BISIK

174 18 2
                                    

Sunyi sepi dalam gelap gelita kakinya melangkah tanpa arah tujuan yang pasti. Kehadapan,ke kiri,ke kanan semuanya di langkah dalam gelap gelita. Hatta tapak tangan sendiri pun tidak kelihatan dipandangan matanya.

"Allah,...Allah...Allah.."nafasnya tercungap-cungap kelelahan. Akhirnya lutut melembut lalu dia terduduk.

"Aku kat mana ni?". Fauzi pelik sendirian. Sebentar tadi dia ke tandas di bilik wadnya bertemankan Dhani. Entah bagaimana semuanya bertukar kelam dan langsung tak nampak apa ketika ini. Keliru betul dirinya saat ini.

"Dhani!" laungnya lagi dengan suara yang sudah serak dan tekak yang kehausan.

"Ji.."

Fauzi menoleh ke belakang dengan pantas. Matanya terbeliak besar. Arwah ayahnya sedang tersenyum sambil mendepakan tangan ke arahnya. Fauzi bangun menerpa lantas memeluk tubuh tua itu. Tangisannya pecah dan dia mengongoi seperti anak kecil dalam pelukan ayahnya.

"Ji berdosa pada ayah..Ji minta ampun,ayah..Ji banyak buat dosa..Ji abaikan ayah.."

"Ji..keadaan semakin membaik,kan? Ayah dah lama ampunkan Ji,ayah tak marah pun kat Ji..Ji anak yang paling ayah sayang,paling ayah rindu..Ji jangan menangis lgi,Ji..teruskan hidup dengan kuat. Ji ada mak,ada adik yang nak kena jaga." Bahu Fauzi ditepuk berkali-kali. Wajah Fauzi dipegang dan ditarik rapat ke mukanya hingga berlaga dahi.

"Ji..Ji anak yang paling ayah saying. Dan ayah tahu Ji kuat,Ji akan jaga adik dengan mak dengan baik. Ayah pasti Ji. Ji anak ayah yang paling ayah saying dan ayah harapkan. Ji jangan lemah semangat..Ji ada Allah,Ji. Tetapkan sepenuh hati pada Allah..ya,Ji?" dahi Fauzi di kucup lama.

"Ayah ampunkan Ji,ayah. Ji janji Ji akan jaga mak dengan adik sebaiknya. Ji janji dengan ayah. Ji akan berubah,ayah. Ji nak jadi manusia dan anak yang baik untuk mak dan ayah." Tapak tangan ayahnya digenggam kejap dan dibawa ke dada. Ayahnya tersenyum bahagia. Seoalah-olah segala rindu yang tertanggung selama ini sudah terucap dan terlerai segalanya. Matanya memancar rasa bahagia.

"Tapi Ji kena sedar dulu. Mak tunggu Ji tu dengan adik. Ji kena bangun dan minta maaf dekat mak dan adik dulu. Bangun,Ji. Sedar semula." Bahu anaknya ditepuk lembut. Fauzi kebingungan.

"Bangun?" berkerut keningnya seketika. Kepalanya mula terasa sakit dan pandangannya mulai kabur. Perlahan –lahan tubuh ayahnya semakin menjauh.

"Ayah! Ayah nak pergi mana? Jangan tinggalkan Ji lagi ayah..ayah.!!" Fauzi cuba menggapai ayahnya tapi sentuhannya bak menyentuh kabus. Tubuh ayahnya semakin menghilang dalam cahaya yang semakin menyucuk mata. Silau hingga memedihkan matanya.

"Abang,Abang Fauzi?!" wajah cemas Dhani muncul ketika matanya kembali melihat. Dia menoleh ke sekeliling mencari kelibat ayahnya.

"Mana ayah aku mana? Ayah! Ayah!" panggil Fauzi. Dia cuba bangun namunterlentang semula kerana telinganya yang berdesing kuat. Matanya dipejamkan sambil menekup telinga.

"Ahh!!" Fauzi meraung kesakitan.

Keadaan kecoh seketika bila Fauzi yang baru sedar dari pengsan telah pitam telah pengsan semula. Telinganya mengalirkan darah tidak henti-henti. Masnah yang baru tiba bersama Mimi terkejut melihat jururawat sedang bertungkus lumus untuk menyedarkan Fauzi. Wayar berselirat di dada anaknya. Beberapa jarum suntikan disuntik ke lengan Fauzi. Mesin pernafasan juga dipasang dan mulai mengeluarkan bunyi mengikut rentak jantung Fauzi.

"Teruskan pemantauan,pastikan nadinya stabil dan nanti saya maklumkan bagaimana dengan pembedahan dia nanti. Saya pergi dulu." Doctor india tersebut melangkah keluar dari bilik H3.

"Assalamualaikum,Ji..ni mak datang dengan adik ni.."tangan sejuk Fauzi disentuh lembut dan dibawa ke pipinya. Dahi anaknya di usap penuh kasih saying. Hilang segala rasa marah dan tidak puas hatinya selama ini bila melihat keadaan Fauzi ketika ini. Sungguh anaknya sedang menderita.

"BISIK"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang