BISIK

217 16 6
                                    

Azri dan Akmal saling berpandangan sebaik sahaja Laila sedar dari pengsan.

"Laila dah ok ke?"soal Akmal. Laila hairan.

"Tadi bukan orang tidur kat bawah ke?" Soal Laila.

"Sayang tak ingatkah?"tanya Akmal. Melihat Laila yang menggeleng kepala dia bertambah hairan.

"Ni apa dah jadi ni? Berselerak semua ni? Ya Allah patah kerusi? Apa dah jadi ni? Abang? Azri?" Laila bercekak pinggang di hadapan keduanya.

"Tadi akak kena rasuk. Akak tak ingatkah? Habis semua barang akak  baling kat abang." Jelas Azri.

"Biar betul....tak rasa apa pun. Macam orang bangun tidur saja pun." Antara percaya atau tidak dia ketika ini.

"Tu tengok kaki akak tu. Habis bertampal dengan berlumur minyak.  Akak sepak meja makan dengan kerusi tadi." Beritahu Azri lagi. Akmal hanya diam memerhati wajah isterinya. Cuba mencari sesuatu.

"Allahu Akbar...betulkah,bang? Ni semua saya yang buatkah?"soalnya tak percaya.

"Boleh tengok cctv kalau tak percaya.."balas Akmal.

Laila terduduk. Nafasnya tercungap-cungap. Asmanya menyerang tiba-tiba. Berlari Akmal mencari sesuatu di dalam laci.

"Nah." Terus diletakkan di bibir isterinya.

"Saya takut,bang...jangan-jangan yang dalam tandas tu,bang. Saya takut,bang..jom kita panggil Ustaz pagarkan rumah ni,bang."

"Benda ni pernah datang ke sebelum ni?"tanya Azri. Akmal hanya mengangguk. Azri menepuk dahi.

"Kenapa dibiarkan...kau tahu benda ni tak boleh dibuat main..makan diri nanti.."marah Azri.

"Masaalahnya baru malam tadi benda tu ganggu kakak kau dalam tandas..ni kakak kau demam pun sebab benda tu lah yang menjenguk malam tadi. Sebelum-sebelum ni tak pernah ada pun...tiba-tiba saja ada. Muncul macam tu." Jelas Akmal.

"Nanti aku tanya kawan aku yang dekat Changlun tu. Mana tahu dia free malam ni. Boleh datang tolong sekejap."

"Kenapa nak tunggu malam...sekarang tak bolehkah,Ri?"tanya Laila. Dia yang kini sudahpun memeluk lutut di hujung kaki Akmal.

"Siang dia kerja kak...balik dalam pukul lima setengah macam tu.."jelas Azri.

"Kau tak kerja hari ni?"soal Akmal pada Azri. Berkerut dahi Azri mendengarnya.

"Mana ada orang kerja hari ahad. Ha,kepala kau dah kosonglah tu."tempelak Azri. Dia bangun melangkah ke dapur mencari air.  Haus pula selepas meleteri abangnya.

"BISIK"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang