BISIK

167 19 9
                                        

"Kalau betul kau kuat kenapa kau perlukan jasad dia ni untuk kau tumpang? Kau lemah!"

"Diam! Aku kata diam!" Jerit Dalmim sambil menutup telinga.

"Kau takkan dapat tutup deria pendengaran tu. Fauzi takkan dengar kata kau lagi. Kau dah lemah."

"Tak guna kau!" Dalmim meluru ke arah Syauqi. Keduanya mula berlawan. Menendang,menepis dan mengelak.

"Allah!" Satu hentakan tepat di dada Fauzi  menyebabkan pemuda itu terlentang ke lantai. Namun dia bingkas bangun semula. Syauqi bersedia dengan kekudanya untuk mengelak setiap serangan yang ada. Dia tahu yang lawannya kini bukan manusia.

Kaff..
Haa..
Yaa...
A'in..
Sod!!

"Allahu dzal jalaali wal ikram!! Allah! Allah! Allah!" Setiap serangannya di iringi ayat suci dan ayat senjata. Biar Dalmim yang menyentuhnya merasa  sakit,bukan dia. Melihat pada keasyikan Dalmim menyerang,Syauqi mula mencari peluang untuk melepas buah terakhirnya. Penumbuknya di kepal kuat dan akhirnya..

"Sodd!!" Kedua tapak tangannya menujah tepat ke dada Fauzi. Tubuh Fauzi menghempas dinding lalu diam tidak bergerak lagi.

"Tolong balut dia atas katil semula. Cepat sebelum dia sedar!" Laung Syauqi. Azri dan anggota lain bergegas masuk dan membalut tubuh Fauzi dengan kemas dan kuat kali ini. Syauqi menarik katil agar berada di tengah-tengah bilik. Dia berdiri di hujung kepala Fauzi dan mula melakukan rawatan ruqyah. Beberapa anggota polis terbatuk-batuk secara tiba-tiba dan merasa sesak nafas mendengar ayat ruqyah yang dibacakan. Mereka segera keluar dari bilik H3. Yang tinggal hanya Azri,Dhani dan Azizul sahaja.

"Lepaskan aku! Kau takkan berjaya pisahkan aku dengan dia! Kami dah berjanji! Mati aku mati dia!!" Jerit Dalmim. Syauqi tidak mempedulikannya dan tetap meneruskan bacaannya.  Satu demi satu sentapan di tarik dari kepala Fauzi menerbitkan jeritan nyaring dan teriakan teriakan histeria Fauzi. Tubuhnya menggeletar berbalut di atas katil.

Entah kali ke berapa dia pengsan tidak dipedulikan oleh Syauqi malah diteruskan tanpa henti bacaan-bacaannya. Selesai dibahagian kepala,Syauqi beralih ke bahagian perut Fauzi. Dibacakan ayat ruqyah agar segala benda kotor yang di telan Fauzi dikeluarkan segalanya. Maka muntahlah segalanya hingga tiada apa lagi yang hendak dikeluarkan oleh Fauzi kecuali buih-buih putih sahaja yang terbit dari mulutnya.  Ketika ayat penawar ditiupkan di perutnya Fauzi tiba-tiba sahaja muntah darah. Seluruh rongga hidung,telinga dan mulut mengeluarkan darah hitam pekat yang busuk.  Syauqi geleng kepala. Nampaknya Fauzi sudah betul-betul "jauh" dalam tindakannya.

"Saudara....saudara Fauzi...boleh dengar saya?" Panggil Syauqi. Fauzi mengangguk lemah.

"Mengucap saudara..mengucap...kita sama-sama berusaha untuk bantu diri saudara. Mengucap ya.." pujuk Syauqi. Fauzi terdiam. Hanya air mata yang menjawab segalanya. Bibirnya terketar-ketar cuba untuk mengucap. Begitu payah untuk menyelesaikan kalimat Allah.

"Teruskan saudara...kita sama-sama berusaha...kuatkan hati. " tapak tangannya diletakkan di dada Fauzi lalu dibacakan ayat "Bimillah 5" dan diniatkan untuk kesembuhan Fauzi.

Syauqi membuat beberapa penarikan di bahagian perut Fauzi. Satu demi satu tali perjanjian di cabut dan dileraikan. Setiap cabutan Fauzi akan merintih sakit dan menangis dengan tubuhnya menggeletar. Sungguh azab ketika hendak di sembuhkan. Bisikan-bisikan yang datang cuba dipekakkan sehabis mungkin. Walau jeritan itu sungguh kuat ditelinganya dia tetap bertahan. Dibayangkan wajah ibu dan arwah ayahnya sebagai penguat semangat.

"Allah!" Akhirnya dia berjaya menyebut kalimah Allah sebelum pitam buat ke sekian kalinya. Syauqi menghela nafas lega. Rawatan dihentikan setelah empat jam berhempas pulas. Syauqi duduk menghilangkan penat dahaga di luar sebentar sebelum dia menuju ke surau dan membiarkan Fauzi di jaga Idris di dalam. Azan subuh berkumandang dari surau hospital. Syauqi mengucap syukur kerana sempat melakukan solat sunat sebelum subuh.  Dia  solat berimamkan salah seorang staf hospital. Selesai semuanya dia bergegas ke bilik H3 semula.

Nampknya keadaan sudah tenang. Fauzi juga sudah diberikan rawatan yang sepatutnya. Bahagian ibu jari kaki yang berlubang sudah di cuci dan di balut kemas. Begitu juga kecederaannya yang lain. Wajahnya kelihatan cengkung dengan bawah mata yang terlihat hitam. 

"Kamu semua boleh bergilir pergi solat subuh. Nak makan dulu ke apa ke pergi lah..dia dah okey dah ni. Jangan risau." Kata Syauqi.

"Qi,ni aku letak sini. Jadi apa-apa kau tekan je tepi ni. Aku nak turun solat dulu. Lepas tu cari sarapan sikit untuk kita. Apa-apa tekan je tepi ni tau." Azri meletak sebuah walkie talkie di atas kerusi. Syauqi tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya.  Setelah semuanya pergi Syauqi mengambil tempat di sisi Fauzi.  Duduk sambil membaca Al Ma'surat yang di hafalnya.

Sebotol air mineral di buka tudungnya dipegang tidak jauh dari bibir. Selesai satu bacaan satu hembusan halus di tiup ke mulut botol. Begitulah hingga tiga puluh kalinya. Saat matahari pagi timbul cahaya menerobos masuk memancar terang ke dalam bilik H3.

"Ah,aduhh..."Fauzi menutup wajahnya.

"Fauzi,saudara Fauzi..."panggil Syauqi.

"Pedih..mata aku pedih." Fauzi menekup wajah. Menggosok mata.

"Cuba bertenang saudara...bertenang...ingat Allah...Subhanallah,Alhamdulillah,Allahu Akhbar." Pujuk Syauqi.

"Dah sedar ke?" Dhani dan Idris yang baru tiba bergegas ke tepi katil.

"Korang siapa? Kenapa ramai-ramai kat sini? Aku kat mana ni??" Fauzi terbeliak melihat sekelilingnya. Matanya merah dan berair menahan silau.

"Abang kat hospital. Abang tak ingat ke? Saya dengan ayah Idris yang bawa." Jawab Dhani. Fauzi merenung lama muka Dhani.

"Eh kau...yang aku terlanggar dulu tu." Tunjuk Fauzi pada Dhani.

"Haa...saya lah tu. Ingat juga abang kat saya. Hehehehe..." Dhani tersengeh-sengeh.

"Aku ingat sebab aku rasa bersalah lepas tu. Aku terlampau marah masa tu. Maafkan aku. Ni lagi dua orang sapa?" Tunjuk Fauzi ada Idris dan Syauqi.

"Saya Ayah Idris. Ni Syauqi. Anak murid saya. Saya yang pergi ke rumah saudara malam tu dengan Dhani dan sorang lagi anak murid saya. Maafkan kami..kami.."

"Tak apa...aku yang patut berterima kasih dengan korang semua..terima kasih dah tolong keluarkan aku dari rumah tu. Eh,kaki aku!!" Fauzi menjerit melihat ibu jari kakinya yang sudah berbalut.

"Err...abang dah kunyah malam tadi. Dalam perut abang." Beritahu Dhani.  Fauzi ternganga sambil memegang perut.

"Sampai macam tu sekali aku malam tadi. Allahu Akhbar..."

🏵️🏵️🏵️

Dari gelap hingga cerah keadaan ladang getah namun batang tubuh Laila tidak kelihatan. Pasukan mencari juga sudah bertukar kumpulan juga. Tetap tidak menemukannya. Di mana Laila sebenarnya..








"BISIK"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang