Berlari-lari dia masuk ke dalam rumah. Bajunya basah di timpa hujan lebat. Keluar dari kebun getah dengan keadaan hujan kemudian terus melaksanakan kerja yang di suruh Wadi dan terus pulang dengan badan yang basah kaki berselut tapi hati yang puas!. Dia menyanyi gembira sambil menggosok tubuhnya. Sesekali dia ketawa berdekah-dekah sambil menyebut nama Akmal dan Laila.
"Tunggulah kau,Mal..semua jadi milik aku nanti. Aku nak tengok macam mana kau bangun lepas semua hasil kerja kau hangus aku kerjakan. Hahahahaha... Puas hati aku!" Dia ketawa lagi.
🕸️🕸️🕸️🕸️🕸️
Malam menjelma,Akmal dan Laila sedang duduk di ruang tamu ketika sesuatu mulai "berkerja'' di atas bumbung rumah mereka. Merayap lalu memasuki melalui celah-celah tingkap terus ke bilik tidur keduanya kemudian keluar semula lalu bertenggek di atas bumbung sambil bergoyang ke depan ke belakang.
Sebuah motorsikal milik seorang penghantar makanan muncul dari selekoh menuju ke rumah Akmal. Bunyi hon menandakan pesanan sudah sampai. Akmal keluar mengambil bungkusan makanannya dan menghulurkan sekeping not merah kepada penghantar makanan.
"Eh...tak apa...abang bagi lebih. Rezki kau malam ni. Doakan abang semakin murah rezeki je,dik." Akmal menahan tangan pemuda itu dari terus mengembalikan pemberiannya. Berkali-kali anak muda itu mengucap syukur dan terima kasih padanya.
"Saya pergi dulu,bang. Terima kasih banyak-banyak." Katanya sambil mengangguk kepala dan segera berlalu.
"Lamanya..sembang apa?" Soal Laila di muka pintu.
"Tanya dia dah makan ke belum..kerja macam mana..awak tahu? Dia tu bekas pekerja kargo kat airport. Dulu gaji besar..tapi sebab nak jaga mak sakit dia berhenti kerja kemudian buat food panda. Sehari dapat dalam tiga ratus tu...mak boleh jaga,gaji pun dapat tiap hari." Cerita Akmal sambil membuka bungkusan makanannya.
"Sedapnya bau...hemm.." Laila melentok di bahu Akmal.
"Pergi basuh tangan awak tu. Bawakan sudu dengan mangkuk sekali nanti. Nak letak sup ni. Cepat-cepat." Bahu isterinya di tolak lembut ke dapur.
"Lamanya tak makan Mee Kolok..aduhhh.." sejak kali pertama dia merasa Mee Kolok di Sarawak dulu dia terus jatuh cinta. Puas di cari Mee Kolok paling sedap di sini akhirnya ketemu jua. Buat isterinya Nasi Ayam Penyet Ngesit sudah semestinya.
"Epppp,baca doa dulu..." Laju dia menahan tangan Laila yang mencuit ayam penyetnya.
"Abang baca..." Laila melentok manja. Akmal menggeleng kepala lalu segera menadah tangan.
🕸️🕸️🕸️🕸️
Fauzi melihat jam di dinding. Terasa begitu lambat masa berlalu. Dia perlu menunggu pukul satu pagi untuk tidur. Untuk tujuh hari ini dia di wajibkan tidur tepat pukul satu pagi. Dan jika dalam salah satu pagi itu ada sesuatu yang terjadi maka berita gembira baginya. Jika tiada apa-apa yang berlaku maka dia terpaksa ke kebun getah itu semula. Fauzi segera menggeleng kepala. Serik rasanya untuk kembali ke kebun getah itu. Teringat kali terakhir berada di sana. Keluar dari rumah Wadi di iringi sesuatu yang berbadan besar hingga ke keretanya. Dan bila di buka sahaja pintu kereta bau busuk seperti bangkai menerjah kuat hingga tersedak dia di hadapan pintu kereta.
"Ish,mintak jauhlah benda tu!" Cepat-cepat dia menggeleng kepala menepis prasangka buruknya itu.
🕸️🕸️🕸️🕸️
"Esok saya nak je pejabat. Nak tengok kerja-kerja baik pulih. Awak nak ikut tak?" Soal Akmal sebaik sahaja mereka masuk ke bilik tidur.
"Tengoklah dulu. On aircond jap. Panaslah!" Kata Laila sambil menolak selimut ke tepi.
"Eh,awak dah solat isyak ke belum?". Soal Akmal lagi.
"Saya uzur..lepas solat maghrib tadi saya datang haid." Jawab Laila.
"La...kenapa malam jumaat juga yang dia pilih? Hemmh...." Akmal menayang muka tidak puas hati.
"Wekk! Padan muka. Hahahahahaha.." Laila ketawa geli hati melihat wajah suaminya. Patutlah baik semacam hari ni. Siap tak suruh masak apa semua. Ada niat tersembunyi rupanya.
"Awak gelakkan saya? Nak kena ni! Meh sini,lama dah tak kena geletek ni. Sini!" Tubuh isterinya di peluk kuat. Tangannya menyucuk-nyucuk perut isterinya. Terkial-kial Laila menepis sambil ketawa mengekek.Keduanya ketawa bahgia.

ANDA SEDANG MEMBACA
"BISIK"
ParanormaleBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.