BISIK

211 16 1
                                        

Jenazah Farid selamat dikebumikan pagi tadi setelah tiba dari hospital. Laila entah berapa kali pengsan melihat jasad suaminya. Munah dan suaminya juga turut mengalirkan air mata. Mana tidaknya,baru saja Farid itu menjadi menantunya sudah begini pula jadinya. Belum sampai setahun.

Akmal dan Fauzi turut mengalirkan air mata di tepi kubur. Hilang seorang sahabat baik mereka. Baru kelmarin mereka merancang untuk ke Tasik Chini bersama-sama. Hanya menunggu Akmal pulang saja untuk membawa mereka ke sana hari ini,tapi perancangan Allah berbeza untuk mereka bertiga. Akmal pulang demi menyambut jenazah sahabatnya di liang lahad.

"Ya Allah,Id...aku tak kuat Id...Ya Allah..." Akmal menutup muka. Terhinggut-hinggut bahunya menangis. Fauzi bangun menarik lengannya.

"Mari..tak elok menangis macam ni tepi kubur. Mari."ajak Fauzi. Akmal bangun dengan berat hati,langkahnya lemah. Sungguh dia tak kuat.

Sebaik menjauh tiba-tiba suasana di tepi kubur Farid riuh seketika. Akmal dan Fauzi menoleh,Laila pengsan lagi buat ke berapa kalinya. Dia kemudiannya di papah meninggalkan kawasan perkuburan. Akmal dan Fauzi bertinggung di tepi kereta sambil melihat ke arah kubur Farid. Air mata Akmal seakan-akan tidak mahu berhenti. Terus mengalir bersama sendu.

"Kau tahu? Hari sepatutnya kita memancing toman tau. Tu mata pancing dengan joran dah siap dalam kereta aku tu. Tapi..Allah ..."Akmal teresak-esak kembali.

"Mal..tak baik menangis macam ni. Kita masing-masing tahu arwah orangnya macam mana. Insya Allah dia di kalangan orang baik-baik dalam sana. Redholah,Mal. Kasihan arwah." Bahu Akmal diurutnya. Dia juga masih dalam keadaan tak percaya. Semuanya terjadi di hadapan matanya sendiri. Dia yang mengendong tubuh Farid keluar dah hutan hujung kampung. Mengikat tubuh Farid agar tidak jatuh ketika membonceng motornya. Masih terasa belakangnya panas dengan darah Farid,raungan Farid,rintihan sakit Farid. Semuanya masih segar dalam ingatannya.

Fauzi meraup wajah. Cuba menepis ingatan yang menjelma berulang kali itu.

"Aku nak balik,Ji. Sedih sangat tempat ni." Akmal bangun dan berlalu pergi.

"BISIK"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang