BISIK

116 15 1
                                    

5 TAHUN KEMUDIAN...

Azri tersenyum-senyum dihadapan Imam Hasan. Ramli dan Pak Hamid duduk bersila di belakang Imam Hasan juga tersenyum bahagia.

"Aiii,mana pengantin perempuan ni?" Imam Hasan melangut ke arah Ramli dan Pak Hamid.

"Ada..sekejap..tudung tercabut!" laung Laila dari dalam bilik pengantin. Matanya di bulatkan pada si kembar tiga di tepi dinding. Geram!

"Dah siap dah?" soalnya pada mak andam. Mak andam mengangguk. Sekeping span di selit ke dalam tapak tangan pengantin perempuan.

"Buat kau lap air mata nanti. Kau jangan nak rosakkan hasil karya aku,okey!"bahu Najiha di tujal dengan jari telunjuknya. Najiha menjelir lidah. 

"Senonoh sikit kau tu dah nak jadi bini orang." balas mak andam lagi. Najiha mengekek ketawa namun saat pandangan matanya bertaut dengan si pemuja hati dia tersipu-sipu malu. Terbit debar di dalam hati,sejuk tapak tangan tiba-tiba.

"Eleh,malu konon." kata Laila sambil mencebik ke arah mak andam. Kedua-duanya sama mencebik. Bergabung mengusik.

"Hasya,Hanan sini duduk dengan umi." panggil Laila.

"Habsyee?" Habsyee tidak puas hati namanya tidak di sebut.

"Awak duduk dengan ayah. Awak tu lelaki." entah dari mana muncul Akmal menarik Habsyee duduk di atas silanya. Laila tersenyum melihat suaminya. Tapak tangan suaminya ditaut kemas. 

Majlis akad nikah Azri dan Najiha berlangsung dengan meriah. Semuanya tersenyum bahagia termasuk Fauzi dan Nora. Keduanya bersatu kembali selepas dari kejadian tersebut. 

"Assalamualaikum!" Syauqi hadir bersama Idris dan Awira terus memeluk Azri.

"Dapat juga kau ,eh? Aku ni? Hemmh.." keningnya di angkat pada satu arah. Mimi tersenyum manis di sebelah pengantin perempuan menghadiahkan jelingan tajam kepada Syauqi.

"Tengok je pun. Tak boleh?" Syauqi menjegil matanya. Mimi mencebik.Azri ketawa berdekah. Entah apa yang jadi malam tu pun dia tidak tahu. Tahu-tahu keduanya asyik nak bercakar saja kalau berjumpa. 

"Jangan cepat mengalah weh." bahu Syauqi ditepuknya.

"Eh,jemput-jemput makan ayah. Ni kalau tak makan rugi ni. Kari rusa ni resepi mak saya." pelawa Azri pada Idris. 

"Boleh tahan menu awak eh. Wajib makan ni." balas Idris. Tidak menunggu yang lain dia mendahulukan diri menuju ke tempat hidangan makanan. Bukan selalu jumpa lauk rare nih. 

Akmal berdiri memerhati semua wajah-wajah yang ada,semuanya tersenyum bahagia. Matanya jatuh kepada tiga kembar miliknya,Hasya Abeeda, Hanan Adeeba dan Akmal Habsyee yang berusia empat tahun.Berita gembira yang dia dan Laila terima selesai mengerjakan umrah mereka ketika itu. Patutlah Laila cepat penat ketika mengerjakan umrah. Rupanya ada tiga nyawa yang di bawanya. 

 Dia bersyukur,terlalu bersyukur dengan hikmah disebalik kejadian dahulu. Hilang kembar dua di ganti kembar tiga. Dia bahagia kini. Fauzi dan Nora juga sedang menantikan cahaya mata mereka tidak lama lagi. Dia turut gembira untuk mereka berdua. Segala yang berlaku dahulu sedikit pun tidak di kenang lagi. Dia sebolehnya mahu memandang ke hadapan saja. Itulah yang terbaik baginya. Matanya jatuh pada kedua mempelai yang sedang sibuk melayan tetamu. Dia tersenyum melihat betapa bahagianya wajah Azri dapat menambat Najiha menjadi isterinya. Akmal bangun menuju ke arah Azri. Perlahan-lahan dia membisikkan sesuatu di telingan kembarnya itu sebelum terkekek-kekek berlari pergi. 

"Muka nak mengawan tu control sikit boleh?!" 

Azri ternganga tidak percaya.

"Bongok!" sumpah Azri.

                                                                       TAMAT!


                                                                          

"BISIK"Where stories live. Discover now