BISIK

244 23 4
                                        

"Hah! Apa yang panas sangat malam ni gila? Naik merah dah badan aku ni! Aircond ni rosak ke apa? Sial!" Sumpah Fauzi. Berpeluh-peluh tubuhnya dengan hanya berseluar dalam.

"Tak boleh jadi ni! Panas sial!!" Jeritnya. Dia segera ke bilik mandi. Tab mandi dipenuhkan dengan air. Tak cukup dengan itu dia turun ke bawah mengangkut ais ketul dari dalam peti ais. Di tuang semuanya ke dalam tab mandi. Setelah berpuas hati dia merendam tubuhnya ke dalam tab mandi.

"Apa yang panas sangat ni? Dua malam dah macam ni." Dia berfikir sejenak.

Tolong...tolong aku..

Fauzi menjenguk sedikit kepalanya ke pintu tandas. Orang suruhannya merangkak dengan tubuh yang berasap-asap ke arahnya. Fauzi ternganga melihatnya.

"Apa dah jadi ni? Kau terbakar ke?" Fauzi segera bangun meneliti tubuh keding di hadapannya.

"Aku dah kata aku nak darah! Kau bodoh!" Marah "hambanya" itu.

"Kau kenapa? Akmal buat apa dengan kau?" Fauzi duduk mencangkung di hadapan tubuh keding itu. Wajah yang mengerutu itu tidak menakutkannya.

"Aku terbakarlah! Kau buta? Bagi aku darah! Kalau tidak kau mati nanti! Kalau aku mati,kau pun mati!" Tengking suruhannya. Fauzi sedikit tersentak.

"Aku nak cari darah macam mana tengah-tengah malam ni? Kau gila ke apa?" Marah Fauzi semula. Geram pun ada.

"Aku tak peduli!. Kau tengok muka kau di cermin tu!"

Fauzi segera menoleh. Dia terperanjat besar. Ada tompok-tompok hitam sebesar ibu jari muncul di wajahnya. Di dahi,pipi dan dagunya.

"Jahanam kau Akmal!! Kau tunggu...berani kau lawan aku!" Fauzi menghentak sinki. Dengan pantas dia menyarung seluar dan baju lalu berjalan keluar dari rumah.

Setelah agak lama memusing taman perumahan itu dia menjumpai apa yang di carinya. Seekor kucing yang tak berdosa menjadi mangsanya. Kucing yang sudah mati di cekiknya itu di lempar ke tempat duduk belakang. Dia kembali semula ke rumah menuju ke bilik kecil di bawah tangga.

"Nah,makan! Aku nak kau lawan balik malam ni! Kalau kau balik dengan rupa macam ni lagi,aku buang kau!" Ugut Fauzi. Tercungap-cungap nafasnya dengan tubuh yang lencun kerana peluh.

"Aaah,panas bodoh!" Fauzi kembali ke bilik mandi ya semua merendam tubuh.

"BISIK"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang