BISIK

163 17 2
                                        

Keadaan berubah sepi diruang tamu. Hanya kedengaran bacaan ayat ruqyah saja dari mulut Imam Hasan. Yang lain duduk mengelilingi Laila. Dia dibaringkan ditengah ruang tamu berlapik toto. Wajah yang tadinya merah menyala kini sudah kembali ke warna asalnya.

"Alhamdulillah...saya yakin dah tak ada dalam badan Laila." Kata Imam Hasan. Dia menyeka peluh di wajah. Walaupun rumah berpasang penghawa dingin tapi rasa panas tetap membahang. Dia tahu masih ada yang tak kena disekitarnya. Majid juga beberapa kali memberi isyarat sesuatu diluar rumah.

GEDEGANG!!

Bunyi kuat diluar rumah mengejutkan semua yang ada. Cepat-cepat mereka bangun menuju keluar. Ada sebuah kereta sedang berasap melekat di pagar rumah Ramli.

"Tolongg...tolong..pakcik tolong.."ada suara dan lambaian tangan yang keluar dari tingkap yang sudah pecah. Azri berlari pantas untuk membantu. Bau minyak kuat menyusuk hidung. Asap putih semakin menebal dan mula kelihatan percikan percikan api kecil.

"Cepat tarik dia. Kereta nak terbakar!" Kata Azri.

"Kaki saya bang!"jerit pemuda itu. Kakinya tersepit di bawah stereng.

"Sekejap." Azri berlari-lari ke dalam rumah. Tak lama kemudian dia keluar semula bersama sebuah penukul. Berlari-lari dia agar segera memberikan bantuan. Setelah berhempas pulas cuba mencabut stereng akhirnya mereka berjaya menarik pemuda itu keluar. Masing-masing ternganga melihat kereta yang sudah terbakar.

Rumah Ramli menjadi tumpuan malam itu. Dengan kehadiran bomba dan ambulans cukup untuk menarik perhatian seluruh kampung.

"Anak Sahmin tu haa...kata tak bawa laju. Kalau tak laju tak adanya nak terbakar sampai macam tu sekali. Itu nasib baik pagar batu tau. Kalau pagar jaring macam tu je tak ke dah masuk ke dalam rumah Ramli? Gila kot bawa laju-laju dalam kampung." Bebel salah seorang penduduk.

🏵️🏵️🏵️

"Saya memang tak bawa laju,pakcik. Saya tak mengantuk pun. Tak tahulah kenapa tiba-tiba badan saya tak boleh nak kawal kereta dan terus langgar pagar rumah Pakcik. Saya pusing ke kiri kereta pergi ke kanan. Hairan saya."jelas Yusri.

"Tak pa...pakcik tak salahkan kau pun..benda dah nak jadi.."kata Ramli. Bahu pemuda itu ditepuk lembut.

Azan subuh berkumandang barulah segalanya selesai dibersihkan oleh bomba. Kereta terbakar sudah ditarik juga. Keadaan langit semakin cerah dan menampakkan semua yang sedang sudah terjadi malam tadi. Ramli hanya mampu beristirgfar. Dugaan demi dugaan datang. Selesai berjemaah subuh di surau pagi tadi dia bergegas pulang ke rumah. Laila ditemui pengsan didalam bilik. Darah penuh membasahi kain telekungnya. Dalam hati tiada lain selain mendoakan kandungan Laila sentiasa kuat.

Di hospital keadaan semakin cemas kerana darah Laila keluar dengan banyaknya hingga doktor pun hairan melihatnya. Menitik-nitik darah dari tepi katil jatuh ke lantai. Laila juga semakin pucat. Setelah menunggu seharian akhirnya khabar dari doktor sedikit melegakan. Laila terpaksa ditidurkan dan kandungannya masih kuat bertahan.

🏵️🏵️🏵️

Kenapa kau lemah sangat...kau kata kau lelaki hebat! Kuat! Tak takut kalah! Habis tu kenapa sekali lawan saja kau sudah mengundur diri?! Kau lemah lah!

"Aku sakitlah..aku takkan kalah dengan mudah! Kau mesti tolong aku!" Marah Fauzi. Wajahnya timbul gelembung-gelembung air,tangannya terketar-ketar cuba menyentuh gelembung yang timbul. Akhirnya dia mengaduh sakit.

Malam ni kita serang yang lagi hebat! Aku tolong kau! Kau tolong aku! Kita satu! Kita musuh Akmal!

"Yaa...kita akan bunuh Akmal dengan isteri dia tu. Biar dua-dua lenyap sama-sama. Hahahahhaha...." Fauzi ketawa berdekah.



"BISIK"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang