SEORANG lelaki berusia kira-kira 50an itu masuk ke dalam pejabat Davano. Dia dengan selamba melabuhkan punggug di kerusi milik Davano. Dia tersengih. Sedang membayangkan dirinya yang menjadi bos besar pula di syarikat itu. Tentu nampak keren.
"What are you doing here?" soal Davano. Dia agak terkejut ketika melihat si lelaki tua sedang duduk atas kerusi dia. Sungguh tak rahu erti sopan santun. Masuk ke tempat orang, langgar macam waktu kecil tak di ajar apa itu adab.
Si tua tersengih. Dia bangun dari duduknya kemudian mendepakan tangannya menghadap Davano. Namun Davano hanya menayangkan wajah datar bercampur dengan wajah tak puas hatinya.
"Gruβ zuerst deinen onkel," ucap lelaki itu.(Cakaplah hai pada pak cik kau dulu).
Davano mengelak daripada lelaki itu menyentuhnya.
"Ach, Ezander. Sei nicht so arrogant. Ich bin gekommen, um lhnen zu ihrem neuen erfolg zu gratulieren. Also, lasst uns eine groβe party feiern!" sambung si lelaki itu. (Oh, Ezander. Janganlah sombong sangat. Aku datang sebab nak ucapkan tahniah atas pencapaian baru kau. Jadi, marilah kita bergembira dengan buat parti besar-besaran!)
"No thanks," balas Davano.
Lelaki itu tertawa halus.
"Why? Are you retire from partying?"
Davano tak membalas. Malas dia mahu layankan lelaki tua ini. Atau patutkah dia katakan, Aledan. Pakcik kepada Davano Ezander iaitu abang kepada ayah Davano.
"Okay. Sieht aus, als hattest du dich jetzt sehr verandert huh?" kata Aledan namun tak langsung di balas apa-apa oleh Davano. (Okay. Nampaknya sekarang kau dah banyak berubah huh?)
"Wie fuhlt es sich an, der jungste CEO zu sein?" tanya Aledan seolah-olah sedang mengkritik Davano. (Jadi macam mana perasaan jadi CEO termuda ni?)
"Gut. Sehr gut," balas Davano. (Baik. Sangat baik).
Tampak banyak jurang antara mereka.
Aledan memerhati saja wajah Davano yang langsung tak mahu menatap dengannya. Ketika itu juga, seorang perempuan masuk ke dalam untuk memberitahu Davano akan mesyuaratnya yang bakal berlangsung sepuluh minit lagi.
"Tut mir leid, sie zu storen, sir. Das treffen wird bald beginnen." (Maaf ganggu tuan. Mesyuarat akan dimulai tak lama lagi).
"Ah, it's okay."
Perempuan itu mengangguk lalu kaki dibawa beredar daripada pejabat Davano.
Davano menhembuskan nafas kecil sebelum dia berjalan mendekati Aledan.
"You know where's the door right?" kias Davano.
Davano kemudian menepuk bahu Aledan. Langkah di orak keluar daripada pejabat lalu masuk ke dalam bilik mesyuarat. Aledan sudah tersengih. Tidak apalah, hari ini hari anak lelaki itu, esok lusa boleh jadi harinya pula untuk kenakan Davano.
Aledan turut mengatur langkahnya keluar dari pejabat Davano.
Dia terhenti tepat di hadapan bilik mesyuarat yang Davano masuk tadi. Dia tersengih. Sebentar saja lagi, dia yang akan masuk di dalam bilik itu. Menjadi bos besar kepada mereka semua.
Kau tunggulah bagaimana nasib kau selepas kau kehilangan segalanya Zander. Sebentar saja. Tinggal sedikit saja lagi. Setelah aku dapatkan semua yang kau miliki sekarang, aku akan pastikan kau jadi orang yang melutut dekat tapak kaki aku. Aledan bermonolog.
Dendam.
Itulah yang ada dalam hati Aledan.
Cemburu.
Benci.
Semuanya bersatu menjadi satu di dalam hati Aledan.
...bersambung
YOU ARE READING
SUGARDADDY ✅️
Romance[ 12 | COMPLETE ROMANCE - action ] *unedited* ◼️ S U G A R D A D D Y ◼️ DAVANO EZANDER Dia CEO, berwajah datar, bersifat pendiam, penuh misteri. "I will give everything you want." HALWA AFRINA Dia si nerdy, ulat buku, terobsesi dengan dunia novel...