"Laila....
Laila!
Laila!"Akmal terduduk kepenatan. Betisnya terasa tegang dan sakit. Peluh sudah membasahkan bajunya. Namun isteri tercinta masih belum ditemui juga.
"Mana kau Laila..."
"Mal,jom singgah pondok Pak Hamid dulu. Duduk rehat dulu. Awak penat sangat dah tu." Pak Hamid menunjuk ke pondoknya yang tidak jauh di hadapan mereka. Pondok yang di bina untuk melepas lelah setelah menoreh getah. Pondok itu juga menjadi tempat kebanyakan penoreh duduk ketika makan bekal masing-masing. Akmal menurut lalu berusaha bangun.
"Dah jumpa! Dah jumpa!" Bunyi motorsikal bersama laungan mengejutkannya.
"Mana? Jumpa kat mana?" Tanya Akmal.
"Jumpa di sungai seberang bukit. Kumpulan Majid yang jumpa. Diorang tengah bawa balik. Jom Abang Akmal naik motor saya. " Ajak Fikri penuh semangat. Akmal tanpa banyak soal melompat naik dan terus dibawa pergi.
Sampai saja di rumah nampaknya kumpulan Majid belum tiba lagi. Kumpulan Imam Hasan dan Kumpulan Pak Hamid sudah selamat keluar semuanya. Tinggal kumpulan Majid sahaja lagi.
"Diorang jalan kaki..memang lambat sikit." Pujuk Ramli. Ladang getah yang sempit ini hanya memuatkan motorsikal sahaja untuk memasukinya.
Setengah jam menunggu akhirnya terdengar laungan Allahu Akhbar dari dalam ladang getah. Akmal berlari masuk semula menerpa ke arah kumpulan Majid.
"Laila! Ya Allah,Laila! Laila bangun Laila ..ni abang ni Laila..bangun Laila..." Tubuh Laila yang kedinginan diraih ke dalam pelukannya.
"Jumpa kat mana,Majid?"tanya Imam Hasan.
"Jumpa hanyut kat tengah sungai. Ingatkan kayu mula tu. Makin dekat baru perasan kata Laila yang terapung. Nasib baik hidup lagi. Ni kena bawa ke hospital ni. Kena cepat. Dia lemah sangat dah ni." Kata Majid. Ramli tidak menunggu lagi terus masuk ke dalam rumah mengambil kunci kereta dan menyuruh Mahani bersiap-siap untuk ke hospital.
Semua yang ada mengucap syukur dan pulang dengan hati yang lega. Majid menawarkan diri untuk menghantar Imam Hasan dengan keretanya.
" Abuya yang tunjuk arah tadi." Setelah agak jauh dari rumah Ramli barulah Majid membuka cerita.
" Ha? Kau jumpa dia?" Imam Hasan terkejut.
" Ya,Abuya yang tunjuk jalan kat saya tadi. Kalau tidak kami tak lalu kat sungai tu. Abuya bagi isyarat dekat sungai." Kata Majid lagi.
"Lagi?" Terasa ada yang kurang cerita Majid didengarnya.
Majid memusing stereng agar kereta berhenti di tepi jalan.
"Waktu nak masuk lorong Pak Anam menoreh tu kami dengar ayam berkokok. Bila saya toleh saya nampak Abuya tunjuk ke sungai. Dia suruh cepat pergi ke sungai. Sampai kat sungai mulanya tak nampak apa-apa pun. Saya suruh budak-budak menyelam tak jumpa apa. Lepas tu nampak Abuya lagi,dia suruh saya menyelam pula. Saya pun ikutlah. Saya menyelam dia bawak saya ke lubuk. Kat situlah saya jumpa Laila. Saya tarik dia dengan Abuya tak dapat-dapat. Terpaksa saya naik ke darat sebab tak cukup nafas. Masa naik tu elok pula Laila timbul hanyut depan saya. Imam...,"nada suaranya berubah kendur.
Imam Hasan berasa pelik.
"Kenapa? Ada apa-apa yang berlaku lagi ke?"
"Abuya kata perut Laila dah kosong. Dah hilang habis dah." Majid tunduk dari bertentangan mata dengan Imam Hasan.
"Allahu Akhbar...Allah....kasihannya..."Imam Hasan terkejut besar. Rasa kasihannya kian menggunung pada Akmal. Entah bagaimanalah perasaan pemuda itu bila mengetahuinya nanti.
🏵️🏵️🏵️
"Mengandung? Eh,isteri awak mengandung ke?" Doktor Hana pelik.
"Ya..baru dua bulan." Jawab Akmal.
"Emm,kami buat scan dulu ya. Tunggu sebentar." Doktor Hana bangun dan melangkah keluar dari biliknya.
Lima belas minit menunggu Akmal di panggil ke bilik di mana Laila di tempatkan.
"Awak pasti isteri awak mengandung?" Soal Doktor Hana sekali lagi.
"Ya,pasti sangat. Kenapa doktor?" Jantungnya berdengup laju. Fikiran buruk terbayang kini.
"Maaf...tapi perut dia kosong. Ni..cuba encik lihat di sini..semuanya macam biasa. Tak ada kantung." Screen di putarkan ke arah Akmal.
"Tak Doktor..isteri saya memang mengandung. Saya pergi cek ke klinik bulan lepas. Memang dia mengandung!".
"Encik,sabar encik..sabar.." Doktor Hana juga kematian kata-kata.
"Ya Allah...dugaan apa yang Kau berikan padaku ini Ya Allah...terlalu hebat ujian yang Kau berikan padaku Ya Allah...aku mohon kuatkan hatiku Ya Allah..kuatkanlah isteriku..tabahkan hati kami Ya Allah..." Akmal berlutut di tepi katil menadah tangannya.
Doktor Hana hanya diam memerhati. Sedikit pun tidak terasa hendak menegur. Baginya mengadu pada Allah itu lebih baik dari mengadu pada manusia. Kerana Allah lebih tahu apa yang Dia lakukan.

ANDA SEDANG MEMBACA
"BISIK"
ParanormalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.