Tuh kali tuh,
Akulah raja dalam hati,
Tuh kali tuh,
Ku tuju angin sampai jasad mati,Tuh!
Wadi mengasap beberapa ekor bangkai cicak sambil membaca mantera syiriknya. Tangannya terketar-ketar dengan bibir yang terkumat-kamit mengulang-ngulang bacaan. Selesai semuanya dia meludah kasar ke atas bara dan merenyuk semua bangkai cicak yang sudah diasapkan tadi.
"Yihhhhh!!!" lantai ditepuk dan dia mulai bangun menari sambil menabur bangkai cicak ke sekeliling tempatnya.
"Hahahahaha...rasakan! Matilah korang semua!." jeritnya lalu bersila semula.Sebuah balang kaca yang terletak di tepi dinding dia ambilnya. Matanya mengecil melihat isi didalamnya.
"Aku akan pastikan korang semua takkan berjaya ganggu rancangan aku. Korang yang cari fasal dulu dengan aku. Rasalah korang nanti!" Dengan berhati- hati dia menarik satu persatu ekor kala jengking yang terisi penuh didalam balang dan di diletakkan dia dalam mangkuk berisi air di depannya. Sesudah itu dia bangun semula dan menuju ke dapur. Kepala biawak sebesar penumbuknya dikeluarkaan dari tempayan. Bau busuk menerjah ruangan. Wadi tidak pedulikan itu,apalah sangat bau busuk bangkai haiwan berbanding busuknya mayat manusia. Dia telah lali dengan bau busuk semua itu,ianya mainan baginya. Nak jadi kebal dan kuat serta dihormati kena hadap segala bau busuk dan rasa geli yang ada dalam diri.Lama-lama bila sudah terbiasa dia sudah boleh tersenyum bila melihat mayat membusuk.Setelah semua ramuan tersedia,Wadi bangun meninggalkan rumahnya menuju ke satu arah. Rumah Fauzi!.
Beberapa batang ranting kayu dipatahkan sepanjang perjalanan ke rumah Fauzi. Bibirnya terkumat-kamit lagi dan sesekali menempik nyaring dan meludah kasar pada ranting kayu yang dikutipnya.Sampai sahaja dihadapan rumah Fauzi suasana sudah sedikit gelap menandakan sudah tiba waktu margrib. Dia tersenyum sinis melihat keadaan rumah Fauzi yang terkunci rapat itu,bahkan lubang-lubang yang ada di atas tingkap disumbat dengan kain semuanya. Wadi tertawa sinis.Bungkusan berisi bahan ramuannya tadi dikeluarkan dan di tabur di sekitar laluan ke tangga rumah Fauzi. Selesai kerjanya dia menuju ke bawah rumah dan bersila di situ hinggalah azan margrib selesai.
"Yiihhhh!' tempiknya kuat di hadapan rumah Fauzi sebelum melangkah dengan bersahaja kembali.
Masnah yang baru menghampar sejadah terkejut mendengar bunyi jeritan diluar rumah segera mencari Mimi.
"Sinilah solat sama-sama."Ajaknya pada Mimi. Mimi hanya menurut tanpa banyak soal. Fauzi yang baru selesai mengambil wudhu didudukkan di atas sofa. Sehelai sejadah dihamparkan dihadapan abangnya.
"Terima kasih,Mimi. Kau pergilah solat dengan mak." kata Fauzi.Mimi menurut tanpa banyak kata. Hari ini dia sedikit lelah,dari pagi tadi dia sibuk di kilang ikan masin membelah ikan hingga ke zohor. Pulang ke rumah ingat bolehlah melelapkan mata sebentar tapi kedatangan tetamu pula. Akhirnya selesai solat margrib dia merebahkan tubuh di sofa berdekatan abangnya. Tidak perlu masa yang lama dia akhirnya dibuai mimpi lena. Fauzi tersenyum melihat adiknya. Nampak penat benar dari raut wajahnya bersama dengkuran halus itu.
"Alhamdulillah..." Masnah meletakkan garam kasar dan biji lada diluar rumah lalu segera mengunci pintu dengan rapat. Sehelai kain tuala disendal dibahagian bawah pintu bagi menutup lubang yang ada. Dia bergerak semula ke sejadahnya,duduk di situ sambil berzikir dan berdoa agar segala yang dilakukan oleh Idris dan anak-anak buahnya berjaya malam ini. Biarlah malam ini menjadi malam yang terakhir bagi mereka berasa takut. Semoga anaknya bebas dari perjanjian syiriknya dahulu. Masnah menadah tangan berdoa dengan sepenuh hatinya. Memohon bantuan dari Allah dengan bersungguh-sungguh hingga mengalir air matanya.
~~~~~~~~~~~~^^^^^^^^^~~~~~~~~~
Wadi diam memerhati keadaan sekelilingnya. Aura dari pihak lawan semakin terasa menggasak di dada. Lain benar rasa ini,hatinya ragu-ragu untuk mengatakan kemenangan. Kenapa? Dia menoleh ke arah rumahnya. Tingkap bilik hujung kelihatan terbuka dan ada asap yang menerobos keluar. Dia tidak bimbang lagi,tuannya sedang mempersiapkan diri untuk membantunya. Wadi kembali tersenyum dan merasa lega.
"Aku akan menang,Yihhhh!!!" tempiknya sambil menampar pahanya. Wadi naik ke atas mempersiapkan dirinya.
Rangka anak kera,katak,biawak dan beberapa ekor kala jengking kesemuanya sudah disalai kering disusun dihadapannya. Kemenyan dibakar dan ditabur sesuatu membuatkan asapnya memekat tebal hingga memenuhi bilik. Wadi membuka baju dan mula mengasapkan tubuhnya hingga berkeringat lalu disapu dan diperah ke dalam tempurunh yang sudah tersedia. Selesai mengasapkan tubuh dia mengambil sebilah pisau dan menghiris hujung jarinya.Jari yang luka direndam ke dalam tempurung yang terisi peluhnya tadi hingga semuanya bertukar merah barulah dia mengangkat semula jarinya.
Sebuah periuk tanah liat diletakkan dihadapannya dan dia mula memasukkan satu persatu bahan yang sudah disusunnya tadi. Bibirnya mula meratib sesuatu dan menghembus ke dalam periuk. Selesai semua itu,tempurung yang berisi campuran darah dan peluhnya tadi dihirup lalu disembur kedalam periuk tanah liat tadi. Dia tersenyum melihat hasilnya. Dengan berhati-hati dia menggaul dan mula mematahkan semua bahan-bahan tadi. Diuli-uli hingga menjadi seketul doh lalu dibentuk menjadi bentuk sebuah boneka. Wadi tersenyum puas. Boneka hasil dari binatang itu disalai diatas asap kemenyan. Wadi bangun meninggalkan ruangan bilik menuju ke suatu tempat. Tubuhnya menghilang didalam gelap malam.
~~~~~~~~~!!!!!!!!!!~~~~~~~~~
Selesai solat margrib Idris,Dhani,Syauqi dan Azri terus menapak keluar. Idris tidak mengucapkan sepatah kata pun,hanya matanya saja yang memberi isyarat kepada Syauqi. Azri dan Dhani sedikit hairan namun tetap meneruskan langkah ke rumah Masnah.
"Jaga-jaga!" Idris menempik tiba-tiba. Seekor babi hutan keluar dari semak di kanan mereka menerpa pantas. Dhani terpelanting ke dalam semak. Azri pula terlentang ke tanah. Baru saja mahu bangkit rusuknya kirinya dirodok oleh babi hutan tadi. Azri menjerit kesakitan sambil cuba menahan kepala babi yang masih cuba merodok dadanya.
"Allahu Akhbar!!" laung Azri sekuat hati. Babi hutan seakan-akan terkejut dan mengundur tiba-tiba. Cepat-cepat Syauqi memapah Azri untuk berdiri dan menjauh dari binatang itu.
"Shuh!!! Pergi!" Idris mecapai pelepah kelapa dan menghayunya ke arah babi hutan. Lain benar keadaan babi hutan ini. Tubuhnya terhoyong-hayang dan merengus kasar dengan mata berkilat memandang ke arah mereka berempat. Ia mengundur beberapa langkah sebelum memecut laju ke arah Idris.
"Hiyah!!" sebuah tendangan padu dari Syauqi singgah betul-betul dibahagian perut babi dan terus terseret ke tanah. Ianya bergeletik beberapa kali sebelum keras kejung di situ.
"Allah..." Azri rebah ke tanah. Bajunya lencun dengan darah. Begitu juga keadaan Dhani yang sudah terhencot-hencot jalannya. Idris dan Syauqi berpandangan sesama sendiri.
"Macam ni lah...kita hantar mereka berdua ke rumah Akmal dulu. Minta tolong ayahnya hantar ke klinik dulu. Lepas tu kita ke rumah Fauzi semula." Kata Idris. Syauqi mengangguk setuju.
"Ni macam mana ayah?" soal Dhani ketika mereka melintasi bangkai babi hutan itu.
"Biarkan saja,nanti tuan dia datang kutip. Tuan dia ada saja sekitar ni." jawab Idris. Matanya tajam memerhati ke hadapan. Bibirnya mengucap zikir tanpa henti.
ANDA SEDANG MEMBACA
"BISIK"
ParanormalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.
