ZW 1

35K 379 9
                                    

Tangan berkedut itu digenggamnya erat. Sesekali diusap wajah yang kepucatan dihadapannya. Sedaya upaya ditahan air mata yang bila-bila masa sahaja akan mengalir. Sebak menyelubungi diri di saat insan itu bersuara.

"Kak long.. Janji dengan umi sayang.."

"Umi rehat ya.. Kak long tahu umi penat". Pantas zehra memotong percakapan insan yang dipanggil umi itu.

"Sekejap zehra ambilkan air."

Pantas tangannya mencapai gelas dan juga jug berisi air kosong yang sememangnya diletakkan di dalam bilik umi. Pura-pura sibuk untuk mengelak dari mendengar segala percakapan yang baginya amat menyentuh perasaan.

Asma menilik wajah zehra seraya senyum. Dia tahu anaknya itu mahu mengelak untuk mendengar apa yang dia mahu cakapkan. Faham benar dengan anak sulungnya itu.

"Minum sikit umi.. " disua perlahan gelas berisi air kosong kepada asma. Asma menyandar belakang badannya di kepala katil. Tangan zehra kembali dipegang kemas.

"Janji dengan umi.." Ayat itu diulang buat kali kedua. Zehra mengeluh perlahan. Wajah asma ditatap sedalam mungkin.

"InshaAllah umi akan sembuh.. Kak long tak nak umi fikir yang bukan-bukan. Umi kena kuat".

"Umi dah cuba kak long.. Umi tahu kemampuan diri umi. 5 tahun umi tanggung sakit ini. Umi tak tahu sampai bila umi mampu untuk bertahan. Sebab tu umi nak kak long janji dengan umi."

Asma menarik nafas perlahan. Bergenang air matanya disaat zehra mendakap erat tubuhnya.

"Umi dah janji dengan kak long untuk sentiasa ada di sisi kak long dan juga adik. Umi tak boleh mungkir janji." Ngongoi zehra dipelukan asma. Tubuh kurus asma seakan tidak mahu zehra lepaskan.

"Andai satu hari umi dah tak ada kak long jaga adik ya.. Jangan abaikan adik.. Umi harapkan kak long, umi amanahkan adik untuk kak long."

Wajah anak kecil yang sedang bermain dengan anak patung dipandang asma dengan tangisan. Anak kedua dari hasil perkahwinan dengan suaminya. Wardah binti Zulkifli nama diberi.

13 tahun penantian untuk melahirkan si kecil itu. Dugaan Allah untuk asma setahun selepas wardah dilahirkan asma disahkan menghidap barah rahim tahap empat. Pelbagai rawatan dijalankan seperti kemoterapi dan juga rawatan secara tradisional.

Dia yang ketika itu memegang status ibu tunggal hanya mencekalkan diri untuk menempuh dugaan dari yang maha esa. Adakala dia tidak mampu untuk bertahan hidup selepas pemergiaan suaminya akibat kemalangan jalan raya dua bulan selepas widuri dilahirkan. Zehra penguat semangatnya sehingga kini.

"Ingat pesan umi zehra. Jaga widuri.. "

*******

"Kak long rindu umi.." Tangis zehra perlahan.

Kenangan terakhir ketika bersama asma terlayar kembali di ruang mata. Patutlah asma ketika itu beria-ia mahu dia menjaga widuri.

Rupanya itu petanda yang uminya akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Masih ingat lagi dalam ingatan zehra asma memberitahu ingin tidur kerana penat. Tak disangka itulah kali terakhir dia mendengar suara asma.

"Umi jangan risau adik selamat dengan kak long."

Batu nisan yang tertera nama asma binti ismail diusap perlahan sebelum zehra melangkah meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu.

Pintu rumah dikuak dan terus duduknya dilabuhkan di sofa di ruang tamu. Kaca televisyen yang gelap dipandang dengan pandangan kosong. Suasana rumah yang suram mengingatkan zehra akan sesuatu. Segera jam di dinding dikerling.

6 petang ??

'Alamak ! Aku lupa nak masak. Kesian adik mesti dah lapar' . Getus hati kecil zehra. Segera langkah kaki diatur menuju ke dapur.

Periuk nasi dicapai dan beras yang sudah dikaut menggunakan bekas kecil di tuang. Kelam kabut dia membasuh beras. Silap dirinya juga kerana terlampau ralit ketika berada di kubur arwah uminya sehingga terlupa akan widuri yang berada di rumah.

"Kak long.. Adik lapar". Satu suara kecil memanggilnya. Zehra mengerling ke arah pintu dapur.

"Kejap ya adik.. Kak long masak nasi lepastu goreng telur dadar. Kak long buatkan sambal sardin kesukaan adik." Jelas di penglihatan widuri sedang memegang perutnya sambil mendakap erat anak patung beruang berwarna merah jambu.

Kelam kabut tingkah zehra menyiapkan makanan untuk widuri. Hatinya dilanda rasa risau. Risau widuri tidak boleh menahan lapar lantas menyebabkan tubuh kecil itu sakit.

Kedengaran kerusi ditarik perlahan.

"Adik duduk dulu. Kak long nak siap masak dah ni". Laju tangannya mencapai tin sardin dan terus dibuka.

"Zehra.." Panggil satu suara. Zehra terkejut. Terkaku terus dirinya. Liur ditelan. Jantungnya berdegup kencang.

"Zehra.." Sekali lagi namanya dipanggil. Pantas zehra menoleh ke belakang. Raut wajah seseorang menyapa pandangannya.

"Kau okey?" Tanya aira hairan. Dia yang sebentar tadi sedang melipat pakaian di biliknya agak terkejut apabila terdengar suara yang agak riuh di dapur.

Zehra hanya diam. Matanya tepat memandang sesuatu dibelakang aira. Aira yang perasan akan pandangan zehra menoleh. Jelas tiada apa-apa yang pelik pun.

"Kau masak apa tu?" Soal aira lagi apabila terpandangkan senduk di tangan zehra. Zehra hanya diam. Jelas di tubir mata gadis itu ada air mata yang berlinang. Faham benar akan apa yang zehra rasa sekarang.

"Adik.. " panggil zehra. Widuri yang berdiri di belakang aira segera menjauhkan diri.

"Adikk !!" Laung zehra kalut. Dia berlari mengejar widuri.  Senduk di tangan dilempar.

"Adik tunggu !! Kak long dah masak semuanya. Adik nak pergi mana ?"

Widuri hanya diam. Kasut disarungkan ke kaki. Tanpa berkata apa-apa widuri terus berjalan menuju ke jalan .

"Adik tunggu kak long !! " zehra mencapai tudung.

"Zehra bawa mengucap. Apa yang kau nampak tak seperti yang kau fikirkan"". Suara aira menghentikan langkah zehra yang sudah berada di muka pintu. 

"Widuri dah tak ada.." Sambung aira lagi.

"Apa maksud kau ?" Tanya zehra perlahan.

Aira merapati zehra dan bahu gadis itu disentuh lembut.

"Widuri dah meninggal zehra.. Adik kau dah meninggal."

        BERSAMBUNG ..

( First story dari author setelah sekian lama diamkan diri. Harapnya dapat tempat di hati awak² semua. BELLNAWRA dah kembali .. New wattpad sebab hat lama x boleh buka. So dengan nama baru , story baru .. Enjoy your reading guyysss .. )

ZEHRA WIDURI ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang