BISIK

185 18 7
                                    

"Pesakit ni terbakar hampir enam puluh peratus di bahagian badan dia dan ada kesan tikaman di bahagian paha. Pemeriksaan dalaman menunjukkan yang dia tidak makan selama seminggu. Usus perutnya sedikit mengecut dan mengalami kerosakan buah pinggang tahap dua. Dan satu lagi...pesakit ni ada kaitan dengan serangan di bilik bersalin kita dua hari lepas. Cuma perlu dipastikan lagi oleh pihak polis sebab wajah dia dah melecur teruk." Jelas Doktor Rina pada beberapa orang Doktor yang sedang memantau tugas pagi itu. Doktor Jeshar meneliti fail dengan kening berkerut.

"Dia ada HIV ke? Dah buat test darah belum? Kudis-kudis ni dah cek ke?" Tanya Doktor Jeshar sambil menyelak selimut di bahagian kaki Fauzi. Doktor Rina terdiam sejenak.

"Err...belum lagi Doc. Maafkan saya." Doktor Rina tunduk melihat kudis yang tumbuh di bahagian kaki hingga ke paha Fauzi.

"Dia diselamatkan dari kebakaran ke? Kenapa banyak sangat lebam ni? Macam kena belasah je." Bahagian perut dan dada Fauzi disentuhnya.

"Aaa,itulah yang saya kata tadi. Dia dalam pengawasan polis berkenaan kes di wad bersalin hari tu." Beritahu Doktor Rina. Doktor Jeshar mengangguk faham.

"Bila pihak polis datang? Kalau boleh tolong asingkan dia. Kita taknak buat pesakit lain rasa tak selesa." Doktor Jeshar membelek bahagian wajah Fauzi. Kelopak mata Fauzi di selak dan di suluh untuk melihat tindak balas mata hitamnya.

"Saya di maklumkan pukul sebelas nanti." Jawab Doktor Rina sambil menilik jam tangannya.

"Okey. Kalau ada apa-apa bagitahu saya. I'll be at my room." Doktor Jeshar berlalu pergi. Doktor Rina dan yang lain mengangguk hormat.

"Tolong sediakan bilik H3 ya." Arah Doktor Rina pada ketua misi.

Baru sahaja dia ingin berlalu ke katil sebelah Fauzi tiba-tiba mengalami sesak nafas dan kekejangan tubuh. Matanya terbeliak dan dada meninggi.

"Encik,Encik Fauzi...Encik Fauzi...!" Panggil Doktor Rina. Fauzi tercungap-cungap mencari nafas.

Tiiiiiiiiiiit....

"Cepat lakukan CPR!" Arah Doktor Rina. Semua jururawat kelam kabut. Ada yang berlari mencari vibrator dan ada yang menyediakan ubat untuk di suntik ke dada Fauzi.

"Come on!" Doktor Rina yang sedang menekan dada Fauzi sedikit cemas melihat masa yang di ambilnya agak lama. Jika boleh dia tak ingin ada kematian dalam waktu dia bertugas. Kematian pesakit adalah hal yang paling susah untuk dilupakan.

Tit,..tit,..tit.

Walaupun agak lemah tapi cukup untuk membuatkan semua yang ada berasa lega. Fauzi segera dipindahkan ke bilik H3 dan diberikan pemantauan yang khusus.

"Doc,you nampak pucat." Tegur Misi Juliana.

"Mungkin penat buat CPR tadi. Saya di bilik ya..apa-apa panggil saya. Jue,tolong buat HIV test untuk pesakit tadi. Saya lupa nak mention dalam chart semalam. Saya pergi dulu." Doktor Rina berlalu dengan hati yang berdoa agar Fauzi bukanlah pesakit HIV. Bibirnya digosok berkali-kali. Rasa mualnya melonjak tiba-tiba. Dia berlari ke bilik air secepat mungkin.

🏵️🏵️🏵️

Semua perkakas yang menjadi alat pemujaan Fauzi di kumpulkan dan dibakar. Setelah selesai kerja diluar rumah mereka beralih ke dalam rumah pula. Awira,Idris dan Dhani masuk dengan berhati-hati. Bau busuk dengar serta merta menerjah rongga hidung. Pemandangan dalam rumah yang seperti dirompak mengejutkan mereka bertiga. Kerusi makan terbalik dan patah,peti ais terbuka dihurung lalat,tirai yang terkoyak dan ada yang patah penyangkutnya. Ada kesan tapak kaki berdarah penuh di lantai di bahagian dapur.

"Jom kemas apa yang patut."kata Idris. Baru saja ingin mengangkat kerusi bunyi ketukan kedengaran di pintu.

"Assalamualaikum!"

"Syauqi tu. Pergi buka pintu." Kata Idris. Awira berlari-lari anak ke pintu depan. Syauqi datang bersama Azri dan dua orang anggota polis.

"Ada jumpa apa-apa tak?" Tanya Syauqi. Azri mengeluarkan sapu tangan dan menutup hidungnya.

"Busuk bangkai!"tubuhnya mengeletik geli melihat lalat penuh di peti ais.

"Ish,apa benda la dia simpan ni. Berulat-ulat. Macam mana ni Jul? Nak geladah juga ke ni? Nak termuntah aku wey..."kata Azri. Azizul menayang muka gelinya.

"Tak kot. Jom naik tingkat atas dulu." Ajak Azizul. Syauqi turut ikut sama ke atas. Dua buah bilik tidur di atas tidak ada yang mencurigakan bagi mereka. Mereka turun semula untuk membantu Idris dan yang lain.

"Pintu ni tak boleh dibuka lah. Ulat penuh bawah pintu ni." Tunjuk Awira pada barisan ulat bangkai yang penuh di bawah pintu.

"Cuba tendang." Kata Azizul. Azri mengangguk dan menghentak kakinya beberapa kali di pintu.

BAM!!

Pintu rebah ke lantai lalu menampakkan pemandangan yang menjijikkan. Bilik itu dipenuhi bangkai kucing dan ayam yang di terkumpul di penjuru bilik.

"Uweekk!" Isi perutnya bergelojak tiba-tiba. Awira cepat-cepat berlari keluar dan muntah di tepi longkang.

"Astargfirullahal azim...apa benda la dia buat kat dalam bilik ni. Main ilmu sihir ke budak ni,Ri?" Tanya Azizul.

"Agaknya lah. Tengok dari rupa bilik ni macam tempat pemujaan je."jawab Azri.

"Aku tak boleh la. Nak termuntah!." Hadi terus berlari keluar. Lagi lama dia di situ lagi kuat segala isi perutnya ingin melonjak keluar.  Lebih baik dia keluar mencari angin segar dulu.

🏵️🏵️🏵️

Loceng kecemasan dari bilik H3 berbunyi. Beberapa orang jururawat berlari-lari ke arah bilik H3.

"Hihihihi...."Fauzi menyeringai dengan mulut penuh berdarah dan mata merah menyala. Salah seorang attendant hospital bernama Wahid sedang mengerang di lantai sambil memegang lengan yang berdarah.

"Tuih!" Fauzi meludah sesuatu.Seketul isi jatuh bergolek di lantai.

"Tarik dia cepat!" Ketua misi Puan Zuraidah memberi arahan bila dia melihat Fauzi ingin turun dari katilnya.

"Mana polis yang berjaga tadi?! Tarik cepat! Cepat! Allahu Akhbar!! Allahu Akhbar!" Laung Puan Zuraidah. Fauzi terjun dari katil lalu menerkam kaki Wahid. Wahid cuba menendang tapi pegangan Fauzi begitu kuat.

"Lepaslah,gila!!" Jerit Wahid lalu menendang muka Fauzi.

"Allahu Akhbar,Allahu Akhbar!" Salah seorang jururawat melaung azan di muka pintu lalu serta merta terlepas pegangan Fauzi.

"Tarik Wahid cepat! Tarik cepat! Kunci pintu tu!" Arah Puan Zuraidah. Mereka cepat-cepat mengunci pintu. Fauzi cuma berdiri tegak memerhati mereka dengan mata merahnya.

"BISIK"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang