Jarum jam menunjuk ke angka satu pagi. Beberapa orang jururawat sedang sibuk menyusun fail dan memasukkan data ke dalam komputer. Ada yang sibuk mengisi ubat ke dalam bekas yang siap tertulis nama pesakit di atasnya. Ada juga yang mengemas cadar yang baru sampai petang tadi. Dua orang anggota polis duduk di hadapan pintu bilik H3 tersengguk-sengguk menahan kantuk. Selepas kejadian tengahari tadi Fauzi sekali lagi mengamuk ketika azan margrib. Hampir tercabut pintu bilik H3 di rempuhnya. Nasib baiklah pasukan polis tiba tepat pada masanya. Beberapa orang pesakit mula mengadu rasa takut dengan kehadiran Fauzi di situ. Dan sebagai langkah berjaga-jaga empat orang anggota polis ditugaskan menjaga bilik H3.
"Jue,ni ubat untuk pesakit H3. Macam mana nak bagi ni Jue? Aku nak pergi dekat pintu tu pun takut dah ni." Jururawat bernama Hazwani menongkat dagu dimeja.
"Kita tunggu Puan datang esoklah. Aku pun tak berani."jawab Jue.
"Jue,aku tidur dulu ye. Nanti ko gerak aku tau." Kata Hazwani. Jue mengangguk dan meneruskan kerjanya yang masih ada.
🏵️🏵️🏵️
"Kenapa kau berhenti? Kau tak mahu keluar dari sini ke? Kau seronok kena kandang di sini macam orang gila? Akmal dekat sana seronok hidup bahgia."
Fauzi mendiamkan diri.
"Takkan kau dah mengaku kalah.. kita masih boleh menang..percayalah cakap aku..aku ni yang paling kuat yang Wadi bagi tau. Aku ni yang paling dia sayang nak bagi. Tapi demi nak tunaikan impian kau tu dia bagi jugak aku ni dekat kau. Jangan sia-siakan peluang yang Wadi dah bagi ni,Fauzi..rugi kau nanti..."
Fauzi menjeling ke pintu biliknya. Dia menoleh pada makanan yang ditinggalkan di atas meja pula. Rasa pedih yang menyerang tubuhnya tidak dipedulikan. Dengan bersusah payah dia bangun mencapai bekas makanannya lalu makan dengan lahapnya. Dua botol air mineral habis dilanggah. Akhirnya dia terlentang kekenyangan di lantai.
Macam ni ke cara kau nak balas dendam? Kalau aku tahu lebih baik aku tak ikut kau!!
"Diamlah!! Memekak je!! Aku penat tahu tak?! Bagi aku masa dulu,aku tahulah apa aku nak buat! Kau tu ikut arahan je,jangan nak pandai-pandai arahkan aku! Sial!"marah Fauzi.
"Baiklah..kalau kau kata macam tu. Aku cuma taknak masa aku disia-siakan oleh kau je. Kau dah makan kan? Sekarang makanan aku mana??"
Fauzi terdiam lagi. Marahnya membuak.
"Kau gila? Kau tak nampak ke aku ni macam mana sekarang ni? Kalau kau lapar kau cari sendirilah!! Kata kuat,makanan sendiri pun tak boleh cari." Marah Fauzi lalu memejam mata. Dalam beberapa saat matanya terbuka kembali tapi warna matanya sudah bertukar merah.
"Yihhhhhhh! Nak marahkan aku tapi tak sedar diri dia ni." Kata Fauzi lalu menampar pipinya sendiri. Matanya terbeliak memerhati tubuh badannya lalu tunduk mencium ibu jari kaki.
"Emmm,cari sendiri ya...baiklah...hahahahaha..." Fauzi ketawa berdekah sebelum mula menggigit ibu jari kakinya.
"Hoi! Kau buat apa tu?!" Seorang anggota polis menjerkah dari depan pintu.
"Aku makan."jawab Fauzi selamba sambil mengunyah ibu jari kakinya. Darah merah meleleh-leleh dari mulut dan kakinya.
"Allahu Akhbar...teruk dah dia ni,Man. Ni nak kena panggil Ustaz tu balik ni. Ni bukan kes kita lagi dah ni." Kata Shuib. Rahman mengangguk.
"Tutup pintu tu balik. Panggil Zuki dengan Aidid cepat. Eh kau suruh misi depan tu call ustaz petang tadi. " Arah Rahman. Dia tidak tahu hendak melarang bagaimana lagi bila Fauzi semakin enak mengunyah jari kakinya sendiri.
"Ilmu apalah yang kau tuntut ni,dik. Rugi masa muda kau. Syirik dengan Tuhan kau lagi. Allah..." Rahman menggeleng kepala. Satu demi satu jari kaki kanan hilang di kunyah Fauzi. Darah penuh di lantai dan pakaiannya.
"Tuh kali tuh,damping serta kuat tuh!
Tuh kali tuh,dagingnya ku kunyah lumat tuh!
Tuh kali tuh,dirinya ku tambat tuh!
Tuh kali tuh,janji kini keramat tuh!" Tersembur segala isi yang di kunyah ke lantai. Terbeliak Rahman. Rasa jijik melihat keadaan Fauzi ketika ini. Rahman dan Shuib cepat-cepat mengunci pintu semula. Fauzi kini bersila dan mula meratib kembali seperti petang tadi."Dia menurun balik dah tu...adoi la.." Shuib menepuk dahi. Zuki dan Aidid datang berlari-lari anak.
"Kenapa?"tanya Aidid.
"Dia menurun balik dah tu. Ni sekejap lagi bertempik balik la ni."jawab Shuib.
"Ustaz tu dah nak sampai." Jururawat bernama Jue datang memberitahu pada Rahman. Lega sedikit mereka mendengarnya.
"Yihhhhhh!! Yihhhhhhh!! Tuh puang kau ku kaut masuk ke dalam jiwa mu! Yihhhhh!" Fauzi menempik sambil melompat-lompat dalam bulatan. Bantal yang ada di atas katil di ambil dan di pijak berkali-kali.
"Jiwamu ku pegang! Tuh!" Dia meludah ke bantal di kaki lalu di pijak lagi.
"Kau aku bersatu! Tuh!" Bantal di ludah lagi dan di pijak berkali-kali.
"Assalamualaikum!" Idris berdiri di depan pintu bersama Dhani.
"Heh! Ada lagi kau?!" Tempik Fauzi.

ANDA SEDANG MEMBACA
"BISIK"
خارق للطبيعةBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.