"Tuju ku kena,
Tuju ku ampuh,
Tuju ku kuat,
Tuju ku biar tetap dan tepat! Fuh tanah,kau mendatar!
Fuh,angin kau halimunan!
Fuh,air kau menenggelamkan!
Bisa aku taruhkan biar mati yang ku dendam!
Tarik rasa aman bahgia biar sengsara!
Fuh,tanah,angin,air!
Bersatu agar menghancurkan melalui tujuku tadi!
Fuh!Fuh!Fuh!Fuh!"kanan kiri atas bawah ditiup kuat. Fauzi diam sementara memejam mata. Tapak tangan mulai bergetar digenggam kuat lalu di satukan dan dikepal kuat."Fuh! Ku ikat takkan lepas!" Ditiupnya ke dalam genggaman tangannya tadi sekuat hati.
"Ah!" Tubuhnya terdorong ke belakang. Dia memegang dada.
"Tak guna betul. Malaun mana yang ganggu kerja aku ni?!"tempiknya lalu menabur kemenyan dalam bara. Asap putih pekat terbang ke udara.
"Yihhhhhhh!"tangannya didepakan dan mula menempik nyaring.
"Ah!" Tubuhnya terdorong ke belakang semula. Kali ini nafasnya sedikit tersekat. Fauzi mengurut dada yang terasa pedih.
"Sial kau. Berani kau kacau kerja aku. Tunggu kau!"Fauzi berlari ke dalam rumah dalam keadaan terhencot-hencot dan datang semula dengan sebungkus bungkusan yang sudah beku. Tangannya pantas membuka bungkusan itu dan di letakkan di atas dulang sembahannya. Dia meratib lagi sambil menabur kemenyan ke dalam api. Sesekali dia meludah ke arah unggun api dan menepuk tangannya yang bergetar kuat itu. Dia menempik berkali-kali hingga hilang mata hitamnya.
"Tuh kali tuh tujah tuh kau yang menghalang tuh mati kau di sana! Tuh! Tuh! Tuh! Tuh!" Dia menepuk tanah dan menempik kuat lagi. Tangan yang bergetar mula menyentuh sembahan di atas dulang. Seketul hati lembu di atas dulang diramas kuat hingga hancur dan di makan hingga licin menjilat dulang. Matanya yang putih bertukar merah seperti warna darah. Fauzi mencapai pisau pula lalu dilayur di atas api.
"Tuh kali tuh! Mampus kau! Yihhhhhhhhhhh" pisau tadi dibenamkan ke paha kanannya. Dia bangun dan mula melompat-lompat mengelilingi api dengan pisau yang terpacak di pahanya.
🏵️🏵️🏵️
"Innahu min suliamaana wainnahu bismillahirrahmaanirrahim! Allahu Akhbar!! Allahu Akhbar!! Allahu Akhbar!!" Tapak tangannya yang berada di belakang Laila bagai ditarik supaya dia tidak menyentuhnya. Berkerut dahi Syauqi melawannya. Pahanya pula mula berdenyut dan terasa pedih.
"Allah!" Tubuhnya terdorong ke belakang dan menghentak dinding. Laila kembali rebah dengan mata putihnya kelihatan dan terbeliak besar. Syauqi tercungap-cungap di tepi dinding sambil memegang paha. Dia mendesis sakit.
"Minta izin nak ambik wudhu sekejap boleh?" Tanya Syauqi pada Ramli. Ramli mengangguk laju. Saat pemuda itu bangun di terjatuh kembali sambil memegang pahanya.
"Qi..kau tak apa-apa ke?"Azri cuba menolong Syauqi bangun semula.
"Aku nak berwudhuk,Ri. Tolong aku jap." Azri cepat-cepat memapah Syauqi ke tandas. Semua yang ada di ruang tamu hanya mampu mendiamkan diri. Tiada kata yang dapat diungkapkan untuk menenangkan keadaan. Baik Ramli,Mahani atau Akmal. Masing-masing hanya tertumpu pada Laila.
"Ri,kau kenal tak siapa yang hantar buat kak ipar kau tu?"suara Syauqi sedikit berbisik ketika di dapur.
"Aku tak syak orang lain. Orang kampung ni juga. Kau tahu aku dapat video dia ceroboh masuk wad bersalin. Saksi kata dia sapu darah yang meleleh kat lantai sambil ucap terima kasih kat mangsa. Gila lah." Jawab Azri.
"Patut aku rasa macam dekat sangat. Dia tinggal di Taman Alamanda ke?" Tanya Syauqi lagi.
"Ha,macam mana kau tahu?" Azri sedikit hairan.
"Kawan aku tengah nak serbu rumah dia sekarang. Kawan aku dapat rasa dia nak buat kerja tak elok. Kawan aku nak selamatkan dia selagi boleh."
"Biar betul...habis tu kau okey tak ni? Kau macam mengah je ni." Syauqi menyandar ke dinding sebentar mengatur nafas. Dadanya terasa sesak tiba-tiba.
"Aku okey. Aku harap kawan aku di sana cepat sikit buat kerja." Jawab Syauqi sebelum rebah ke lantai.
"Eh,Qi,Qi!"
"Dada aku sakit!" Syauqi mengerekot memegang dadanya. Dia terbatuk-batuk mencari nafas.
🏵️🏵️🏵️
"Kau nak sangat kacau kerja aku kan..ambik kau! Hah! Hah!" Sebatang kayu sebesar lengan dengan panjang sedepa di pijak kuat. Tidak cukup dengan itu dia berdiri pula di atas kayu tadi dan menghentak kakinya berkali-kali. Fauzi ketawa terbahak-bahak.
"Kau tunggu apa lagi?! Bunuh laki dia tu!" Jerkah Fauzi pada api yang sedang marak. Api yang meliuk-lintuk tiba-tiba membesar dan mengecil semula. Bagai ada sesuatu yang hidup didalamnya.
🏵️🏵️🏵️
"Aaaarrhhhh!!" Riuh ruang tamu bila Laila yang sedang terbaring tiba-tiba melompat bangun menerkam Akmal. Akmal yang dalam keadaan tidak bersedia terlentang dicekik Laila. Kelam kabut Mahani dan Ramli menarik menantunya.
"Mana air yasin awak tadi. Tuang cepat!" Kata Ramli. Mahani cepat-cepat mengambil botol air yasinnya dan menuang ke atas kepala Laila.
"Aaaaaa! Aaaaa! Sakit! Panas! Panas!" Menggelupur Laila di sebelah Akmal.
"Tuang lagi,Ani. Biar hangus terus tuan dia." Suruh Ramli. Mahani mengangguk dan datang semula dengan dua botol air yasin. Baru saja tudung botol dibuka Laila menyembah di kakinya merayu untuk tidak menuang lagi. Mahani tetap tidak peduli,habis sebotol demi sebotol di tuang hingga Laila terlentang dan tercungap-cungap kepenatan dihadapannya.
"Kau keluar dari badan anak aku ni!" Mahani bercekak pinggang di hujung kaki Laila. Lain benar wajah menantunya ketika ini. Bebola matanya putih dan terperosok ke dalam,semua kuku jari tangan dan kaki bertukar hitam,lidah pula panjang hingga ke bawah dagu bila dia menjerit. Dengan urat-urat biru dan merah timbul di seluruh wajahnya cukup untuk membuatkan bulu roma meremang bila terpandang.
"Dia milik aku,hak aku!" Bentak Laila dalam kepayahan mencari nafas.
Azri datang bersama Syauqi dari dapur. Pemuda itu sudah kelihatan lebih segar berbanding sebentar tadi. Wajah yang pucat kini kembali memerah.
"Mana air yasin tadi? Minta sebotol,Makcik."
"Kau nak tuang lagi ke?" Tanya Azri.
"Tak...aku nak bagi dia minum. Biar menggelegak segala isi perut dia." Jawab Syauqi.
"Tapi kandungan dia macam mana?" Akmal menjadi risau.
"Insya Allah takkan apa-apa. Isteri kamu kuat orangnya. Dia pun tengah melawan juga tu."jawab Syauqi. Dia faham apa yang Akmal rasakan. Berdasarkan pengalamannya selama ini,kandungan Laila tidak akan terjadi apa-apa. Baginya Fauzi masih "orang baru" dalam bidang ini. Dia yakin apa yang dia lakukan. Dan semuanya akan dibantu Allah Yang Maha Kuat Lagi Perkasa.

ANDA SEDANG MEMBACA
"BISIK"
ParanormalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.