BISIK

189 17 0
                                    

Seminggu selepas majlis perkahwinannya Fauzi terus membawa Nora ke Johor. Diam tanpa khabar. Sesekali jika terserempak dengan ayah Fauzi di surau Akmal akan bertanya khabar. Hairan juga Akmal kerana ayah Fauzi seakan-akan tidak mahu membicarakan hal Fauzi. Di jawab pun hendak tak hendak saja.

"Susah nak cakap,Mal. Budak-budak sekarang ni susah nak ditegur. Nanti dah jauh...dah susah barulah nak cari orang tua balik." Berat benar bunyinya. Akmal diam tanpa kata. Dia juga tak menyangka ikatan persahabatan mereka dari kecil boleh putus hanya disebabkan seorang wanita cuma. Akmal menggeleng kepala melihat tubuh ayah Fauzi yang semakin menjauh.

"Kasihan,kan? Lagi kasihan kat Nora. Entah apalah nasib dia kat sana." Azri menggeleng kepala di atas motorsikal.

🕸️🕸️🕸️

"Kiranya nak buat kecil-kecilan saja. Tak sangka ramai yang datang. Dua kali kami masak nasi tadi,Mat. Lauk pun kelam kabut geng dapur masak lagi.. Ramli sampai tiga empat kali ke pasar cari ayam. Hahahahaha....baju ayah pengantin pun dah bertukar baju biasa dah. Tak sangka sungguh ramai yang datang tadi. Aku dok risau dah takut lupa boh garam. Rasa sampai berapa kali rasa la tadi. Hahahaha... Imam Hasan lagi la..mula datang berjubah,makan-makan balik ambik parang pulak nak tolong potong ayam." Jalil bercerita penuh semangat dipangkin. Mamat yang mendengar terangguk-angguk bersama tawa. Jam sudah pukul enam petang tapi tetamu masih ada yang datang. Dia pun agak lambat sebenarnya. Lorinya rosak ketika pulang dari menghantar lembu kampung sebelah. Fikirnya sudah berkemas semuanya,lalu sahaja di hadapan rumah Akmal terus di panggil makan. Malu pula rasanya jadi orang terakhir,tapi dia pula yang ternganga kerana masih ramai yang hadir.

"Kau nak tambah pergi ambik dekat bini kau belakang sana. Anak-anak kau entah berapa kali makan dah hari ni. Hahaha...aku nak tolong kemas periuk,esok kampung sebelah nak pinjam pulak. Tambahlah lagi,Mat. Tak payah malu-malu..kenduri ni tiga hari tiga malam..hahahah..." Badrol terkekek-kekek. Sengaja menguatkan suara melihat Ramli yang sedang menghampiri.

"Bang...duduk,Bang Ramli." Pelawa Mamat. Ramli mengangguk sambil mengibas bajunya.

"Huuu banyak orang,Mat. Rasa macam satu negeri datang ni. Tak sangka sungguh." Ramli menyeka peluh di dahi dan dagu.

"Dari mana yang ramai sangat tu?" Tanya Mamat.

"Adik beradik kak Ani kau dari kedah dah berapa buah kereta pagi tadi. Belah aku pun dekat tujuh buah kereta. Terkejut aku ramai yang datang. Kawan-kawan tempat kerja Akmal berpuluh biji motor tadi datang. Konvoi dari Melaka nu. Geng kilang Laila lagi..huuu ramai la...terima kasih banyak-banyak kat bini kau Mat. Dia la yang banyak tolong kat dapur. Bagi arahan buat semua kerja tadi. Anak-anak kau nasib ada Azri yang jagakan. Nanti aku bagi sagu hati kat Ira." Paha Mamat di tepuknya.

Mamat tersenyum bangga mendengar pujian itu. Isterinya walaupun lulusan universiti sangguh menerima "pengembala" lembu sepertinya. Syukur sangat punya isteri sepertinya.

"BISIK"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang