DAVANO memandang si wanita yang merupakan pemilik kepada Golden Cafe. Halwa pula yang menunduk ketika mata wanita itu bergerak memerhati dirinya. Ada sejarah antara mereka berdua hingga membuatkan Halwa sedikit marah kepada wanita itu.
"Like I said before. I'm gonna buy your cafe," kata Davano.
Wanita itu tersengih. Dia seolah-olah sedang memandang rendah kepada Davano. Apa saja lelaki itu boleh buat? Kaya sangatkah dia hingga mampu membayar berapa saja yang akan dia minta nanti?
"Can you pay if I want one million?" sengaja wanita itu mahu menguji Davano.
Oho, nampaknya dia tidak tahu siapa yang berada di hadapannya. Tak kenal? Tentu saja. Dia memang CEO yang paling terjulang, tapi menolak untuk berita terus menyebarkan tentang dirinya. Kalau tersebar, tentulah dia dikenali ramai orang.
Davano mengangkat kening.
Tanpa membalas apa-apa, dia mengeluarkan buku cek lalu ditulislah nilai sebanyak satu juta di sana. Dia koyakkan kertas itu lalu diberikan kepada si wanita berlagak itu. Halwa pula hanya memerhati sahaja. Wanita itu memandang ke cek tersebut, dia terbeliak melihat benar-benar tertulis satu juta di sana.
"Why? Not enough for you?"
Davano menulis lagi dua juta di dalam satu kertas cek. Lalu dia berikanlah cek tersebut. Makin terbeliak besarlah mata wanita itu melihat. Benar-benar banyak. Dia menelan air liur. Tapi tiga juta saja terlalu sikit padanya. Jadi saja dia mahu menyombong lagi.
Biasalah manusia.
Dah diberi betis, nak pula peha.
Tak suka nak bersyukur.
Eh-
"This is not enough!"
Ah, dasar tamak!
Halwa sudah menjongket bibir. Eleh, cakap sajalah nak duit lebih. Sugardaddy dia boleh bagilah. Apa saja setakat nak tambah lagi sepuluh juta. Heh. Salah orang dia nak tunjuk kesombongan. Davano tak berkata apa, namun tangannya sudah bersiap sedia menuliskan duit sebanyak 20 juta di atas cek tersebut.
"How about now?"
Davano menyorong kertas itu kepada si wanita. Maka, diambillah cek itu. Fuh. Hampir terkeluar anak tekak si wanita itu memandang. Orang kaya macam apa sampaikan boleh bagi 23 juta senang-senang sahaja demi mendapatkan sebuah kafe? Tapi... ah, lantak. Wanita itu pun tersenyum.
"Deal!" ucapnya. Lalu tanda tangan dia turunkan pada kertas perjanjian serta perjualan Golden Cafe. Maka dengan itu, telah tertukarlah pemilik kafe itu.
Halwa Afrina, pemilik baru kepada Golden Cafe.
Setelah dapat uang sebegitu banyak, wanita itu pun pergi meninggalkan kafe tersebut. Dia bagaikan seorang jutawan kerana memiliki 23 juta. Halwa, Davano dan Navis hanya memerhati sahaja wanita itu. Halwa gembira namun dia tertanya.
"Kenapa sugardaddy tiba-tiba beli kafe ni?" soal Halwa.
Dan tentu sahajalah Davano ada alasan atas setiap tindakannya. Dia bukannya orang yang saja-saja bertindak tanpa sebarang alasan yang kukuh.
"Don't you want this cafe? So, I get it for you."
Berkerut dahi Halwa.
"Tapi... saya tak pernah cakap pun dekat sugardaddy pasal benda ni."
Davano kemudian berdehem.
"It doesn't matter. Now, what's matter is you get what you actually wanted. Right?"
Ada betulnya apa yang Davano kata. Terlariklah senyum pada bibir Halwa. Tak kisahlah. Yang pentingnya, sekarang dia sudah dapat Golden Cafe. Memang dia mahukan kafe ini. Dan perhatian, ini bukannya merampas tapi membeli tau. Berbeza. Jadi.... Halwa dapatkan kafe ini dengan cara yang halal dan baik!
"Let's have a look around," kata Davano.
Halwa mengangguk.
Bagus juga. Kerana dia memang mahu merancang untuk buat pembaharuan pada kafe ini. Biar berbeza dan lebih keren daripada kafe ini sekarang.
Para pekerja yang lain berbaris.
Ketika Halwa lalu, mereka memandang Halwa dengan sinis. Mereka tidak suka dengan Halwa. Pada mereka, Halwa itu sebenarnya dengki dengan mereka kerana dulunya dia pernah di pecat daripada bekerja di kafe ini. Dan kini dia datang mahu balaskan dendamnya.
Teruk.
Halwa perasan tiap pandangan yang diberi mereka. Tahulah mereka itu tak suka kepada Halwa. Bagaimana pula nerd serta ulat buku novel macam Halwa itu mampu untuk jadi pemilik baru di kafe ternama ini kan ? Tentulah tidak akan berjaya nanti. Mereka memandang rendah terhadap Halwa.
"If any of you guys don't like with your new boss, you can get out and stop from working here." Davano memberi ugutan.
Dia tidak mahulah nanti mereka itu kerja si kafe milik Halwa tapi tidak suka kepada Halwa. Baik berhenti kerja sahaja. Kepala mereka terus menunduk bila Davano berkata begitu. Siapa saja nak berhenti kerja? Mereka bukannya orang yang senang. Gaji bekerja di Golden Cafe sajalah mereka harapkan.
Halwa tersenyum kecil.
Tak sangka, dalam senyap, Davano ternyata sweet dan protective juga ya. Prihatin terhadap sugarbabynya. Halwa bangga.
Kau hado? Eleh, takde.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...