BISIK

159 19 5
                                    

Kini ....

Akmal memerhati Laila agak lama dari tempat duduknya. Isterinya kelihatan sedikit lain,renungan matanya sedikit bersinar dan tajam. Seram sejuk dia bila Laila melihat tepat ke anak matanya.

"Awak kenapa tengok saya macam tu? Hidung saya senget ke?" Tegur Laila. Akmal menggeleng laju.

"Awak sihatkah? Ada rasa pening-peningkah?" Tanya Akmal.

"Tak. Kenapa?" Laila pelik.

"Emmm tak ada apa..nampak pucat. Siang tadi merah lagi pipi tu. Ni dah pucat,bibir pun nampak kering." Beritahu Akmal.

"Ye ke?" Laila memegang wajahnya. Menepuk-nepuk dan mengurut pipinya.

"Ok dah? Merah?"

Akmal mengangguk laju. Takut melihat pandangan mata Laila. Hatinya jadi berdebar-debar. Dia segera mencari talifonnya.

🕸️🕸️🕸️

Pesanan mesej dari Syauqi dibaca sekilas. Akmal kembali menutup talifonnya. Laila juga tampaknya sudah tidak pucat seperti tadi. Mungkin penat seharian mengalih pasu bersamanya siang tadi fikir Akmal. Laila yang terlena di sofa di pandang lama. Teringat pada arwah Farid. Gurauan arwah ternyata menjadi kenyataan.

"Kalau aku mati kau la yang ganti. Aku tak harap orang lain." Gurauan itu menyakitkan hati Akmal ketika itu. Tapi ketika arwah benar-benar pergi dia mengambil serius kata-kata gurauan arwah. Akmal mengesat air matanya. Sungguh kenangan sesuatu yang menyakitkan,apatah lagi jika orang itu sudah tiada.

"Allah..."nafasnya terhela perlahan. Melepaskan bersama rasa berat di hatinya.

Sehingga kini dia masih mengesyaki Fauzi punya kaitan dengan kematian Farid. Setiap hari dia berdoa supaya hatinya mengikhlaskan pemergian arwah tapi tetap tidak boleh di terima. Bagai ada sesuatu. Penat menanggung rasa ini bertahun-tahun. Akmal mencapai bantal lalu berbaring di tepi Laila.

"Abang sejuk..."rengek Laila.

"Jap." Akmal bangun dan datang semula bersama selimut di tangan. Dia kembali berbaring di sisi Laila.

"Malam ni kita tidur depan ni je la..malas nak naik atas. Panaslah bilik kita,bang." Adu Laila.

"Ok je..janji tidur.."

🕸️🕸️🕸️

Nora ternganga di hadapan pintu rumahnya. Bagaikan mimpi rasanya melihat Fauzi yang sedang berjalan ke arahnya.

"Dah kenapa pandang aku macam tu." Jeling Fauzi. Sebuah beg beroda di keluarkan dari tempat duduk belakang.

"Apa mimpi kau balik sini hari ni? Rumah dah kena lelong ke?"sinis pertanyaan Nora.

"Aku ada kerja kat sini. Tiga hari ja. Aku tak kacau kau pun. Kau nak buat apa lantak kau lah."Fauzi masuk masuk tanpa di jemput. Menonong terus ke bilik tidurnya. Dia dan Nora memang tidak tidur sebilik sejak dari awal perkahwinan mereka. Sudah bertahun begini dan mungkin selamanya begini. Nora juga sudah tidak peduli jika dia ada atau tidak.

"Aku dah makan. Tak payah susah-susah nak masak."laung Fauzi dari depan pintu bilik sebelum menutupnya. Pintu di kunci.

Nora menggeleng kepala. Malas mahu ambil tahu. Biarlah apa yang kedua orang tuanya mahu katakan dia sudah tidak peduli.

"Kau tak malukah orang kampung kata kau mandul,Nora? "Soal ibunya dahulu.

"Saya lagi malu ada laki macam Fauzi tu mak. Dah ada bini tapi tergilakan bini orang lain." Jawapan itulah yang menjadi alasan untuknya mendiamkan kedua ibu bapanya. Biar mereka tahu calon pilihan mereka itu bukan seperti yang di bayangkan.

"Nora!"

Laungan dari Fauzi mengejutkannya.

"Hoi,kau ada masuk bilik aku ke?" Soal Fauzi.

"Ada..hari tu ada tikus mati dalam bilik kau. Aku bersihkan lah. Busuk rumah aku ni. Mana aku tahan." Jawab Nora tanpa menoleh ke arah Fauzi. Matanya melekat pada kaca televisyen.

"Berapa kali dah aku pesan jangan masuk bilik aku?! Biarlah ada bangkai tikus ke..bangkai anjing ke..kau jangan masuk!" Tinggi suara Fauzi padanya.

"Dah tu takkan aku nak duduk cium bau busuk setiap hari? Aku bukan gila macam kau!" Balas Nora.

"Kau memang suka cari pasal dengan aku kan?!" Fauzi melangkah cuba mencekik leher Nora. Nora yang sudah siap sedia bangun memasang kekuda.

"Aku takkan teragak-agak kali ni. Kau sentuh aku memang aku lipat kau!" Penumbuknya di kepal kuat dan di angkat ke hadapan.

Terhenti tindakan Fauzi. Air liur terasa kesat di rengkungnya. Dia tahu Nora dalam diam mengambil kelas bela diri di belakangnya. Fauzi mendengus kuat sebelum berlalu ke biliknya.

"BISIK"Where stories live. Discover now