Selesai bacaan Yasin bersama suaminya Laila bangun melipat sejadah. Baru saja ingin melangkah ke tepi katil kepalanya terasa berpusing dan tekaknya meloya tiba-tiba. Dia rebah ke atas katil.
"Yang! Allahu Akhbar!" Akmal menerpa dengan pantas. Pipi isterinya ditepuk beberapa kali sambil memanggil-manggil nama Laila. Melihat tiada tindak balas,Akmal berlari ke tandas menadah air ditapak tangan lalu di lepaskan ke wajah Laila. Melihat Laila yang terbatuk-batuk dan mulai celik matanya terus dia meluru lalu memeluk tubuh Laila.
"Kenapa sayang? Tak sihat ke? Sayang sakit kepala ke?" Soalnya penuh risau. Setelah beberapa kejadian yang mereka alami Akmal takut untuk membayangkan sesuatu berlaku pada Laila lagi. Cukuplah kejadian dulu. Ini amanahnya. Dia akan jaga sebaiknya dan seutuhnya hingga akhir hayat. Amanah dan amanat dari sahabatnya juga. Hatinya hiba,dirinya sebak dan akhirnya Akmal tersedu-sedu di bahu Laila.
"Abang kenapa ni? Laila dah okey lah..."terkejut pula melihat Akmal yang menangis tiba-tiba.
"Abang tak mahu hilang Laila." Kata Akmal. Laila terdiam.
🏵️🏵️🏵️🏵️
Semakin lama Fauzi semakin hairan melihat tubuh badannya yang ditumbuhi kudis kudis mengandungi air bisa dan nanah. Kadang-kadang ada lebam lengan dan pahanya. Hairan kerana lebam tidak tahu punca dan tidak sakit langsung bila di tekan. Dan lebih pelik lagi warna kukunya semakin gelap. Jika cuaca sejuk warna kukunya akan berubah hitam. Begitu juga keadaan matanya. Mata putih sudah bertukar merah.
Pernah sekali dia pergi ke kedai 7eleven untuk membeli rokok. Ada beberapa orang pekerja memandangnya dengan pandangan pelik. Bila di soal kenapa,pekerja itu cepat-cepat menggeleng. Ketika dia mahu keluar dari kedai itu dia ditegur salah seorang pekerja.
"Abang ada HIV ke?" Terkejut bukan kepalang rasanya saat itu. Meledak rasa marahnya. Cepat-cepat dia berambus keluar.
Fauzi duduk di hujung katil sambil berlunjur kaki. Lama memerhati keadaan kakinya. Memang tidak di nafikan kakinya kelihatan seperti pesakit HIV. Berkudis dan bertompok-tompok hitam. Akhirnya di mengambil keputusan untuk ke klinik.
🏵️🏵️🏵️
Rasa gembira yang tak dapat di ungkap dengan kata-kata di sulam dengan kalimah memuji Ilahi yang tak putus-putus meniti di bibirnya. Akmal keluar dari klinik dengan senyum melebar bersama Laila. Jari jemari isterinya di genggam erat dan sesekali di kucup gembira.
"Abang...malulah..orang tengok tu...coverlah sikit.." Laila tersenyum malu bila mata-mata mula melihat mereka. Ada yang turut tersenyum sama.
"Abang tak bolehlah..abang terlampau happy ni..rasa nak lompat bintang kalau boleh." Kata Akmal.
"Ehhh,abang jangan buat gila..orang tengok tu..eh,abang! Ya Allah..." Laila menutup muka bila Akmal betul-betul melompat di hadapannya. Cepat-cepat dia melangkah menuju ke kereta membiarkan Akmal melayan rasa gembiranya.
💮💮💮
"Tahniah puan hamil enam minggu.." kata doktor sambil tersenyum mesra. Akmal dan Laila terkebil-kebil cuba menghadam apa yang baru saja didengari oleh mereka.
"Hamil? Mengandung,doktor? Ni..yang ni?"tanya Akmal sambil menggayakan tangan ke perutnya. Doktor mengangguk sambil ketawa kecil. Lucu pula melihat muka Akmal.
"Allahu Akhbar...Terima kasih Ya Allah....! Doktor tahu tak berapa lama saya tunggu saat ni..Allahu Akhbar..." Akmal bangun dan terus melakukan sujud syukurnya. Laila menangis gembira sambil mengusap perut. Tak sangka berita gembira disebalik air mata suaminya malam tadi.
💮💮💮
Tajam mata Fauzi merenung pada dua batang tubuh yang sedang berpimpin tangan penuh bahgia melintas dihadapan keretanya. Ingin saja dia melajak ke hadapan melanggar Akmal dan Laila. Bencinya bukan kepalang apatah lagi melihat senyuman bahgia mereka ketika itu. Niat untuk masuk ke klinik dibatalkan. Dia pulang dengan hati yang bengkak.
"Tak guna betul! Malang hari aku jumpa dua ekor tu!" Sumpah seranah menyusul dengan sepenuh perasaan sambil memusing stereng. Sakit hati dan marah mengawal diri membuatkan minda terbawa sekali lalu pemanduan menjadi sesuka hati.
"Woi! Nak mati ke?! Tak nampak ke aku nak masuk?!" Jerkahnya pada sebuah motorsikal yang terbabas ke tepi kerana mengelak keretanya.
"Engkau yang bawa kereta macam orang gila dah kenapa?! Aku pulak yang salah." Pemuda itu cuba mengangkat motorsikalnya kembali. Fauzi keluar dari kereta dan terus menerkam ke arah pemuda tadi. Sayangnya lawannya bukan calang-calang orangnya. Pemuda itu membuka silat. Segala serangan Fauzi di tangkis dengan mudah. Keduanya berlawan hingga ke tengah jalan. Setelah dua kali di hempas ke jalan Fauzi mengaku kalah dan cepat-cepat beredar dari tempat kejadian.
"Kenapa tu? Dah kalah?"salah seorang saksi menegur pemuda tadi.
"Dia ada masalah tu."kata pemuda tadi sambil menepuk baju dan seluarnya. Sedikit pun dia tidak menyalahkan Fauzi kerana dia nampak apa yang orang tidak nampak. Fauzi memang perlukan bantuan seseorang. Ketika kereta Fauzi seiring dengannya sebentar tadi dia terkejut bukan kepalang melihat ke dalam kereta Fauzi. Ada seekor makhluk sedang memeluk lutut berada di sisinya. Dan ketika mereka berlawan tadi,makhluk itu bertenggek di bahu Fauzi cuba mengcakarnya juga. Dia cuba memisahkan keduanya dengan menghempas tubuh Fauzi ke tanah tapi tidak berjaya. Mungkin Fauzi tahu dia tahu mengenai makhluk itu jadi Fauzi cepat-cepat beredar. Bibirnya berselawat sambil memohon doa agar Fauzi kembali kepada Allah semula.

ANDA SEDANG MEMBACA
"BISIK"
ParanormalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.