HALWA AFRINA berjalan menuju ke apartmennya, nombor rumah 123. Halwa tinggal bersama dengan teman baiknya; Vanessa. Satu-satunya teman yang Halwa ada.
"Look babe, you choose the wrong person!" kedengaran suara Vanessa dari arah biliknya.
Halwa menjenguk sedikit ke bilik Vanessa. Dengan pakaian tidur sampai ke peha, tentu dia baru bangun. Halwa menyandarkan bahu ke pintu bilik Vanessa.
"Hey, ingat I ni nak sangat ke kerja dengan you?! Dahlah gaji ciput! You with all you fucking work boleh jalanlah. I tak hadap pun dengan syarikat bodoh macam syarikat you!" marah Vanessa.
Vanessa dengan geram mencampakkan telefonnya ke tilam. Tangannya naik meramas kasar rambutnya yang diwarnakan dengan warna perang.
"Van, kau kenapa?" Halwa menyoal.
Vanessa menoleh ke arah Halwa. Sungguh kusut kepala Vanessa memikirkan tentang pekerjaannya ini. Halwa menapak masuk ke dalam bilik Vanessa.
"I stres tau tak. Diorang cakap I ni tak layak untuk kerja dekat syarikat diorang yang ternama tu. And know what? They even hina I. Ugh!" luah Vanessa.
Halwa mengangguk. Dia kemudian membetulkan sedikit cermin mata bulatnya. Halwa Afrina bercermin mata? Iya, sebabkan dia ini rabun jauh.
"Kau bersabar jelah. Dah tak ada rezeki. Nak buat macam mana kan?" kata Halwa menenangkan Vanessa.
Dia tahu Vanessa ada memohon pekerjaan di satu syarikat permodelan. Tentu sebab-sebab mereka tidak terima Vanessa sebabkan badan Vanessa yang agak tembam. Tapi badan Vanessa sempurna untuk jadi model.
"Diorang ingat I ni jenis perempuan yang bodoh tak fikir pasal maruah? Hei, silap besarlah kalau nak fikir I macamtu." Vanessa masih lagi tidak berpuas hati.
Mata Vanessa dilirik memandang ke tangan Halwa. Ada plastik warna putih yang dipegang Halwa. Vanessa menjuihkan mulut ke arah plastik yang dipegang.
"What's that?" soal Vanessa.
Halwa mengangkat plastik putih yang dipegangnya. Dia melarikkan senyum miring. Halwa mengeluarkan sesuatu daripada plastik putih tersebut.
"My new book!" Halwa menunjukkan novel yang baru saja dibelinya tadi.
Vanessa menghela keluh. Satu lagi masalah tentang rakannya ini. Minggu lalu sudah beli novel, sekarang beli lagi? Kalau masuk bilik Halwa, buku novel saja banyak tersusun di raknya.
Dan paling wow sekali bila Halwa sudah habiskan baca kesemua buku yang dia beli. Sangat menakjubkan bukan? Tersangatlah. Vanessa pun tak akan boleh habis baca dalam masa yang singkat.
"Tadi ada promosi tau dekat kedai buku tu. Lepastu aku nampak buku ni, jadi aku belilah. Lagipun haritu aku ada baca blurb dia, nampak best!" kata Halwa dengan rasa teruja seraya memeluk novel barunya.
Vanessa menggulingkan anak mata. Apa-apa sajalah. Dia bukannya minat sangat baca buku. Nak lagi novel? Memang tidaklah. Vanessa dengan Halwa adalah dua dunia yang sangat berbeza. Seorang sukakan buku, seorang pula sukakan dunia permodelan. Berbeza.
"Okeylah, nanti kita borak lagi eh? Aku nak baca novel baru aku ni. Tak sabarnya!" Halwa mengatur langkahnya keluar daripada bilik Vanessa.
Vanessa hanya memandang saja Halwa yang sudah keluar. Dia kemudian pusing ke arah telefon yang dia buang tadi. Telefon itu dicapainya lalu dilihat lama skrin telefon tersebut.
You have been blocked by XXX
Sekali lagi telefon Vanessa dibuang ke tilam. Tak guna betul. Dahlah hina orang lepastu block pula nombor telefon dia? Ah, dasar syarikat tak guna!
HALWA masuk ke dalam bilik. Dia terus mencampakkan plastik putih ke lantai dan melompat ke atas katil. Halwa membuka plastik yang membaluti novel tersebut.
The Devil CEO.
Inilah tajuk novel yang terbaru itu. Katanya novel itu berkisahkan tentang seorang perempuan berkacukan Itali-Melayu mencari CEO untuk dijadikan sebagai suami. Dan Halwa sangat minat dengan cerita begini.
Walaupun dengan gaya nerd milik Halwa, namun dalam otaknya itu penuh dengan fikiran yang sangat luar biasa. Apa? Halwa Afrina, fikirannya dipenuhi dengan angan-angan yang ada di tiap pembaca novel.
Mahukan suami seperti dalam novel? Oh, tentu saja. Mahukan suami yang kaya? Oh tentu saja iya. Halwa mulai membaca novelnya. Dengan selimut yang menutupi dari atas kepala hingga ke badannya. Memang inilah gaya Halwa ketika mode membaca.
Sewaktu di kolej dulu, Halwa pernah ditegur dengan seorang profesor perempuan agar Halwa kurangkan dalam kegiatan membaca novel. Namun novel adalah sebahagian besar daripada kepentingan hidup seorang Halwa. Mustahil untuk dia mengurangi atau bahkan berhenti.
"Halwa Afrina!" panggil seorang wanita membuatkan Halwa menoleh.
Profesor kepada Halwa.
Dia bercekak pinggang memandang Halwa. Dengan dua buah buku novel ada di tangan. Begitu santai duduk-duduk di bangku, dengan kaca mata bulatnya.
"Ye prof?"
Profesor menepuk dahi. Memang betul tak dengar cakap si Halwa Afrina ini. Geram saja prof melihat Halwa.
"Apa yang saya cakap dengan awak haritu Halwa? Saya suruh awak kurangkan baca novel kan? Kenapa tak dengar?"
Halwa tersengih-sengih. Perlahan-lahan dia menutup buku novelnya kemudian menyimpan kedua novel di sebelah.
"Maaf prof..." ucap Halwa.
Prof sudah menggelengkan kepala.
"Kalau kamu terus macamni, saya yakin kamu tak akan dapat lulus dalam sem akhir ni!" marah Prof. Kaki diatur beredar meninggalkan Halwa.
Halwa menunduk. Dia menolak ke atas cermin matanya sebelum satu keluh dia lepas keluar. Salahkah dia kalau nak baca novel? Tahulah dia banyak habiskan masa nak membaca novel berbanding daripada belajar... Tapi tak bermakna dia tak pernah nak belajar.
Bahkan tiap sem, dia dapat keputusan yang elok-elok saja. Halwa melepaskan keluh panjang.
'Dahlah Halwa... Memang salah kau pun. Tak payah lagilah nak backup diri sendiri. Kau memang salah,' monolog Halwa.
Halwa tersenyum-senyum bila membaca bahagian yang sweet. Tergolek ke sana sini dia bila membaca bahagian itu. Halwa memang minat dalam adegan yang romantik. Maklumlah, Halwa kan mana pernah nak bercinta selama ini.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...