"Yihh!!" tempik si tua bongkok tiga dengan garangnya. Sebilah parang yang tersisip dipinggang ditarik keluar dari sarungnya dan dihayun membuta tuli ke arah Idris. Namun libasan demi libasan dielakkan dengan mudah. Sesekali dia cuba menerkam ke arah tubuh Wadi namun segera dihalang oleh Idris.
"Tak guna kau! Memang cari nahas betul kau berdua!" tubuh Dalmim tersungkur tepat di kaki si tua. Tersentak si tua lalu matanya mencerlung tajam ke arah Syauqi dan Idris sebelum jatuh pada tubuh Wadi yang berada dibelakang keduanya. Idris masih tegap berdiri dan tidak menunjukkan sebarang riaksi pada wajahnya. Setenang yang mungkin untuk menghadapi lawannya. Si tua menarik Dalmim supaya berdiri dan mula membaca sesuatu lalu dihembus pada tubuh Dalmim,Idris menoleh melihat Wadi yang sudah mulai sedar dari pengsannya dan mengerang kesakitan.
"Aduh,sakitnya kepala aku.." pandangannya berbalam-balam dan tidak berwarna. Wadi menenyeh mata beberapa kali dan memicit dahinya. Terasa berpusing kepalanya cuba mengamati apa yang berada dihadapannya kini. Dan bila emej sudah jelas matanya terbeliak dan dia mengesot ke belakang. Rasa takut menyerbu diri.
"Jaga-jaga,dia berbahaya!" teriak Wadi pada Syauqi dan Idris.
"Saudara jangan terlalu jauh,nanti menjadi mangsa pula." kata Idris. Wadi tidak jadi mengesot lebih jauh. Dengan sedaya upaya dia cuba bangun untuk berdiri dibelakang Idris. Rasa gerunnya mengatasi segala rasa sakit saat ini. Dia tahu bagaimana si tua dihadapannya itu bila sudah marah,bila segala keinginannya tidak dapat dipenuhi dan bila sesiapa yang berjanji melanggar janji. Dia sudah menyaksikan perbagai perkara bersama si tua itu yang dipanggil Tuan olehnya. Sedari umur lapan tahun dia mengikut ke mana saja yang dipijak oleh si tua itu, ke thailand,ke indonesia,ke myanmar, semuanya dijejak untuk beradu ilmu dan menuntut ilmu hitam. Dalmim juga menjadi saksi segalanya kerana dia dan Dalmim adalah orang kuat si tua itu. Namun semuanya berubah sejak kali pertama dia bertemu dengan Idris beberapa bulan dahulu. Kata-kata Idris menyentap hatinya dan sedikit menggugat rasa egonya.
"Kami datang nak membantu.Kembalilah ke jalan Allah,saudara."-Idris.
Dan ayat itu sering terngiang-ngiang ditelinganya hingga ke hari ini. Segala yang dia lakukan semuanya di ulang kembali dan di fikirkan semula, untuk apa dan kenapa dia melakukan semua itu? Hendak kata hatinya puas memang ya tapi kepuasan itu hanya seketika. Walaupun yang datang dari kalangan menteri namun dia sedikit pun tidak terliur dengan uang yang disuakan.Semuanya di ambil dan diserahkan pada si tua, dan ketika mana ada yang melanggar janji maka dia dan Dalmim akan melaksanakan arah Si tua yang kelaparan darah dan daging manusia itu. Kebanyakan yang melanggar janji semuanya menjadi makanan si tua dan Dalmim. Dia sedikit pun tidak teringin untuk mencicipi darah daging manusia itu.Jijik!.Mati dalam keadaan yang sesat dan tersiksa!. Dan bilamana dia bertemu Idris sesuatu yang gusar didalam hatinya semakin menampakkan diri. Dia sudah tidak ingin mengikut si tua lagi,dirinya seperti mencari sesuatu untuk dipegang,yang pasti bukanlah pada si tua yang menunggu masa untuk mati itu.
Dan ketika mana dia melihat Idris kelmarin hatinya semakin gusar dan berbelah bagi,antara arahan tuannya atau rasa ingin tahu dirinya.Dan semasa berlawan di beranda sebentar tadi kata-kata Idris semakin memecahkan rasa kejap dalam hatinya. Serangannya lebih kepada untuk mendengar lantunan-lantunan dan ayat memujuk dari Idris. Wadi mengesat air matanya. Ya, ini yang dia cari selama ini. Dia mencari pautan dan pegangan yang kukuh. Dia mencari ALLAH!.
"Wadi!!! Kau pengkhianat,Wadi! Kau berpaling dari Tuan kita! Aku bunuh kau Wadi!". Tempik Dalmim dengan penuh amarah. Wadi masih terhoyong-hayang di paut lengannya oleh Syauqi.Kini mereka saling bertentangan tidak mempedulikan Fauzi dan yang lain di atas rumah. Sasaran mereka sudah beralih kepada Wadi kini. Masing-masing diserbu rasa amarah yang menyala-nyala.
"Aku tak mahu lagi ikut tuan. Aku dah jumpa apa yang aku cari selama ini. Tolong lepaskan aku." kata Wadi dalam kepayahan sambil menahan sakit kepalanya. Telinganya berdesing kuat dan rasa sakit menyentak urat di sisi keningnya. Pandangan matanya sedikit kabur,matanya dikecilkan untuk melihat dengan lebih jelas. Giginya diketap rapat hingga berbunyi rahangnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/270560081-288-k526951.jpg)
YOU ARE READING
"BISIK"
ParanormalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.