BISIK

109 15 1
                                    

Malam semakin berlalu,dinginnya menyucuk-nyucuk hingga ke tulang saat ini. Kokokan ayam juga semakin rancak dengan bintang berterabur di dada langit. Sesekali angin kuat datang menerpa tiba-tiba dan berlalu setelah menyapa. Nun di sebuah kampung keadaan sedikit rancak dengan raungan dan jeritan kesakitan dari si tua akibat libasan kain oleh Syauqi. Si tua dan Fauzi masing-masing menjerit dan merintih kesakitan. Syauqi tidak sedikit pun berasa kasihan,malah libasan kainnya sengaja dikuatkan. Kedua duanya bergolek ke kiri ke kanan cuba mengelak dari terkena libasan Syauqi. Di tepi bulatan, Idris tekun dengan bacaan demi bacaan untuk memutuskan ikatan antara Fauzi dan si tua itu. Masnah menguatkan hati dan diri untuk melihat semuanya. Dia bersedia meneriam apa saja yang terjadi malam ini,apa saja hasilnya akan diterima dengan hati yang redha. Air matanya ditahan agar tidak mengalir lagi,hatinya tekad. 

BUK!!

Fauzi menghentak kepala ke tanah lalu diam tidak bergerak lagi. Hanya dadanya sahaja yang kelihatan turun dan naiknya. 

"Ji!." Panggil Masnah. Risau juga melihat keadaan Fauzi yang kaku tiba-tiba itu. Ada darah yang kelihatan mengalir di tanah. Masnah menggenggam hujung tudungnya menoleh kepada Idris, Idris faham cuma mengangkat tapak tangannya supaya bersabar.

"Tapi Fauzi berdarah tu.." beritahu Masnah. Idris mengangguk dengan mulut terkumat kamit membaca surah.

"Subhanallah, Allahu Akhbar!" kedua tapak tangan dihempas ke tanah serentak itu raungan si tua bergema tanpa henti. Menjerit-jerit sambil menarik baju didadanya. Sesekali tubuh tuanya tersentak ke tanah beberapa kali.

"Fauzi!" laung Syauqi. Dia memilih untuk berada diluar bulatan ketika Fauzi tiba-tiba menjadi ganas sebentar tadi. Awira digamitnya supaya mendekat.

"Bawa baldi tu. Siram kat Fauzi." arahnya. Idris pula sudah berdiri dan mula menjejak kaki ke dalam bulatan. Raungan demi raungan semakin kuat dan kadang-kala berhenti tiba-tiba di tepuk oleh Idris. Selempang di bahu di kibas diatas dada Si tua. Idris duduk bersila ditepi Fauzi,Si tua yang menggelupur dibiarkan dahulu. Dengan cermat dia membalikkan tubuh Fauzi dan mengarahkan Awira menyiram wajah Fauzi dengan perlahan-lahan. Luka dibahagian kening Fauzi masih mengalirkan darah di tekan lama lalu dibacakan ayat syifa'. 

"Fauzi.." panggilnya. Fauzi mengaduh sakit ketika cuba membuka matanya. 

"Fauzi boleh bangun?" soalnya lalu cuba mendudukkan Fauzi.

" Boleh Insya Allah."jawab Fauzi. Dia terbatuk-batuk bila belakangnya di tepuk oleh Idris beberapa kali. 

"Cuba bangun." kata Idris. 

"Kaki saya,Ustaz. Berat sangat ni." kata Fauzi. Idris bergerak ke hujung kaki Fauzi dan menekan ibu jarinya ke ibu jari kaki Fauzi. Pemuda itu mendesis kesakitan. 

"Syauqi,awak uruskan Fauzi. Buang semua tu kemudian bawa dia keluar." kata Idris. Syauqi angguk dan segera mengambil tempat selepas Idris bangun.

Kali ini si tua hanya mampu memandang ke langit dan menunggu apa sahaja yang datang kepadanya. Hujung matanya sudah menangkap kelibat-kelibat yang selama ini diserunya selalu,setiap masa dan setiap hari. Kesemuanya sudah berbaris di luar bulatan dengan wajah yang bengis dan penuh benci.Ada yang melolong-lolong,ada yang menghempas tanah menjerit marah ke arahnya. Dia tahu nasibnya jika dia keluar dari bulatan ini dengan tangan kosong. Mungkin itu yang dilihat Wadi sebentar tadi,kerna itulah dia meminta tolong kepada Idris, fikirnya. 

"Tak guna kau Wadi..ni semua jadi sebab kau yang lemah tu! aku siat-siat tubuh kau nanti Wadi!" jeritnya. Wadi menundukkan pandangannya di tepi tangga. Seram sejuk tubuhnya melihat apa yang berlaku.

"Bertaubatlah,saudara." Idris berdiri dihujung kaki si tua. Kedua tangannya diletakkan ke belakang sambil mengira tasbih.

"Apa? Taubat?! Puii!!" ludah si tua ke tepi. Dia ketawa berdekah-dekah.

"BISIK"Where stories live. Discover now