BISIK

212 19 0
                                    

Yang ditunggu akhirnya menjelma tiba. Fauzi tersenyum puas melihat sembahanya di santap berselera oleh yang dipuja Wadi.

"Kau kena ingat...makin kuat kau ambil,makin sikit pantangnya tapi sukar untuk mengikutinya. Kau betul-betul mahukan yang ini,kah?" Soal Wadi inginkan kepastian buat kali terakhir. Tapi melihat pada wajah Fauzi ketika ini dia sudah tahu jawapannya.

"Aku tak kisah pantang larang tu. Aku boleh ikut asalkan benda ni jadi hamba aku." Jawab Fauzi tanpa menoleh ke arah Wadi sedikit pun. Matanya bersinar pada sesuatu yang rakus menggigit perut lembu. Satu demi satu hidangan di habiskan. Wadi tersenyum bila dulang yang kosong dilemparkan ke arah Fauzi.

"Ambil tu! Bawa balik. Jangan sesekali kau cuci dulang ni." Arah Wadi.

"Kenapa tak boleh cuci?" Tanya Fauzi.

"Selagi kau tak cuci selagi itulah dia jadi milik kau dan akan menurut segala perintah kau. Tapi ingat...setiap permintaan kau harus ada upah ya. Setiap kali kau meminta,harus ada seekor ayam hitam dihidangkan di atas dulang ini.  Faham?!"

"Itu saja?" Soal Fauzi.

"Kau juga tak boleh menyentuh mana-mana anak dara selama enam puluh hari. Dan kau mesti asapkan dulang ini sekali setiap bulan."

"Kalau dulang ni hilang macam mana?" Soal Fauzi.

"Nyawa kau sebagai gantinya. Dalam sepuluh hari tak di temukan,...orang yang akan temukan mayat kau. Kau faham tu?" Tekan Wadi lagi. Wajah Fauzi sedikit berubah mendengarnya.

"Ini yang paling bisa yang aku berikan. Jadi apa-apa kau tanggung sendiri. Kau,ini tuan kau mulai saat ini! Jangan pernah datang rumah aku lagi lepas ni. Kau faham?!" Jari telunjuk menghala pada yang bertinggung di tepi dinding. Ianya mengangguk laju.

"Pergi! Kau dah dapat apa yang kau nak. Pandai-pandailah kau jaga lepas ni. Jangan jadi macam kawan kau yang dah mampos tu." Wadi melemparkan senyuman sinisnya melihat Fauzi yang tak lepas menelan air liur sendiri. Terkebil-kebil sambil memegang dulang di tangan. Mungkin tanda penyesalan sudah mulai menapak di hatinya.

"Tunggu apa lagi. Pergi balik. Aku nak tidur. Tak lama lagi dah nak siang." Wadi bercekak pinggang di hadapan pintu rumahnya. Sudah beberapa kali dia menguap selesai upacara haram itu.

"Ba-baik.." Fauzi bangun tanpa menoleh ke arahnya. Wajahnya sedikit muram tidak seperti mula-mula dia datang tadi.

"Eh,tunggu dulu. Upah aku mana? Dua ribu." Wadi menghulur tangan.  Fauzi menghulur sampul yang agak tebal padanya.

"Aku bagi lebih. Tiga ribu." Fauzi segera melangkah pergi. Seram pula bila terpaksa membawa "sesuatu" itu pulang sendiri.

🕸️🕸️🕸️

Selesai margrib Laila masih duduk di atas sejadah berzikir seperti selalu. Matanya sesekali terpejam menghayati kalimah-kalimah memuji kebesaran Allah.

"Sayang nak makan tak? Abang oderkan." Tiba-tiba sahaja Akmal muncul sambil menayang talifon di tangan.

"Tomyam lah. Lama tak makan. Nak tomyam putih tau." Jawab Laila.

"Kedai hari tu ke? Ke nak try kedai lain?"

"Yang hari tu la...yang lain takut tak sedap pulak."

"Ok. Abang tunggu kat bawah." Akmal menutup pintu semula.

"BISIK"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang