni."balas Imam Hasan.

Akmal memandang Azri dan ayahnya. Serba salah pula rasanya.

"Beginilah Imam..jika ada apa-apa yang berlaku selepas ini,kami akan maklumkan pada Imam. Kami bukan tak mahu cerita cuma kami belum pasti. Betul ke tidak Fauzi yang buat semua tu. Takut nanti jatuh fitnah." Ramli bersuara melihat setelah melihat anaknya terkebil-kebil cuba menyusun kata. Imam Hasan dan Din akur dan meminta izin untuk pulang. Belum sampai lima langkah dari pintu rumah tiba-tiba terdengar suara mengilai dari bilik Akmal. Masing-masing saling berpandangan sesama sendiri. Akmal berjalan pantas ke bilik tidurnya.

Laila mengilai diatas katil dengar rambut menutupi wajah. Mengucap semua melihatnya.

"Laila...Laila?"panggil Akmal.

"Laila tak ada,hanya aku yang ada. Suri!!" Jerit Laila sambil menepuk dada.

"Astargfirullah...Suri mana pula ni? Pulangkan isteri aku balik!" Tegas Akmal. Laila mengilai kuat dengan kepala berpusing ke kiri ke kanan dan jari jemari menari lentok.

"Ini aku...yang cantik...perindu darahmu..perosak dirimu..pengacau jiwamu..aku disini selalu..dia mengarahku..bisik aku selalu menenangkannya...hihihihihihi..."ketawa yang halus menyucuk ke dalam telinga menimbulkan rasa seram serta merta.

"Macam mana ni Imam? Isteri saya ni kenapa.." Akmal kebingungan. Sudahlah Laila tengah mengandung,dirasuk pula. Bimbang hatinya jika berlaku apa-apa pada kandungan yang dibawa.

"Laila...Laila..Laila lawan dia Laila.." Akmal cuba mendekat dan cuba menyentuh bahu Laila. Tangannya ditepis pantas. Akmal tak berputus asa. Di cuba lagi untuk menyentuh Laila.

"Jangan sentuh akulah! Aku benci kau!" Marah Laila. Tangan Akmal digenggam dan di kilas pantas. Meraung Akmal menahan sakit. Cepat-cepat Ramli menarik anaknya dari Laila.

"Imam?" Ramli menoleh ke arah Imam Hasan. Imam masih lagi diam dan memerhati dari muka pintu.

"Din..kau pergi panggil Majid."arah Imam. Din hairan.

"Eh,nak buat apa Majid?" Soal Din.

"Ni jenis yang melawan ni. Aku tak pandai bersilat. Majid je boleh tolong ni. Cepat pergi panggil Majid." Arah Imam Hasan. Din terangguk-angguk dan segera menghidupkan motorsikalnya menuju ke rumah guru silat itu.

"Saya tunggu Majid datang dulu baru saya mulakan." Kata Imam Hasan. Mereka duduk di meja makan berhadapan dengan bilik Akmal. Laila pula semakin rancak mengilai di dalam bilik. Mengilai,menangis,menyanyi dalam bahasa yang tak di fahami. Sesekali dia menukar suaranya kepada suara Laila. Merintih meminta tolong pada Akmal. Imam Hasan menegah Akmal dari bangun. Itu semua tipu daya syaitan.

"BISIK"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang