BISIK

212 16 1
                                    

Berpeluh-peluh Fauzi keluar dari kebun getah tanpa ditemani sedikit pun cahaya. Dia perlu melakukan apa yang diminta oleh Wadi sepantas mungkin. Daun pisang yang terkena tubuh Laila dihantar dengan penuh rasa lega. Dia yang dari awal pagi sudah berada di hadapan rumah Akmal mengintip pergerakan mereka seharian ini,walau dengan apa cara sekalipun dia mesti juga menyapu daun pisang ke tubuh Laila untuk di berikan pada Wadi. Dia tidak mahu nyawanya melayang seperti arwah Mamat.

Sampai saja ke keretanya dia menyandar penuh lelah. Semuanya sudah kembali seperti biasa. Di harap kali ini dia tidak melanggar pantang-larangnya lagi. Dia tak mahu lagi berada di dalam kebun getah yang gelap gelita ini. Kalau boleh biarlah ini kali terakhir.

🕸️🕸️🕸️

"Ishhh,apa yang panas sangat malam ni,..aircond nombor berapa ni? 20? Kenapa tak sejuk ni?" Laila mengomel sendirian di sebelah Akmal. Suaminya sudah hanyut dalam mimpi meninggalkan dia yang terkebil-kebil seorang diri dalam kepanasan.

Setelah puas berpusing ke kiri kanan dia akhirnya bangun ke bilik air.

"Apa yang panas sangat malam ni..."dia membebel seorang diri sambil menunggu tub mandi penuh.

"Eh,apa ni?" Di lengannya jelas terlihat kesan lebam sebesar tapak tangan. Laila menekan-nekan di kawasan lebam,anehnya tiada rasa sakit langsung. Dia semakin hairan.

"Ni mesti si gila petang tadi ni. Tak guna betul. Habis lebam lengan aku dibuatnya. Eeee,kalau aku jumpa lagi siaplah kau!" Marah Laila sambil menyapu krim vaselin pada kesan lebamnya.  Tak di sangka kuat juga di terhentak pada rak sos cili tadi.

🕸️🕸️🕸️

Kerja-kerja mengecat sedang di lakukan sambil di pantau oleh Akmal dan Azri. Najiha pula keluar sebentar untuk membeli makanan buat mereka semua. Sesekali Azri akan membantu mana yang patut,Akmal hanya memerhati.  Banyak lagi urusannya selepas ini. Mujur saja semua yang pernah berkerjasama dengannya dahulu tidak menarik balik urusan-urusan mereka. Benar kata isterinya "Jika orang tahu kerja kita bagus,elok,kemas...orang takkan cari lain dah. Percayalah dengan rezeki Allah."

Akml tersenyum. Walaupun haru memulakan semula semuanya dia tidak merasa beban sedikit pun. Ini adalah jalan rezeki yang di pilihnya. Dan ini juga ujian dari Allah untuknya. Dia akui sepanjang menjalankan syarikatnya,dia tidak pernah menghadapi kesulitan pun. Ini adalah yang pertama baginya. Dan dia harus belajar untuk redha.
Dia tahu Allah akan mengujinya bila-bila masa saja. Tidak kini mungkin di masa akan datang. Dia harus redha.

"Lepas siap ni kau teman aku pergi cari barang pula. Meja-meja dengan rak semua aku dah oder siap dah. Cuma nak pasang lantai je lagi ni."

"Okeh!" Sahut Azri penuh semangat.

"Kau tak kerja hari ni?"soal Akmal.

"Aku on call...malas la nak duduk sana. Baik pergi sini,peluh pun keluar." Balas Azri.

"Eh iyalah tu...peluhlah sangat..jangan ingat aku tak tahu niat kau tu...dia bukan biasa-biasa tau." Kata Akmal. Mereka maksudkan Najiha.

"Alah..tak salah cuba nasib...dia single,aku single,so?" Azri tetap tidak mahu mengalah.

"Tunggulah kau jumpa abah dia nanti. Baru kau tahu rasa...hahaha"Akmal tergelak kecil. Senyuman Azri yang mati tiba-tiba kelihatan lucu baginya


"BISIK"Where stories live. Discover now