BISIK

179 17 2
                                    

Pulang saja dari rumah Nora,hatinya berdebar tidak tentu hala. Entah kenapa dia merasakan bagai ada yang tak kena.

"Janganlah kau kata kau gagal. Sia-sia aku ambik kau woi!" Jeritnya tiba-tiba.

Takkan gagal punya..kali ni terbaik yang kau dapat...

Ada suara yang berbisik membuah senyuman di bibirnya. Fauzi kembali tenang dan dengan senang hati dia merebah tubuh ke tilam lalu tertidur.

Dalam mimpi yang dipimpin syaitan dia melihat bagaimana jatuh orang yang paling dibencinya,Akmal tercungap-cungap dalam kelemasan dan Laila pula meliuk manja disisinya. Fauzi ketawa berdekah-dekah.

"Mati kau Akmal! Mati kau!" Jeritnya sekuat hati pada Akmal yang semakin tenggelam. Dan akhirnya kocakan air terhenti lalu jasad Akmal hilang didalamnya.

"Kau gembira?" Fauzi segera berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya dia melihat ayahnya sedang berdiri tegak memakai jubah putih di belakangnya.

"Ay-ayah!"tergagap-gagap bibirnya.

"Bertaubatlah,Ji...masih belum terlambat.."nasihat ayahnya lalu melangkah pergi. 

Fauzi tersentak dari tidurnya dengan mata terbeliak. Nafasnya tercungap-cungap.

"Kenapa ayah dalam mimpi aku?" Fauzi hairan sendiri.

Jangan pedulikan itu...tak penting pun..ingat apa yang kau ingin capai.

Suara berbisik lagi. Fauzi mencebik bibir segera memadam bayangan ayahnya dari ingatan. Begitu buta hatinya dengan sedikit teguran itu.

🏵️🏵️🏵️

Selepas memastikan semuanya dalam keadaan selamat,Akmal mengunci pintu dengan lafaz "Bismillah". Dia melangkah turun mencari Kunan dan Isa. Isa yang merupakan pakcik kepada Kunan turut berkerja dengannya. Setelah apa yang terjadi pada Kunan lima bulan lepas dia kini lebih berhati-hati. Terdetik rasa bersalah melihat bahagian siku Kunan yang berparut,semuanya berpunca dari Fauzi. Jika ada bukti yang kukuh memang sudah diseret ke muka pengadilan Si Fauzi itu. Geram hatinya. Entah apa yang didendamkan sangat pun tidak tahu.

"Jalan baik-baik,Bos."pesan Kunan sambil menyambut kunci. Akmal mengangguk bersama senyuman.

"Nak makan oder saja. Duit makan saya dah bagi tu. Jangan tak guna pula. Saya tak nak pekerja saya berlapar."Akmal berlalu pergi. Not lima puluh ringgit masih tidak di sentuh Kunan diatas meja. Kunan hanya mengangguk dan tersengeh.

"Baiknya Bos kau." Puji Isa.

"Itulah,Pak Su...orang baik ni banyak yang dengki."

🏵️🏵️🏵️

Sampai saja dirumah Akmal terkejut melihat ayah mertuanya sedang berdiri di hadapan pintu tersenyum kearahnya.

"Eh,abah datang dengan sapa? Kenapa tak bagitahu?" Bergegas Akmal keluar dari kereta lalu menghulur tangan pada ayah mertuanya.

"Abah datang dengan abah kau lah...tu abah kau tengah terlentang tidur tu.."

"Ha? Eh,abah tak cakap apa pun." Lagi bertambah terkejut dirinya dihadapan pintu. Berdebar pula melihat "dua abah" ini tiba-tiba datang tanpa diduga. Entah apalah yang hendak disampaikan nanti.

"Laila dah masak?"soalnya pada Laila.

"Dah masak dah,dah makan dah...abang nak makan?"

"Tak apalah..abang kenyang makan tengahari tadi. Pakcik Kunan beli nasi kukus sambal ikan keli. " Sahut Akmal lalu segera mencari ayahnya. Tersenyum-senyum Akmal melihat ayahnya yang sedang terlentang tidur dibawah aircond.

"Sedapnya sarjan ni tidur." Akmal turut merebah tubuh di sebelah ayahnya. Tidak menunggu lama dia juga turut berdengkur.

"BISIK"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang